Ahad, 23 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hanya Melayu yang benar-benar bodoh akan percaya Yahudi akan lantik PM Boneka kata Zaid Ibrahim

Posted: 23 Sep 2012 06:12 AM PDT


Sekali lagi Mahathir cuba menakutkan orang Melayu dengan membawa cerita kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri .

Sedangkan beliau sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.

"Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.

"Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang..

Itu adalah kata-kata kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Berikut adalah apa yang Mahathir katakan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

mahathir and george soros meet 151206 shaking handsBeliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini ~ Malaysiakini

Jika Saifuddin Nasution mendakwa Mahathir cuba menakut-nakutkan orang Melayu, mari kita lihat apa pula komen Zaid Ibrahim..

Komennya ringkas dan padat..

Dipetik dari laman Twitter milik Zaid Ibrahim @zaidibrahim.. beliau menulis "Malays must be really stupid to believe the Jewish conspiracy to install puppet PM"..

Atau dalam Bahasa Malaysia "Melayu mesti benar-benar bodoh untuk percaya akan Konspirasi Yahudi untuk melantik seorang Perdana Menteri boneka"..

Ini printscreen laman Twitter Zaid Ibrahim..


Kesimpulan dari kenyataan Zaid Ibrahim itu ialah... pencacai UMNO sememangnya benar-benar bodoh kerana mereka mempercayai apa yang Mahathir cerita itu...

Ha..ha..ha.. selama ini aku sangka pencacai UMNO itu kebanyakkannya bodoh.. rupa-rupanya bukan bodoh tapi benar-benar bodoh... ha..ha..ha..

Sekali lagi Mahathir pertikai Hukum Hudud..

Posted: 23 Sep 2012 02:15 AM PDT


Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir bukan sahaja pernah menghina Rasulullah S.A.W malah beliau juga mempersendakan hukum hudud..

Apa yang dia kata tentang Hudud dan Rasulullah S.A.W. sila baca di ( SINI ) dan di ( SINI )

Kini biarpun telah lama meninggalkan jawatan dan berusia 87 tahun, Mahathir sekali lagi mengulangi perbuatannya itu dengan jelas dan nyata.

Beliau menyatakan bahawa perlaksanaan hukum Hudud di negara ini akan mewujudkan sistem kehakiman yang tidak adil di negara ini.

Bercakap dalam forum Islam dan Kesihatan Wanita hari ini, beliau berkata hudud punya kelemahan dan ianya tidak sesuai untuk digunapakai di dalam negara kita yang punya berbilang bangsa ini kerana ianya hanya menghukum ummat Islam.

"Dalam hudud, jika anda mencuri tangan anda akan dipotong, tetapi hukuman itu hanya untuk orang yang berugama Islam sahaja tidak untukbukan Islam yang mencuri jumlah wang yang sama. Ini bukanlah satu perkara yang adil" katanya kepada hadirin semasa sessi soal jawab.

Beliau juga mempertikaikan perlaksanaan hukum Hudud terhadap pesalah rogol,di mana empat orang saksi dikehendaki untuk mensabitkan pelaku.

"Hari ini kita mempunyai alat moden yang setara DNA. Anda boleh mengumpul bukti rogol melalui mengumpul sampel DNA dan membandingkan mereka dengan pesalah.

"Sesungguhnya, kita boleh menerima keterangan mengikut keadaan walaupun tidak ada empat orang saksi.

"Dalam Islam, perkara yang paling penting adalah keadilan. Apabila anda menilai, anda mesti memastikan keadilan telah dilaksanakan . Jika anda menilai mengetahui dengan jelas bahawa ini adalah tidak adil, maka saya fikir ia adalah tidak islamik, "katanya.

Hmmm.. dulu semasa kempen PRU, Nenek saudara aku pernah menggunakan hukum hudud ini untuk menakut-nakutkan emak aku.. katanya "Kalau nak tengok habis tangan orang Islam kena potong.. Undilah PAS"

Nenek saudara aku masa tu Ketua Wanita UMNO kalau tak silap aku..

Emak aku menyampaikan perkara itu kepada aku.. aku pesan kat Mak aku.. "Mak tolong bagi tahu kat Tok Su tu.. kalau tak boleh terima hukum Allah baik pergi sembah berhala yang ada banyak di Perai tu...."

"Kita dijadikan oleh Allah.. jadi kenapa kita nak tolak hukum dari Allah yang telah mencipta kita, sebagai pencipta sudah tentu Allah S.W.T. lebih mengetahui dari kita..

Terkedu Mak aku dengar.. aku nak cakap panjang-panjang takut Mak aku pulak yang terasa masa tu.. he..he..

Kalau aku boleh bercakap dengan Mahathir.. ayat itulah yang akan keluar dari mulut aku kepada dia..

Dr M: Hudud law will create injustice

KUALA LUMPUR: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad made his strongest ever objections on hudud law today, saying that its implementation will create an unjust judiciary system in Malaysia.

Speaking at the Islam and Women's Health forum today, he said hudud with its shortcomings cannot fit into multi-racial countries like Malaysia, as it only punishes the Muslims.

"In hudud, if you steal, you can have your hand chopped off. But they want to chop off only Muslims' hand, not the non-Muslim who steal same amount of money. Surely it's not justice," he told the audience during the question-and-answer session.

He also took a swipe at the hudud's condition on rape offence, whereby four witnesses are required to convict a perpetrator.

"Today we have the modern equivalent tool of DNA. You can collect evidence of rape through collecting DNA samples and compare them with the offender.

"Surely, we can accept circumstantial evidence even if there are no four witnesses.

"In Islam, the most important thing is justice. When you judge, you must make sure justice has been served. If you judge knowing clearly that this is unjust, then I think it is un-Islamic," he said.

Mahathir' comment came amid repeated statements by PAS lately to implement the stringent law should it come into federal power.

Earlier, the longest-serving prime minister said that the hudud debate came about because certain individuals wanted to be stringent to show they are more "Islamic".

"There is no mention in the Quran about stoning to death, or shooting with M16 gun, but this is regarded as the most appropriate [by some individuals].

"This shows we prefer the most extreme interpretation of Quran as against the norm of the day," he said.
He urged Muslims to follow the Quran instead of the Sunnah or Hadith, which are merely "optional" interpretations of the Quran.

"In Islam, certain things are compulsory and certain [things] are optional; if we don't accept the optional ones, that is not wrong for us," he said ~ Free Malaysia Today

Jika Ngeh dikutuk habis-habisan oleh pencacai-pencacai UMNO kerana kenyataannya yang dikatakan menghina Islam .. adakah pemuda-pemuda UMNO yang mengadakan demo mengutuk Ngeh ketika PAS/PR mengadakan demo mengutuk US baru-baru ini berani mengadakan demo di hadapan rumah Mahathir yang jelas menghina hukum Allah ini?? 

Tiada ulasan: