Selasa, 11 September 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Bakal Kerajaan Perak Wajib Contohi Polisi Integriti Kerajaan P.Pinang

Posted: 10 Sep 2012 10:13 PM PDT


           Isu tanah adalah isu yang sensitif di Negeri Perak.Dibawah pentadbiran BN semasa ini telah banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pengagihan atau kurniaan Tanah.Bukan lah suatu kabar asing jika dikatakan bahawa pengambilan tanah banyak di monopoli oleh dua golongan ini .Kedua golongan ini adalah orang politik (UMNO/BN) dan kakitangan kerajaan.Golongan politik membolot tanah negeri melalui kuasa politik mereka.Ini dapat dilihat dengan pengambilalihan sebahagian Kaw Hutan Rezab Melayu dan pemberian lot lot tanah Felcra kepada kroni  yang sepatutnya diberi kepada rakyat yang susah.Dari pengalaman sendiri,pernah membuat kaji selidik tentang sosio –ekonomi peserta Felcra dan salah seorang yang ditemuramah adalah bekas DUN.Persoalannya kenapa beliau juga tersenarai sebagai peserta?.Mungkin alasannya sebagai mengenang jasa.Jasa mereka telah dibayar dengan elaun yang diberi setiap bulan beserta pencen.Berilah lot lot tersebut pada mereka yang berhak
               Begitu juga dengan kakitangan kerajaan.Ada antara mereka telah dianugerahkan lot lot tanah dengan alasan mengenang jasa mereka .Ini bukan omong-omongan.Anda boleh semak dalam geran Mukim Jaya,Perak Tengah.Siapakah mereka mereka yang memiliki tanah disini.Bukan nya sedikit,setiap orang diberi lima ekar.Begitu besar jasa mereka ..Persoalannya pekerja swasta tiada jasakah kepada masyarakat?.Bagai mana dengan petani,pesawah dan nelayan yang memberi makan kepada masyarakat?.Mereka ini lah yang patutnya diberi tanah bukan nya kakitangan kerajaan yang telah dibayar gaji  beserta dengan kemudahan kemudahan lain .Terdapat contoh yang baik ialah seorang kakitangan bawahan memiliki berpuluh puluh ekar dari pemberian tanah dan hasil bodekkannya terhadap ketua jabatan.Mungkin ada haknya untuk dapat kurniaan tanah jika berdasarkan gaji nya yang rendah tetapi bila dah sampai berpuluh puluh ekar maka ianya dianggap suatu ketidakadilan kepada rakyat marhain.oleh itu tindakan oleh kerajaan P.Pinang itu adalah dipuji dan patut dicontohi oleh bakal kerajaan
             Pernah dahulu dalam tahun 1990an kerajaan Perak membuka permohonan tanah kepada penduduk perak tengah.Kononnya tanah yang hendak diberi itu di Mukim Keledang Sayong.Maka berderu derulah rakyat jelata ini ke Pejabat Daerah untuk mengambil borang permohonan,dengar cerita oleh kerana kegairahan untuk mendapatkan borang ,berebut rebut hingga menyebabkan ada yang sampai terkoyak baju sehiingga mendatangkan aib.Cerita diatas adalah untuk mengambarkan keinginan rakyat jelata yang miskin dan susah kepada sekeping tanah.Apa dah jadi kepada permohonan permohonan tersebut?Tak boleh nak cakap..kalau cakap pun tak de bukti nak buat apa.-Msinc TBO

Hanya rakyat biasa berhak pohon tanah Kerajaan di P. Pinang

Posted: 10 Sep 2012 07:01 PM PDT




 Hanya rakyat biasa berhak pohon tanah Kerajaan di P. Pinang
PULAU Pinang akan terus melaksanakan polisi integriti dengan melarang kakitangan kerajaan serta ahli politik kepartian dari memohon tanah milik Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, polisi sebegitu dapat memelihara budaya integriti dalam kalangan pemimpin setempat dan rakyat terbanyak di negeri berkenaan
"Yang layak pohon (tanah) hanya rakyat biasa. Dulu (semasa era Barisan Nasional memerintah Kerajaan Negeri), kalau nak dapat tanah mesti ada 'kabel-kabel kuat'.
"Kalau pegawai kerajaan atau ahli politik nak pohon tanah, mesti letak jawatan dulu dan jadi orang biasa, baru layak pohon tanah milik kerajaan," ujar beliau di Dewan Cina Kampung Permatang Tok Mahat, Jawi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tan Beng Huat, Maktar Shapee (ADUN Sungai Bakap), Mohd. Kamil Abu Bakar (Pegawai Penyeleras Kawasan DUN Sungai Acheh) dan  Mohd Fauzi Yusof (Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang) turut hadir pada majlis anjuran masyarakat setempat.
Guan Eng berkata, hak rakyat di negeri berkenaan lebih terjamin apabila Kerajaan Negeri melaksanakan polisi-polisi integriti sedemikian.
"Saya percaya, Kerajaan Negeri tidak akan rugi sekiranya hak-hak rakyat terus dipelihara menerusi polisi integriti seperti ini.
"Saya percaya sebuah Kerajaan (Negeri) akan tumbang apabila hak-hak rakyat seperti tanah, ada yang diberikan kepada kroni-kroni sehingga mengakibatkan rakyat tolak mereka.
"Apabila rakyat tidak reda dengan amalan kronisme, Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional yang begitu kuat dulupun tumbang dalam pilihan raya umum ke-12," tegas beliau.
Beliau berkata, beliau tidak boleh menerima keputusan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dulu menjual 980 ekar tanah di persisiran Tanjung Tokong dengan harga RM1 sekaki persegi melalui perjanjian tebus guna pada tahun 1990 dan 1999 yang nyata menguntungkan pihak swasta sahaja.
Dalam perjanjian-perjanjian lain pada tahun 1997, 2002 dan 2003, beliau mendedahkan, Kerajaan Negeri era Barisan Nasional telah memberi pemaju hak menebus guna  325 ekar tanah sebagai ganti untuk pembinaan Lebuh raya Jelutong yang dianggarkan menelan kos RM300 juta dan bayaran balik RM24.4 juta sahaja.
"Dalam erti kata lain, jumlah kos adalah RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah. Ini bersamaan dengan RM1 juta seekar atau RM20 sekaki persegi.
"Pemaju boleh bayar RM25.4 juta dalam masa 10 tahun, dari 2005 hingga 2015...ini satu rekod tempoh pembayaran yang baru," seloroh beliau sambil mendakwa penjanjian itu kurang menguntungkan rakyat dan Kerajaan Negeri.
Tuntas dari itu, beliau menasihatkan pembangkang Pulau Pinang supaya berhenti dari mengkritik langkah Kerajaan Negeri menjual tanah kepada mana-mana pemaju yang menawarkan sebut harga tertingi secara tander terbuka yang nyata menguntungkan Kerajaan Negeri dan rakyat di negeri berkenaan - Faqar
Petikan dari blog SharpShooter

Tiada ulasan: