SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 25 Sep 2012 10:18 PM PDT Dengar khabar hubungan Mesir-Israel di bawah regim Mubarak dan Morsi lebih kurang sama sahaja statusnya. Malah Morsi cuba melihat "keramahannya" dengan Israel bilamana memberi bangunan baru kepada kedutaan Israel di Mesir!! Ada gelaran tak baik kepada Morsi kini iaitu Mubarak Berjanggut. Sikap Ikhawanul Muslimin sejak awal penubuhannya terhadap Israel adalah jelas sekali sehingga mereka sanggup menyediakan pasukan bersenjata melawan Israel pada 1948 dahulu. Kejayaan team Ikhwan dalam pemerintahan Mesir kini tidak ada maknanya jika sikap Mesir terhadap Israel tetap sama dengan regim lama Musbarak. Dikhabarkan juga rakan-rakan Ikhwan di luar Mesir, amat tidak puas hati dengan Morsi!!!! Dalam hal sikap terhadap Israel, hanya Iran dan Syria sahaja di kalangan negara Teluk yang amat tegas terhadap Israel. Maka tidak hairanlah kedua-dua negara ini cuba dipencilkan dari dunia Islam dengan dakyah syiah. Ustaz ustaz Pas pun turut sama terperangkap dalam isu ini. Dengan sentimen mazhab dan akidah, dunia Islam "di pecah dan perintah" oleh Amerika!!!! Yang menjadi alat Amerika ialah Arab Saudi dan Qatar!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan