Sabtu, 8 September 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Politik Biadap, Tayang Punggung dan Hukuman Antara Dua Darjat

Posted: 08 Sep 2012 09:49 AM PDT


KOMENTAR – Aksi yang sama, namun hukuman berbeza. Bezanya mereka menyokong pemimpin kerajaan sementara pihak sana menunjukkan protes kepada pimpinan kerajaan.
Tiada siapa dapat menafikan aksi 'tayangan punggung' sebagai satu tindakan biadap dan menyalahi adat ketimuran nusantara yang didukung oleh masyarakat kita.
Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini, soal hukuman yang nyata berat sebelah dan dirasakan tidak wajar dihadapi oleh kedua-dua pihak.

Memang benar aksi biadap tersebut nyata tidak mencerminkan budaya rakyat merdeka dalam negara tercinta ini tidak kira pada ketika itu disaksikan beratus penyokong disekeliling mahupun kumpulan sendiri.
Apakah dirasakan 'sopan' membuat aksi sedemikian dihadapan rumah orang sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang tidak bersalah?

Mengapa pelajar mentah berhadapan hukuman dibuang kolej dan dihentikan pinjaman PTPTN selain berhadapan risiko masa depan yang gelap sedangkan kumpulan bekas tentera masih dibiarkan berlegar dengan girang dengan senyuman?
Tindakan pantas pihak berkuasa suatu perkara yang perlu dipuji. Namun mengapa tindakan pantas terpilih yang dibuat?

Kita jangan lupa sebelum ini tindakan lebih biadap dibuat oleh kumpulan 'syaitan yang dikenali' yang penuh selamba merembeskan urin ke poster Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan menghantar kek berbentuk 'tahi' ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Fikir sejenak dua situasi berbeza mengenai kebiadapan. Satu, gambar diherdik dengan tayangan punggung sementara sekeping gambar lain dihujani rembesan urin. Mana lebih memeritkan?
Biadap sudah semestinya tanggapan sesuai untuk keduanya cuma berfikir di luar kotak seketika mana yang LEBIH biadap.

Jangan kita lupa kebiadapan bangsa sendiri yang membuat huru-hara di Rumah Allah tempoh hari.
Dengan mendabik dada menyatakan mereka menentang dasar politik huru-hara, mempolitikkan surau/masjid tapi siapa sebenarnya yang membudayakan perkara ini sejak bertahun lamanya?
Adakah gambar pemimpin dunia yang lemah lagi tidak berkuasa disisi Maha Pencipta lebih mulia daripada kesucian masjid?

Mengapa media arus perdana lebih 'berminat' mengulang siar isu tayangan punggung daripada kebiadapan terhadap kesucian Islam?
Ketahuilah selagi masyarakat masih berfikiran politik dengan agama tidak boleh dipisahkan, inilah hasilnya.
Disuruh dalami ilmu agama sudahlah tidak menunjukkan minat sekarang merosakkan majlis ilmu dengan aksi dangkal kononnya 'Akulah jaguh mempertahankan kesucian Islam'. Kelakar bukan?!!
Benar bait lirik lagu Malique Ibrahim melalui karya Aku Maafkan Kamu, 'Mereka tidak fasih malah fasiq guna kata, kita kongsi warna mata tapi tidak kasta bahasa'.

Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan kedua-dua entiti namun harus diingat hukuman yang dikenakan akan dipersoal bila tiba 'masa balas budi' dari Allah SWT.
Hukumlah dengan setimpal dan adil bagi mendidik masyarakat. Bukannya menunjukkan belang 'aku sedang berkuasa maka aku berhak menentukannya agar mereka berasa gerun'.
Gunakanlah hak berfikir sebelum meminta hak untuk bersuara kerana hati dan akal itu perlu selari sebelum mengatur langkah.

AELB: Lynas diberi TOL dengan bersyarat

Posted: 08 Sep 2012 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept ― Lynas telah diberikan lesen pengoperasian sementara (TOL) dengan syarat yang ketat, antaranya syarikat perlombongan Australia itu sendiri yang akan membuang sisa berbahaya nadir bumi itu, kata badan perlesenan tenaga atom (AELB) dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, hari ini.

"Pada 30 Januari 2012, kami telah meluluskan TOL kepada Lynas dengan tertakluk beberapa syarat.
"Lynas telah mengemukakan dua surat akujanji, satu dari Lynas Australia, yang berjanji akan membawa sisa merbahaya itu keluar, dan satu lagi dari Lynas Malaysia Sdn Bhd, turut mengesahkan perkara yang sama.
"Komitmen mereka juga diumumkan dalam kenyataan media dan sidang media mereka, pada 27, 29 dan 30 Ogos 2012, dan dilaporkan secara meluas di kedua-dua negara Malaysia dan Australia," menurut kenyataan media AELB tersebut.

Pada sidang media yang berlangsung semalam, segala syarat-syarat telah diterangkan dan peraturan itu masih dikekalkan untuk Lynas, termasuk dua syarat tambahan yang diberikan oleh menteri sains, teknologi dan inovasi dalam sub-seksyen 32 (5) Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).
"Jadi ia tidak timbul masalah dan AELB sendiri akan memantau Lynas dalam hal ini," menurut kenyataan media itu lagi.
Pada Khamis yang lalu, kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berkata Lynas dan pihak berkuasa harus menunjukkan secara terperinci pembuangan sisa, kerana Australia tidak akan membenarkan Lynas untuk membawa sisa ke sana.

Pencinta alam sekitar juga telah berkata, perpindahan sisa berbahaya melibatan sempadan negara dikawalselia oleh Konvensyen Basel, dan ia hampir mustahil untuk Lynas mencari negara lain yang sanggup menerima jutaan tan sisa nadir bumi ini.
Lynas berkata pada April yang lalu, kelewatan untuk mendapatkan lesen untuk fasiliti tersebut, yang sepatutnya pada bulan Januari, telah mengakibatkan kerugian serius, kerana jumlah harga nadir bumi yang bernilai RM80 billion itu untuk 10 tahun yang akan datang.
Kemarahan orang awam terhadap Lynas telah menyuburkan gerakan hijau di Malaysia dan mungkin memainkan sentimen pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Awal tahun ini, ribuan orang ramai berhimpun di Kuantan untuk memastikan kerajaan untuk menutup pusat pemprosesan nadir bumi itu.

Minggu lalu, lima penduduk Kuantan telah cuba menghalang Lynas Corp dari beroperasi apabila mereka mendapat perintah mahkamah untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong nadir bumi Australia itu.

PM Dicabar Jamin Undur Secara Aman Jika PR Menang Pilihan Raya

Posted: 08 Sep 2012 06:35 AM PDT


SHAH ALAM 7 SEPT : Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi jaminan awam bahawa Umno-BN akan berundur secara aman jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan Mahathir sebelum ini bahawa rakyat tidak akan berpeluang melihat Umno-BN menjadi kerajaan lagi jika kuasa memerintah pada PRU akan datang jatuh kepada PR yang kononnya 'sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa'.

Mahathir juga membuat dakwaan kononnya kerajaan PR akan menamatkan amalan demokrasi di negara dengan tidak membenarkan pilihan raya diadakan lagi.
"Dakwaan ini sangat mengarut kerana semestinya ketiadaan Umno-BN sebagai sebuah kerajaan adalah suatu rahmat kepada seluruh rakyat.

"Malaysia pastinya akan bebas daripada amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan sosio-ekonomi dan amalan politik kebencian yang tidak disenangi kebanyakan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya lagi, kuasa menentukan sesebuah kerajaan adalah terletak sepenuhnya di tangan rakyat yang mengundi, dan bukan pada kuasa PR.


"Bagi pihak Pakatan Rakyat, saya memberi jaminan jika ditakdirkan kami berjaya ke Putrajaya pada PRU 13 nanti, kami akan tetap menghormati kuasa mengundi rakyat jika mereka mahukan Umno-BN kembali menjadi Kerajaan Pusat pada PRU 14.

"Adakah Najib dan Mahathir bersedia untuk melafaz ikrar yang sama jika benar mereka terpaksa berundur pada PRU 13 akan datang ini?" soal Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

MERDEKA HAMBAR.NAJIB SYOK SENDIRI

Posted: 08 Sep 2012 06:31 AM PDT


JENJAROM 8 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini sebagai sambutan yang paling hambar.
Katanya, rakyat dapat menilai kerana menjelang sambutan itu pemasangan bendera Jalur Gemilang tidak mendapat sambutan hangat.

"Ia merupakan sambutan paling teruk. Jika kita lihat, tidak banyak bendera yang dipasang di kenderaan, bangunan-bangunan dan perumahan juga kawasan sekitar.
"Jika kata Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat negara maka Umno-BN juga pengkhianat kerana pemimpin mereka juga tidak memasang bendera," katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana, Sungai Rambai baru-baru ini.

Malah, katanya, sambutan yang sepatutnya menjadi sambutan rakyat dilihat bertukar menjadi sambutan perayaan ulang tahun Umno-BN.
Beliau berkata laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sambutan itu adalah merupakan sambutan yang luar biasa kerana kehadiran penonton mencecah 150,000 adalah 'syok sendiri'.
"Jika sudah beri duit, sediakan bas untuk mengajak orang datang, sudah tentulah orang mahu datang, tetapi hakikatnya Najib sendiri yang tahu," katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Prof Datuk Dr Zainal Kling boleh dipersalahkan berhubung masalah itu kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Jadi mungkin daripada kenyataan itu anak muda khususnya, kurang kesedaran mengenai kemerdekaan. Jadi tindakan perlu diambil ke atas Prof itu," katanya.

Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk mengkaji semula sejarah Malaysia disambut baik.
"Harap beliau akan melaksanakannya dengan betul bukannya hanya kerana pilihan raya sudah hampir. Laksanakannya dengan betul supaya rakyat mengetahui mengenai sejarah," katanya.

Tiada ulasan: