MIMPI SENJA |
- 'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit
- TEORI QURAN VS TEORI BARAT - NASA Keluar Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat
- EDISI KANTOI : Gambar sambutan Najib di Pekan diedit NST hahahaha .....
- SANTAI : Kasihnya seekor binatang pada manusia ...
- Kemana perginya RM200 juta Dana Industri Kreatif penggiat seni? - Hasmi Hashim [penulis lirik Awan Nano]
'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit Posted: 17 Sep 2012 06:05 PM PDT 17 September 2012 SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.(gambar di atas) Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak. "Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar. "Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya. "Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya. Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa. Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita. Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. - Bernama |
TEORI QURAN VS TEORI BARAT - NASA Keluar Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat Posted: 17 Sep 2012 09:03 AM PDT Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut. NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion". Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat. Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. TEORI QURAN VS TEORI BARATYang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran 'kecil' (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari "arah yang salah" ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan. Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan 'terbit dari barat'. Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah "betul-betul kiamat" dan bukannya lagi "hampir kiamat". Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa). Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui. Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat '2' jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas. Sumber |
EDISI KANTOI : Gambar sambutan Najib di Pekan diedit NST hahahaha ..... Posted: 17 Sep 2012 03:11 AM PDT UMNO Pekan sedia hadapi cabaran PRU ke-13: Najib [Bernama] KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, UMNO bahagian Pekan, Pahang bersedia menghadapi cabaran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, kesediaan itu diakui sendiri oleh anggota UMNO bahagian terbabit hari ini. "UMNO bahagian Pekan bersedia menghadapi cabaran PRU 13 seperti pengakuannya pagi ini," katanya dalam tweet terbaru beliau. Najib, yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan, merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian itu di Pekan pagi ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan. - sumber MS : Sebenar nya tak la ramai sangat yang sambut Najib tu, tapi hampa tau surat khabar pencacai xkan nak siar bila hanya ada 2 3 orang je yang sambut Najib , terpaksa la edit gambar bagi nampak ramai ... kesian Najib orang Pekan pun dah meluat. Nasib kau lah Najib |
SANTAI : Kasihnya seekor binatang pada manusia ... Posted: 17 Sep 2012 12:45 AM PDT Sekitar Mac 2006, Capitan telah hilang dari rumah sejurus kematian tuannye, Miguel Guzman. Tiada siapa tahu kemana hilangnya anjing ini termasuk keluarga terdekat si mati sehinggalah mereka melawat tapak kubur si mati dan melihat Captian setia berada di situ. Tiada seorang pun ahli keluarga perasan anjing itu selama 6 tahun ini di sekitar tapak perkuburan kecuali penjaga tapak perkuburan itu. Menurut penjaga tapak perkuburan itu, setiap hari sekitar jam 6 petang, Capitan akan baring mengadap kubur tuannya ibarat menunggu tuannya bangun dari tidur. oh no ... this is a sad story. Lagi gambar di bawah ini. |
Posted: 17 Sep 2012 12:21 AM PDT Oleh: Aliff Fikri) KUALA LUMPUR 16 September: Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara. Hasmi yang lebih dikenali dengan nama pena Buddhi Hikayat berkata, beliau dimaklumkan hanya sebahagian kecil penggiat seni menerima peruntukan dari dana berkenaan. "Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat? "Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut. "Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi. Dalam pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. Pada Mac tahun ini, Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman mencetuskan lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan. Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan kerajaan. "Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ia bukan isu pokok," kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu Awan Nano ini. "Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak persoalkan?," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36176 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan