Komentar Kini |
Protes filem hina Nabi Mufti Perlis marah Posted: 19 Sep 2012 06:08 PM PDT Umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia turun turut protes menandakan marah kepada pembikin filem Innoncence of Muslims yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW. Nik Aziz musyidul PAS yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, masyarakat Islam seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak agama Islam terus dipersendakan. Tetapi yang peliknya, mufti Perlis, Dr Jonda Jaya marah benar dengan tindakan umat Islam yang melakukan protes tersebut. Bukan setakat marah marah terhadap umat Islam yang tunjuk perasaan membantah pembkin filem Innoncence of Muslims keturunan Yahudi itu, malah beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu macam gengster.Nasib baik dia tak kata pengganas. Penulis masih belum lupa dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Datuk Abu Hassan Din berkata, umat Islam terbahagi dua. Umat Islam juga ada yang kafir, iaitu mereka yang tinggal solat dengan sengaja.bermakna sah ada yang kafir. Penulis masih ingat lagi bahawa ulama juga terbahagi kepada dua golongan. Ada ulamak jahat da nada ulamak baik. Sekarang ini jelas bahawa bertindak protes yang dilakukan seluruh dunia itu pembikin filem tersebut sudah menghilangkan diri takut dibunuh. "Jika kita tidak bertindak demikian mereka akan buat benda lain lagi yang akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak munasabah seperti di negara-negara luar, biar mereka sedar perbuatan itu salah dan ada orang yang halang, doa sahaja tidak cukup,"Kata Nik Azizi selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim. Ini menunjukkan protes tersebut amat berkesan dan memberi amaran kepada mereka yang menghina nabi dan Islam seperti mana yang berlaku terhadap Solman Rusdhi menghilang diri takut dibunuh. Mengulas lanjut Nik Aziz berkata, antara punca yang menyebabkan penghinaan itu berlaku disebabkan masyarakat Islam sendiri yang tidak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan. "Orang Islam sendiri yang melakukan pengkhianatan terhadap agama Islam, kita seharusnya sedar dan tidak melakukannya sekiranya tidak mahu lagi Islam dihina," katanya. Ditanya adakah protes melalui demonstrasi itu perlu dilakukan masyarakat Islam, Nik Aziz berkata, pendekatan itu boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada keadaan tertentu. Kita tidak harus membisu terhadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perhimpunan membantah filem itu Jumaat lepas. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan