Biaqpila |
- Jantan atau betinanya Najib ditentukan isnin ini
- WASPADA UMPAN NAJIB !!!
- Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta
- Mudarat air ketum sama seperti dadah
Jantan atau betinanya Najib ditentukan isnin ini Posted: 28 Sep 2012 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini. Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini. "Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini."Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013. - Sinar ** Ada kejantanan kah Najib..? Time bentang belanjawan 2013 berdentum dentam sindir PR, isnin ni ada berani ke bersemuka dalam perbahasan..? orangni KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | |||
Posted: 27 Sep 2012 11:30 PM PDT Hari ini di Parlimen Najib akan bentangkan Bajet 2013 - Rakyat pasti gembira kerana : - Hapus TOL di "selected Highways" - Penurunan harga petrol dan diesel - Penurunan cukai kereta 20% - Penurunan harga rumah - Penghapusan PTPTN - RM550 sebulan untuk 84 ribu keluarga miskin tegar Ops silap ini bajet Pakatan bukan bajet Barisan...adoyaiiii P/S : Tapi dikhabarkan memang banyak gula-gula....yelah inikan bajet PRU13.....diberi ambil ... UNDI PAKATAN....hehehehe - Pakatan Rakyat Supporters Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN [SINI]. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN. Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahupun di dalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya di Pekan. Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya di antara bajet yang selalu dibentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik. Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang dikatakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa 'hulubalang' BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain. Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka. Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya dilaksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang. Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik. Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang 'ego' dan 'arrogant' BN itu. BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan 'equation' kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN. Bajet yang diunjurkan oleh PR itu jika diserahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN). Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam. Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ianya lebih mengutamakan 'efficiency' yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu. Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu. Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai ke peringkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN. Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada 'variables' yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat 'duit luar' akan dianggap tidak realistik. Aspan Alias demolonie KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | |||
Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta Posted: 27 Sep 2012 09:00 PM PDT Assalamualaikkum & Salam Peringatan, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. " nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini. Sumber suraual-ikhwan KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | |||
Mudarat air ketum sama seperti dadah Posted: 27 Sep 2012 06:34 PM PDT PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat. Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air. Daun ini kemudiannya direbus dan airnya diminum dengan anggapan bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit dan memulihkan tenaga. Bagaimanapun, yang jarang disedari ialah simptom ketagihan bahan ini. Adalah mustahil ia mampu mengubat penyakit atau memberikan kekuatan jika penggunanya tidak boleh meninggalkannya sama sekali dan perlu bergantung pula pada air ketum setiap hari. Dalam keadaan seperti ini, air ketum tidak lagi mampu menjadi ubat, sebaliknya sedang menjadi racun yang sedang merosak diri dan masyarakat. Kesan ketagihan Benar, kesan ketagihannya mungkin tidaklah sebesar penggunaan dadah hingga menyebabkan ada yang mencuri atau melakukan jenayah lain. Bagaimanapun, ada kesan sosial lain yang lebih buruk daripada penggunaan dadah. Tidak seperti penggunaan dadah, peminum air ketum ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan hanya melibatkan anak muda, malah orang dewasa. Kalau penggunaan dadah biasanya melibatkan mereka yang dianggap sebagai 'rosak akhlak', bagaimanapun peminum air ketum ialah ahli masyarakat yang normal. Mereka terlibat dengan aktiviti harian lain seperti bekerja, pergi ke masjid dan terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti biasa. Dalam erti kata yang lain, mereka ialah manusia budiman. Aktiviti meminum air ketum juga lebih terbuka. Ia diminum di rumah ketika duduk bersantai dan dianggap hal biasa yang tidak merosakkan masyarakat. Malah, dalam banyak keadaan, peminumnya memberi tanggapan positif kononnya ia boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya? Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit. Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya. Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain. Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya. Ini menjadikan ia mampu berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah menengah pula. Persepsi berubah Ia tidak dianggap sebagai hal terlarang kerana golongan dewasa sendiri telah menganggapnya secara positif. Sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakannya, adakah golongan dewasa mampu memberikan teguran kalau mereka sendiri penggunanya? Sebenarnya inilah antara isu besar yang sedang melanda kita. Orang dewasa yang menggunakan air ketum ini akan kehilangan 'pengaruh' psikologikal untuk menegur dan membimbing anak-anak remaja sekiranya ada yang terjebak dengan ketagihan air ketum. Harus diingat, penagihan dadah biasanya berkembang daripada satu tahap ke tahap yang lain. Bayangkan, sekiranya anak-anak ini kemudiannya mula menjinakkan diri dengan dadah. Apakah yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk menegur mereka? Bagaimana nanti sekiranya anak-anak ini mula bertanya apakah bezanya mereka, 'ayah menagih air ketum, dan kami pula menagih ganja!'. Inilah sebenarnya kesan buruk yang mungkin tidak disedari oleh pengguna air ketum. Walau sebesar mana mitos positif mengenai air ketum, ia sebenarnya lebih banyak mengundang kerosakan kepada masyarakat berbanding kebaikannya. Ia sedang menyumbang kepada beberapa kerosakan lain yang tidak disedari. Mitos kehebatan air ketum hanyalah dongeng seperti yang juga muncul dalam penggunaan dadah yang lain. Berhentilah, kalaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita yang kian membesar. kosmo |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan