Ahad, 23 September 2012

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Lim Guan Eng cadangkan Lapangan Terbang P.Ramlee

Posted: 23 Sep 2012 06:09 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu. "Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935.

 

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.

 

Pada masa yang sama, ujarnya, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

 

"Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut," ujarnya.

 

Justeru, kata Guan Eng, beliau juga berharap Kerajaan Persektuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja.

 

"Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak," katanya.- s/harian

Tiada ulasan: