Tukar Tiub |
- PEKMON MEMBANTU PAKATAN KE PUTRA JAYA
- KESEDARAN ANTI AMERIKA SEMAKIN BERKEMBANG
- CAKAP HIDUP MELAYU BERJUANG UNTUK KETUANAN MELAYU TAPI PAKAI NAMA INGGERIS
- KIBARKAN SANG SAKA UNTUK MENDIRiKAN NEGARA BANGSA
- GANAS - ADA RANCANGAN MENGGANAS YANG LEBIH BESAR
- BILA SHAFIE AFDAL NAK SAMAN FITNAH DIA BERMUKAH DENGAN ZAHIDA RAFIQ?
- FORUM FELDA DI MARKAS TARBIAH JUMAAT INI
- TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS
PEKMON MEMBANTU PAKATAN KE PUTRA JAYA Posted: 19 Sep 2012 06:50 PM PDT HARTA TAIB KAJIAN PERINCIAN KEKAYAAN AS21 BILION EMPAYAR TAIB - mkini Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion). Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion. Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah. Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... JANGAN GOPOH... JANGAN GAPAH... kah kah kah.. kh kah kah...TAIB MAHMUD INI ADALAH SAHABAT PAKATAN RAKYAT.... kah kah kah.. kah kah kah... WARGA DAYAK AMAT BENCI PADA TAIB ..... kah kah kah... kah kah kah... KERANA BENCI DENGAN TAIB MAHMUD ... kah kah kah.. kah kah kah.... WARGA DAYAK AKAN UNDI PAKATAN... kah kah akh.. kah kah akh... ORANG CHINA DALAM BANDAR SEMUA ANTI GEROMBOLAN.... kah kah kah.. kah kah kah... ORANG BUKIT TAK SUKA TAIB MAHMUD.... kah kah kah... kah kah kah... ORANG ULU BENCI PADA TAIB MAHMUD...kqah kah kah KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woiot...KALAU SEMUA RAKYAT SARAWAK TAK SUKA TAIB... kah kah kah.. kah kah kah... SIAPA YANG SUKA TAIB INI...... kah hak kah kah... kah kah kah... TAIB MAHMUD BELI UNDI UNTUK MENANG.... kah kah kah PENGUMUMAN: sesiapa yang berminat untuk memesan sang saka untuk dikibarkan di rumah masing masing sila hubungi: radiobangsarutama@gmail.com TER NOW ! PESANAN UNTUK SANG SAKA pesanan masih diterima sila hubungi radio bangsar sila hantar email sahelai sang saka beharga 25rm termasuk sewa pos |
KESEDARAN ANTI AMERIKA SEMAKIN BERKEMBANG Posted: 19 Sep 2012 10:11 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB awas pemuda gerombolan juga akan datang awas pemuda geerombolan akan hijak awas khairy jamaluddin nak tunjuk muka HIMPUAN SEJUTA UMAT JUGA DI JOHOR JUMAAT INI - harakah daily JOHOR BAHRU: Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga akan bergema dengan himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat Jumaat, 21 September ini. Ketua Penerangan PAS negeri, Ghazaley Ayub, dalam kenyataan medianya turut memberitahu, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berhubung perkara berkenaan pada Khamis ini. "Kita akan meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, kita harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang akan mengupas dengan lebih lanjut isu berkenaan termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.." "Kita juga berharap mimbar Jumaat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci kepada umat Islam berhubung perkara berkenaan." lepas berdemo malam dkita berforum: JEMPUTAN UNTUK SEMUA - RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG satu forum/ceramah mengenai felda akan diadakan pada malam jumaat ini untuk warga yang tidak dapat hadir jangan risau jangan kecil hati jangan kecewa kerana radio bangsar akan membuat siaran terus menerus radio bangsar utama yang akan membuat laporan langsung dari taman melewar SHAM JATUH - FELDA LINGKUP RAPAT RAKYAT: SAHAM JATUH FELDA LINGKUP? PADA: 21 September 2012(Jumaat) WAKTU : 9 Malam TEMPAT: Dataran KUIZM Taman Melewar Pemidato: Mazlan Aliman, Dr Rosli Yaakub, Hishamudin Rais, Lowyer Harris Abdullah, Dato' Ramli Buyung, Dato' Tan Kee Kwong. Semua dijemput hadir. Anjuran: ANAK Lembah Klang, PAS Batu, Radio Bangsar Utama. |
CAKAP HIDUP MELAYU BERJUANG UNTUK KETUANAN MELAYU TAPI PAKAI NAMA INGGERIS Posted: 19 Sep 2012 01:22 AM PDT NOTA: bayangkan kalu gerombolan berjuang atas nama agama betapa hebat lagi rasuah betapa hebat lagi penipuan wasitiah wasitobah wasikalah wasipooorah wasi kah kah kah KAH KAH KAH KAH KAH PRU13: PELUANG MELAYU MERDEKA DARIPADA UMNO - harakah daily KUALA LUMPUR: Dakwaan Najib Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno. Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan. Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya. "Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya. Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar. Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. "Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... WAHAI AHLI AHLI GEROMBOLAN YANG SESAT... kah kah kah.. kah kah kah...PARTI KAMU PARTI MELAYU...kah kah kah... kah kah kah...SLOGAN PARTI KAMU : HIDUP MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah...PERJUANGAN KAMU : KETUANAN MELAYU.... kah kah kah.. woit... KENAPA NAMA PARTI KAMU TAK PAKAI NAMA MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah...UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION NAMA INGGERIS.... kah kah kah.. kah kah kah... PARTI KAMU SESAT LAGI MENYESATKAN.... kah kah kah PENGUMUMAN: sesiapa yang berminat untuk memesan sang saka untuk dikibarkan di rumah masing masing sila hubungi: radiobangsarutama@gmail.com TER NOW ! PESANAN UNTUK SANG SAKA pesanan masih diterima sila hubungi radio bangsar sila hantar email sahelai sang saka beharga 25rm termasuk sewa pos |
KIBARKAN SANG SAKA UNTUK MENDIRiKAN NEGARA BANGSA Posted: 18 Sep 2012 11:42 PM PDT SANG SAKA DI KIBARKAN LAGI NOTA: lihat gambar ini ini gambar sejarah satelah 55 tahun dilenyapkan sang saka dikibarkan kembali pada malam janji demopkrasi anak anak muda dalam gambar ini adalah anak anak muda yang berani mereka membuat sejarah mereka melakar sejarah anak muda dunia ini akhirnya milik kamu salut untuk yang berani! SEJARAH 6000 TAHUN SANG SAKA POLIS SELANGOR TERIMA DUA LAPORAN ORANG AWAM - meloya SHAH ALAM 18 Sept. - Polis Selangor menerima dua laporan yang dibuat orang awam berkaitan perbuatan biadab pihak tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' di atas sebuah jambatan di Seksyen 20, Shah Alam pada 14 September lalu. Dua laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan IPD Kuala Langat, pada hari sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya turut merampas bendera terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. "Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kami masih lagi menyiasat kes itu "Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di talian 03-55145222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya kepada pemberita di Pusat Media IPK Selangor di sini hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah kah kah kah kah kah akh kah kah akh kah kah kah kah kah kah ....kah kah kah ...i rest my case my lord... kah kah kah.... kah kah kah... i will die laughing.... kah kah kah .. |
GANAS - ADA RANCANGAN MENGGANAS YANG LEBIH BESAR Posted: 18 Sep 2012 09:45 PM PDT STRATEJI GANAS DARI REJIM PENGGANAS GANAS DAN KEGANASAN Minggu lalu bas MERDEKA RAKYAT yang membawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah diserang di Kota Baru. Kemudian pada malamnya satu serangan telah berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 orang ahli Perkasa. Serangan berlaku ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka. Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini? Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin pemandu bas. Ini hanya balingan batu bata yang memecahkan cermin bas. Ada yang berpendapat bahwa cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandangan mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini maka ini adalah anggapan ini salah. Pandangan ini silap. Untuk memahami semua serangan ini biar saya surahkan sajelas mungkin agar kita semua sedar apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang maka kita juga boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian. PENGGANAS SEDANG MENGANAS Pada ketika ini dunia politik Melayu telah pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Polity kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkumudikan arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat-syarat sejarah. Selama lebih dari lima dekad parti United Malaysa National Organisation yang berslogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu telah menjadi hegemon – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih dari 50 tahun gerombolan ini telah berkenduri kendara – bercempera dan berpesta - memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan silu gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya raya. Saya ingin sekali lagi memberitahu para pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca-punca ekonomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation. Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Menggangu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Mengempur kenduri Rumah Terbuka ialah adalah kerja politik. Kerja-kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya ini adalah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung semua ini disusun dan diatur. Dibelakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi ini wujud satu perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu. Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya satu tohamah murah untuk memburukkan United malays NatioanL Organisation? Jawabnya semua ini bukan tohamahan. Semua ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh. Selama lebih dari lima puluh tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agihkan harta kekayaan negara kepada kuncu-kuncu dan para penyokong. Berbilion ringgit harta negara telah dikelepet. Berbilon ringgit telah diagih atas nama projek kepada para kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan. Tetapi sesudah 8 March 2008 semuanya telah berubah. Perubahan ini dimeterikan oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan di buktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012. MUKA PENGGANAS YANG BERLESEN Justeru satu perancangan keganasan telah disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk terus menakut-nakutkan orang ramai yang telah mula berani turun ke jalan raya. Bayangkan jika orang ramai telah berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan merasa takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya : pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang sedang berlalu. Untuk mendalami pemaham kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai telah digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Terkanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 dimana secara dirancang mata-mata yang bertugas telah ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan untuk menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan. Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan dengan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang bertujuan untuk menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya. Projek menakut-nakutkan orang rami ini gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu telah memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tidak ada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditong sampahkan. Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Muhamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin , Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang sedang berlaku. Kesemua mereka sedar bahawa kuasa hegemon ditangan mereka akn terlucut. Justeru, para pemikir, para perancang yang diupah dan dilanggan oleh United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Para pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang telah mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke dalam tong sampah sejarah. Serangan-serangan kecil-kecil ini bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan rakyat memerintah. Kekacauan dan keganasan yang kita lihat hari ini adalah satu persediaan. Apa yang mereka harap-harapkan akan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat. Para pemikir yang diupah ini berharap 'keganasan' yang mereka rancangan ini akan ' menaikkan darah' penyokong atau simpatisan Pakatan Rakyat. Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk 'menjemput' penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation. Jika berlaku serangan balas dari Pakatan Rakyat maka media milik United Malay National Organisation akan belabon dua puluh lima jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan Rakyat ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara. Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau di Kota Baru ini hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU13. Sila perhatikan bagaimana projek-projek sedang diagih kepada para kroni dengan pantas sekali. Projek-projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini juga adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan kalah besar. Berikan projek pada kroni - ikat kontrek sebanyak mungkin sebelum Pakatan Rakyat ke Putrajaya. LAGI PENGGANAS BERLESEN MENGGANAS Dalam masa yang sama untuk memastikan kuasa terus dimiliki maka PRU13 ini nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut pautnya penipuan pilihanraya dengan dengan keganasan simbahan cat merah? Para pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu - hingga ke hari ini masih belum ada dakwa dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi maka jelas inilah bukti saheh bahawa keganasan ini memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama untuk menakut-nakutkan para pengundi terutama pengundi China. Justeru keganasan yang berlanjutan ini adalah persediaan United Malays National Organisation untuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Para pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika para pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion ringit, memiliki kekayaan berjuta ringgit, memiliki sayarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – apakah akan memberikan laluan percuma kepada Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran? Biar saya senangkan lagi soalan ini. Apakah Mahathir Muhamad, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes , Mokhzani Mahathir dan dan dan... akan memberikan Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya. Saya senangkan lagi : mana lebih murah membelanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah kumpulan anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang. Dari kehilangan berbilion ringgit dengan kemungkinan dimasukan ke dalam penjara – kalau tidak membuat ganas sekarang. Apabila pembaca telah dapat menjawab soalan ini maka para pembaca telah memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek mengganas yang akan berlaku kemudian hari.(TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45 PENGUMUMAN: sesiapa yang berminat untuk memesan sang saka untuk dikibarkan di rumah masing masing sila hubungi: radiobangsarutama@gmail.com |
BILA SHAFIE AFDAL NAK SAMAN FITNAH DIA BERMUKAH DENGAN ZAHIDA RAFIQ? Posted: 18 Sep 2012 09:15 PM PDT CAKAP NAK SAMAN - BILA NAK SAMAN USAH SENTUH ISU KENEGERIAN - berita hairan Kuala Lumpur: Pembangkang diingatkan jangan rakus memainkan emosi rakyat dengan membangkitkan semangat kenegerian dan menabur janji kosong semata-mata untuk meraih kuasa politik. Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal, berkata tindakan itu amat berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan dan perpecahan seperti berlaku di negara luar. Bangkit kemarahan sesuatu bangsa dihasut Jangan bangkitkan emosi manusia, saya tahu pembangkang idamkan kuasa, tapi dalam idamkan kuasa itu mereka mainkan perasaan kenegerian. Kerana rakus hendak rebut kuasa, kita mainkan emosi yang boleh mengakibatkan perbalahan yang takkan ada batasan, boleh bangkitkan kemarahan kalau sesuatu bangsa itu dihasut, diadu domba, katanya. Beliau mengulas janji Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee yang mahu memberi kad pengenalan khas membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, atas alasan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad dikeluarkan kerajaan Persekutuan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KENAPA TAK BOLEH BANGKIT AJENDA BANGSA BANGSA... kah kah kah.. kah kah akh...KENAPA TAK BOLEH BANGKIT AJENDA NEGERI NEGERI... kah kah kah.. kah kah kah...KENAPA TAK BERI KADAZAN DAN DAYAK BERSUARA.... kah kah kah.. woit... SABAH ITU TANAH AIR MEREKA.... kah ka kla kah kah kah...SARAWAK ITU TANAH AIR MEREKA.... kah kah kah.. kah kah kah...MEREKA BOLEH BUAT APA YANG MEREKA SUKA... kah kah kah.. kah kah kah... APA PELIKNYA MENGHASUT?.... kah kah kah.. woit...SEMUA PARTI POLITIK MENGHASUT CARI PENGARUH.... akh kah akh.. woit... MELARANG MENGHASUT JUGA IALAH HASUTAN UNTUK JANGAN MENGHASUT... kah kah kah PENGUMUMAN: sesiapa yang berminat untuk memesan sang saka untuk dikibarkan di rumah masing masing sila hubungi: radiobangsarutama@gmail.com |
FORUM FELDA DI MARKAS TARBIAH JUMAAT INI Posted: 18 Sep 2012 08:16 PM PDT JEMPUTAN UNTUK SEMUA - RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG satu forum/ceramah mengenai felda akan diadakan pada malam jumaat ini untuk warga yang tidak dapat hadir jangan risau jangan kecil hati jangan kecewa kerana radio bangsar akan membuat siaran terus menerus radio bangsar utama yang akan membuat laporan langsung dari taman melewar SHAM JATUH - FELDA LINGKUP RAPAT RAKYAT: SAHAM JATUH FELDA LINGKUP? PADA: 21 September 2012(Jumaat) WAKTU : 9 Malam TEMPAT: Dataran KUIZM Taman Melewar Pemidato: Mazlan Aliman, Dr Rosli Yaakub, Hishamudin Rais, Lowyer Harris Abdullah, Dato' Ramli Buyung, Dato' Tan Kee Kwong. Semua dijemput hadir. Anjuran: ANAK Lembah Klang, PAS Batu, Radio Bangsar Utama. |
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS Posted: 18 Sep 2012 07:41 PM PDT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA Club Med Cherating telah dimasukkan ke pasaran untuk di jual rangkaian hotel eklusif yang terletak di batu 29 jalan kuantan kemaman ini telah mula beroperasi pada awal 80'an club med cherating adalah club med yang pertama dibuka di asia tt difahamkan rangakian hotel ini dimasukkan ke pasaran kerana kebelakangan ini kehadiran pengunjung dari tahun ke tahun semakin berkurangan AKIBAT DARI SANTAU RADIO AKTIF nota:berita lanjut menyusul |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan