Jumaat, 28 September 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SI BANGANG MENJADI SI BODOH

Posted: 28 Sep 2012 03:30 PM PDT






PAK SAMAD AKAN BERSAMA 
KONSERT 8 TUNTUTAN


 Saya tak main-main - Adnan Yaakob - meloya


Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri,  Mat Zara'ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.

''Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.

RAY CHEONG 8 TUNTUTAN

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KADANG KADANG KESIAN TENGOK GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah...PEMIMPIN AMAT BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah... MADCAM MANA BOLEH  JADI MENTERI BESAR.... kah kah kah..

kah kah kah... LOKMAN ADAM ATAU ZAHID MAT ARIF LEBIH BIJAK DARI SI BANGANG INI... kah kah kah..

NOTA:
kena promote lokman adam
ini kawan lama
lokman adam ini pemikir pemuda gerombolan
siasah hebat cekap 
malah ini bakal mb johor
kalau bertanding di shah alam
bakal mb selangor

JULIAN MOKTAR 8 TUNTUTAN

CONTOH KOLEJ SWASTA TIPU PELAJAR

Posted: 28 Sep 2012 03:00 PM PDT




SATU CONTOH PENIPUAN 

JUAL TEMBERANG


KOLEJ SWASTA DIARAH BAYAR RM18,500 - berita haira

Johor Bahru: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam memerintahkan sebuah kolej swasta membayar balik RM18,500 kos pengajian yang ditanggung seorang bekas pelajarnya dalam tempoh 14 hari.

Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Juhana Jemaat @ Jamil, 25, yang membuat tuntutan itu.

Sukar peroleh kerja

Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh" Juhana Jemaat @ Jamil, Bekas pelajar
Juhana membuat tuntutan itu selepas mendapati Diploma Penyiaran diterimanya daripada Malaysia Institute of Intergrative Media (MIIM) kendalian Cosmo Focus Sdn Bhd, tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya yang mengadili kes ini amat bersimpati dengan nasib kamu, kerana terpaksa merugikan masa muda selama tempoh pengajian selain melaburkan wang untuk memperoleh diploma berkenaan," katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Juhana berkata selain sukar memperoleh pekerjaan, beliau juga terpaksa menanggung hutang apabila perlu membayar balik pinjaman pembiayaan pelajaran yang dibuat dengan MARA.

"Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menabung dalam masa dua tahun sebelum memohon memasuki pengajian di MIIM mulai 2006 yang sepatutnya selesai dalam tempoh kira-kira dua tahun," katanya.

Juhana berkata selepas menamatkan pengajian selama empat tahun, beliau mendapati diploma yang diterima tanpa sebarang majlis konvokesyen itu tidak diiktiraf oleh MQA hingga sukar memperoleh pekerjaan.

Mampu kerja di pasar

"Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh. Saya membuat tuntutan kerugian yang saya alami selepas membiayai kos pengajian sebanyak RM18,500 di kolej terbabit," katanya.

Ketika prosiding semalam, Cosmo Focus tidak menghantar wakil mereka untuk mengemukakan pembelaan atau penentangan terhadap tuntutan yang difailkan Juhana.



TURUN 13 OKTOBER STADIUM KELANA JAYA

SATU BILION DUIT BUJET UNTUK PERMATA ROSMAH

Posted: 28 Sep 2012 04:35 AM PDT




PERMATA ROSMAH
Najib: RM1.2 Bilion Untuk Pendidikan Prasekolah Berkualiti
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.2 bilion akan disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti, kata  Najib  Razak.
Agensi berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.
"Sebagai tambahan, RM380 juta akan disediakan kepada Kementerian Pelajaranuntuk penempatan guru prasekolah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013di Dewan Rakyat, Jumaat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.
Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada PusatPendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu merekamembuka taska baharu yang berkualiti.
MUHYIDDIN PATUT MASUK
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... DUIT UNTUK ROSMAH LEBIH BANYAK DARI UNTUK KEMENTERIAN PELAJARAN... kah kah kah..
woit.... MUHYIDDIN  CEPAT BERGERAK.... kah kah kah..
kah kah kah...LAMBAT LAMBAT .... NANTI BUNGKUS.... kah kah kah..
woit... RAKYAT DAH LAMA TUNGGU MUHYIDDIN.... kah kah kah.. 
kah kah kah..TIM ROSMAH NAJIB INI KALAU LAMA NEGARA MAMPOOS,.... kah kah kah..
kah kah kah.... GILA PUNYA BANYAK ROSMAH DAPAT.... kah kah kah

NOTA:
kementerian pelajaran pun
tak dapat  duit sebanyak
yang rosmah dapat dari isterinya
mana muhyiddin - senyap membisu 
kah kah kah

KITA BERHIMPUAN SEKALI LAGI

KONSERT 8 TUNTUTAN - AMARAN KEPADA GEROMBOLAN

Posted: 28 Sep 2012 01:00 AM PDT






REPUBLIC OF BRICKFIELD

 RAY CHEONG

HUI  SE DE DAI
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

"Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

"Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya," kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

"Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma," katanya lagi.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

"Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih," katanya lagi.

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS

Posted: 27 Sep 2012 09:30 PM PDT


BELANJAWAN SATU LAGI 
 REKOD MALAYSIA BOLEH

BUJET SATU REKOD UNTUK MALAYSIA

bujet yang akan di umumkan hari ini
adalah satu lagi rekod penampilan malaysia
satu  lagi tangga kejayaan
satu lagi ketrampilan malaysia

bujet malaysia ini adalah ter rekod 
ter tinngi
ter hebat
ter panjang
ter besar
untuk asia tenggara

selama 15 tahun
selama lima belas tahun
for 15 years
for fifteen years
belanjawan malaysia defisit

ertinya malaysain berbelanja
lebih banyak dari pendapatan

kalau seorang ayah berbelanja 200 ringgitt  sebulan
wal hal gaji hanya 150 ringgit zsebulan
maka jawabnya si ayah  terpaksa berhutang

inlah yang berlaku kepada kerajaan malaysia
selama 15 tahun berturut-turut - non stop -
belanjawan negara terlebih dari pendapatan negara

kalau si ayah akan terpkasa meminjam dari along

maka kerajaan united malays national organisation ini
terpaksa meminjam 
tetapi dari siapa?

- jual bond
- pinjam dari?....
- pinjam dari bank asia
- pinjam dari bank dunia

tepok dada tanya selera
siapakah yang akan membuat
kekayaan dari hutang malaysia

.... i rest my case my lord....

KONSERT 8 TUNTUTAN



PENIPUAN DIRANCANG DIPRU13 UNTUK MENANGKAN GEROMBOLAN

Posted: 27 Sep 2012 08:34 PM PDT



LAGI RANCANGAN PENIPUAN PILIHAN RAYA
ada nama harimau bin badak
ada nama ular bin telor
ada nama siti bukit binta sungai
ada nama rotan binti damar

semua ini adalah nama pengundi
nama nama ini diwujudkan
agar pengundi hantu
dapat masuk

ini adalah sebahagian
dari penipuan yang dirancang di pru13 nanti

dalam pru 13 nanti
pakatan rakyat akan kalah
pakatan rakyat akan gagal ke putra jaya
bukan kerana TIDAK ada sokong rakyat
tetapi kerana penipuan

gambar di bawah 
nama pengundi ialah ' 

NAMA SAYA IALAH ' binti !



KONSERT 8 TUNTUAN BERSIH


KONSERT 8 TUNTUTAN BERSIH

KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT BENDERA PERJUANGAN

Posted: 27 Sep 2012 08:20 PM PDT






TOLAK ISU – ISU BODOH HANYA UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR

Kenyataan Terbuka
27 September 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama organisasi anak muda di Pulau Pinang dengan ini mengecam tindakan permainan media 'dangkal' regim penguasa dalam usaha mengalih perhatian rakyat dalam isu sebenar.

Dari isu bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibar pada malam merdeka yang diberikan perasa propaganda melampau dengan fitnah ia menjadi agenda PR untuk menukar bendera negara. Isu ini dipatah dengan mudah dengan hujah jika benar PR mahu menukar bendera mengapa tidak bendera gantian tersebut diarak di negeri bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah regim Bn semata.

Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PR kononnya menggunakan jet peribadi untuk hadir ke acara parti di Labuan. Isu ini menjadi gempar hampir lebih seminggu dimainkan di media perdana milik regim Bn.

Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM rakyat) hilang kerana pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah juga diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh rakan beliau yang kebetulan merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur. Sebenarnya ini yang menakutkan Bn apabila ada orang korporat yang mula cenderung menyokong PR. Maka orang korporat ini harus dicari sehingga ke lubang cacing untuk dihukum.

Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang Ketua Pembangkang dalam negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir tidak punya peranan dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn. Maka apa yang tidak kena ?

Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi merupakan kesalahan, maka seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri Kabinet dan sudah tentu tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.

Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan oleh T Jets Sdn Bhd sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim mendedahkan pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa pembiaya mereka. Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah menaiki jet tersebut.

Manakala pada 15 November 2011 lepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri telah mengakui menaiki jet peribadi yang 'ditaja' sahabatnya untuk ke Arab Saudi. Mengapa ini tidak menarik perhatian media regim jika benar mahukan ketelusan ? Siapa yang menaja menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi dan apa kepentingan mereka ?

Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir kerana atas program parti Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.

Persoalanya kini jika disebut kemewahan bagaimana pula media terus diam apabila muncul satu demi satu pemborosan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM 24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM masih belum terjawab, terbaru muncul pula gambar Rosmah dalam media internet yang dikatakan mengenakan jam berjenama Frank Muller yang dikatakan berharga RM 350,000 – RM 500,000.

Itu belum lagi berbilion wang negara yang hilang kerana kelemahan, pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini disenarai 75 kejadian kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak terjawab. (klik sini)

Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet ini dihentikan segera. Ia cuma usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan kesedaran rakyat. Ia cuma satu usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian rakyat.

Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup rakyat, negara hilang daya saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam sejarah negara, kenaikan harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak terkawal. Kini negara ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam usaha menyelamatkan negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya inilah masa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing dalam isu polisi dan tawaran kepada rakyat. 

Inilah masanya kita melakar sejarah baru politik matang dalam negara di mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua gabungan pembangkang (PR). Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi ukuran tetapi rakyat ternanti untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran bagaimana negara harus dipacu ke depan menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat membuat keputusan.

Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih tumpuan.

Sekian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang
Angkatan Muda Pulau Pinang (AMK PP)
DAPSY PP
Pemuda PAS PP
Unit Ehsan P.Pinang
Jingga 13
Malaysian Indian Voice (MIV) PP
Persatuan Kebajikan India Bayan Baru
Komuniti Pulau Pinang


KONSERT 8 TUNTUTAN BERSIH

Tiada ulasan: