Nuffnang

Pengikut

Muslimeen United

sumber :-

Muslimeen United


3 pesanan TGNA kpd seluruh rakyat Malaysia

Posted: 26 Sep 2012 05:49 AM PDT


WALAUPUN DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI.

Pada jam 3.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia rombongan NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R" telah mengziarahi YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr Syed Khalid, Naib Presiden NGO ROYALTI telah mendapat berberapa pesanan daripada YAB Tuan Guru antaranya 3 pesanan dari beliau iaitu;-

i. Rakyat Kelantan dan Malaysia kena turun beramai-ramai menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober 2012 nanti anjuran NGO ROYALTI.

ii. Sekiranya tidak dapat hadir bersama-sama rombongan Konvoi Mega nanti, rakyat Kelantan diminta untuk sama-sama membuat Solat Hajat dan Berdoa agar perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 3 Oktober 2012 memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

iii. Dan seboleh-bolehnya pakat ramai-ramai buat, kibar bendera dan pakai sticker "R" kenderaan di seluruh Kelantan dan Malaysia.

Pada pertemuan tersebut YAB Tuan Guru juga sudi untuk memakai baju t-shirt R dengan menunjukan simbol tangan "R" menggunakan bahasa isyarat Orang Kurang Upaya Bisu dan Pekak bagi menyatakan solidariti@sokongan kepada perjuangan NGO ROYALTI yang kini makin mendapat sokongan padu dari seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia termasuk NGO dari Terengganu, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut hak hasil bumi Negeri di kembalikan seperti asal tertubuhnya di Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia tahun 1963.

"Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.

"Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,"

"Kami ingin mengajak seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia mendoakan YAB Tuan Guru agar ceat pulih untuk bersama-sama hadir ke program 2 dan 3 Oktober nanti"

Justeru itu pihak NGO ROYALTI mengajak seluruh Rakyat Kelantan yang berada di seluruh Negara untuk hadir beramai-ramai program NGO ROYALTI nanti iaitu

KONVOI MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012, perlepasan jam 7.30 pagi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang dijangka akan mengumpulkan lebih 600 buah Kenderaan dengan penyertaan lebih 3,000 orang peserta seluruh Kelantan.

SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012 jam 7 petang di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor yang akan dihadiri oleh;

# YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden R Malaysia (Kelantan)
# YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden MAMPAT (Terengganu)
# YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis – GANAS (Sabah)
# YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
# YB Dato Husam Musa,
Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas
Kelantan
# YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
# Wakil Pimpinan Sarawak
# YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
# YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
# YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
# YAB Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

PROGRAM HIMPUNAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TUNTUT ROYALTI pada 3 Oktober 2012, jam 8 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya.

PROGRAM SERAHAN MEMORANDUM DAN 150,000 REFERANDUM TANDATANGAN RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI kepada YAB Dato Sri Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang, 3 Oktober 2012.

PROGRAM PIKET AMAN R TUNTUT ROYALTI DI MENARA PETRONAS, KLCC pada jam 6 petang 3 Oktober 2012.

Porgram-program ini diatur bagi memberi signal kepada pemimpin Malaysia supaya Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan.

Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan.

Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.


"R TUNTUT ROYALTI"


Dr Syed Khalid Abdullah
Naib Presiden NGO ROYALTI

Pihak Penjara Kata "Jangkitan Kuman" TAPI Jenazah Cedera & Lebam

Posted: 26 Sep 2012 05:38 AM PDT


Lubuk Buntar - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."

Begitulah kata Suriati Hussein (gambar), 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera.

Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.

Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki.

"Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.

"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya.


SUMBER GAMBAR


"Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan. -SH

Akhirnya.. Jamil Khir Baharom Mengaku Salah Setelah Tembelangnya Pecah

Posted: 26 Sep 2012 02:32 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.
 
Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.
 
Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir."Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.
 
Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia."Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.
 
Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd

Wakil Aceh harap PAS jadi parti disegani serantau

Posted: 26 Sep 2012 02:28 AM PDT

KOTA BHARU: PAS diharap menjadi sebuah parti Islam yang disegani di rantau ini kerana parti itu yang memperjuangkan Islam sebagai sumber kekuatan umat Islam di negara lain.

Ahli Dewan Perwakilan Aceh, Ramli Sulaiman berkata semoga PAS yang telah lama mentadbir Kelantan terus maju kerana parti itu menjadi contoh umat Islam di negara lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili anggota rombongan Dewan Perwakilan Aceh, di Bilik Gerakan, di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Seramai 14 orang anggota rombongan tersebut melakukan lawatan muhibah ke Kelantan selama empat hari.

Dalam tempoh itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Amar ketika berucap pada majlis itu memberitahu Aceh dan Kelantan merupakan dua buah negeri yang mendapat jolokan Serambi Makkah di Malaysia dan Indonesia.

"Kita ni serumpun walaupun di negara lain, mempunyai persamaan dalam banyak perkara, budaya, makanan, percakapan," ujarnya. -Hrkh

Belanjawan Pakatan tak berasaskan dasar kaum

Posted: 26 Sep 2012 02:27 AM PDT


Belanjawan alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada belanjawan nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalah guna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Beliau menambah, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Belanjawan alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan belanjawan 2012 pada Jumaat depan. -M'kini

TERKINI! Muslihat Penjualan Tanah MARDI Oleh Noh "Udang" Terbongkar!

Posted: 26 Sep 2012 02:27 AM PDT


Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.

Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.

"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.

Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.

Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.

Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.

"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.

"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang

Pembodek Terkantooi !!! Hanya gambar dan komen je dapat Butikan !!! Jom baca

Posted: 26 Sep 2012 02:26 AM PDT

BUKTI GURU KAKI BODEK UMNO/BN CUBA RACUN FIKIRAN ANAK MURID DENGAN SOALAN EXAM


Like ·  · 

KLCC bukan lagi kebanggaan orang Melayu

Posted: 25 Sep 2012 05:40 PM PDT


Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar "Menang Sorak, Kampung Tergadai"? KLCC ni milik siapa sebenarnya?

USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS
25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya.
Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'
10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.
LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC
9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi's/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun.

Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC.

Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.
Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.
Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:
"Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).
"Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).
Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk 'menghalau' perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.
Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.
Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.
Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.
Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Rujukan :

Pro-Mahasiswa Menang Di UM, UKM

Posted: 25 Sep 2012 05:37 PM PDT




Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.

Peratusan keluar undi hanya 42.14.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.

Antaranya,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia.

Di UPM, Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan manakala di UUM pula, 34 kerusi disapu bersih daripada 36 kerusi.

Sementara itu, di UPSI, 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan milik Pro-Aspirasi, manakala di UPNM, kesemua kerusi dimenanginya.

Selain itu, di UMP pula, 22 daripada 24 kerusi dimenangi Pro-Aspirasi dan 33 kerusi dimenangi di UMS. -SH

Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar

Posted: 25 Sep 2012 05:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.
Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.
"Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi."Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia," katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.
Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.
Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.
Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.
Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.TMI

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT