Ahad, 9 September 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Wajah suspek yang lempar cat merah tersebar

Posted: 09 Sep 2012 10:00 AM PDT

Suspek yang disyaki melempar cat merah pada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka semalam. Laporan polis telah pun dibuat berhubung insiden tersebut dan kini menunggu pihak polis menjalankan siasatan selanjutnya.- FB


VIDEO: Pengawal Anwar acu pistol pada orangramai

Posted: 09 Sep 2012 09:54 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis," katanya yang dipetik dari Malaysiakini.com.

Beliau menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pengawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

SEMENTARA ITU Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.- sumber



TERBONGKAR: Kita dah tau cat merah milik sapa

Posted: 09 Sep 2012 08:51 AM PDT

 

 
 
DEY MACHA!!!
AKHIRNYA KITA DAPAT TAU
TUAN PUNYA CAT MERAH
KAH! KAH! KAH!

DI KOTA BHARU BAS PKR KENA SIMBAH CAT MERAH
LEPAS TU KAT PENANG LORI BN KENA SIMBAH CAT MERAH
HARI NI GENG CAT MERAH KANTOI
PASAI DEPA NI SEMUA BANGANG
SEBAB GUNA CAT MERAH JUGAK
LAIN KALI GUNA LA WARNA LAIN PULAK
KAH! KAH! KAH!

Biaqpila

Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.
"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.
"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.
''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.
Anwar: Samseng makin berani & biadap

Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.
''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi.
Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.
''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar.

Malaysiakini


Hang Tuah moden main TIKAM curi...

Posted: 09 Sep 2012 06:16 AM PDT

Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas

ULASAN KEJADIAN
Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar dengan penuh amarah? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak. Ia sesuatu yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.

Anwar terus berucap walaupun diserang.

Kalau hari ini setakat tumbuk terajang, serang orang dalam masjid, sorak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin khasnya Anwar Ibrahim tetapi esok, bila tiba pilihan raya nanti kesadisan kebiadapan itu akan memborak (menular) lebih besar lagi. Ia kalau tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil negara akan melihat sejarah politik terkotor kalaupun tidak jadi padang jarak padang terkukur.

Hari ini dilaporkan sekali lagi bas jelajah merdeka milik PKR telah dibaling dengan cat merah. Kejadian kali ini berlaku negeri yang ketua menterinya Mohd Alim Rustam, di Jasin Melaka. Ia berlaku di siang hari menunjukkan penjahat sudah makin berani dan biadap. Apa menghairankan saya dimanakah polis semasa kejadian itu. Apakah polis sendiri yang membenarkan perbuatan terkutuk itu?

Yang bertindak samseng di Melaka ini saya yakin 100% bukan dari kalangan anak cucu citi Hang Tuah atau Hang Jebat yang masih dalam minda dongengan itu. Kerana pahlawan ini berani berdepan dan tidak melakukan tikam curi. Mereka besar kemungkinan dari keturunan Datuk Madaliar atau Si Kitol atau pun Patih Kermawijaya yang penuh hasad dengan dan berdarah syaitan. Kenapa saya katakan dongengan sebab tiadak keturunan Jebat dan Tuah yang berani dan beperibadian tinggi seperti mereka yang digarapkan dalam hikayat sejarah. Para samseng itu bukan pemberani sebenarnya tetapi pengecut di daun keladi.

Kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan, menabur fitnah dan menikam dari belakang hanya dilakukan oleh keturunan manusia celaka dan sial ini. Mereka inilah yang memecahkan keharmonian hidup di dalam istana-istana lama kerajaan Melaka silam.

Kejadian simbah cat ke atas bas itu berlaku di Jasin ketika bas jelajah merdeka itu hendak singgah di sebuah rumah terbuka di situ. Ia dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim. Kira-kira 30 orang samseng yang dipercayai didalangi seorang AJk pemuda Umno cuba menghalang bas dengan menbirkan kain rentang yang tertulis dengan kata-kata kesat menghina dan memburukkan Anwar.

Giliran Umno Melaka pula memberi tanda merah.
Yang musyikilnya kenapa polis tidak mengawal kejadian ini. Apakah ianya dibiarkan oleh polis atau anggota polis terlibat sama dalam kejadian ini?

Kepada polis dan pasukan keselamatan lain termasuk Umno mereka perlu sedar dan waspada. Mungkin hari ini puak pembakang boleh menahan sabar dan marah selagi mereka bolah bersabar. Tetapi apa kata kalau kejadian buruk itu berterusan dan mereka akan kehilangan sabar, ibarat kata bumi Melaka akan berdarah nanti. Makanya untuk mengelakkan bumi Melaka tersimbah darah seperti tumpahnya darah Jebat akibat tikaman Tuah, hentilah perbuatan jahat yang tidak bermoral itu.

Kita tidak mahu apa yang digambarkan diawal nanti akan berlaku. Tidak siapa yang untung nanti. Kita faham kenapa orang Umno Melaka sudah jadi hampir gila dan nanar begitu kerana mereka kini sudah merasa mereka juga tidak selamat lagi. Kebangkitan dan kesedaran rakyat Melaka yang sudah cemuh dengan cara Umno mentadbir menyebabkan negeri itu yang dianggap kubu kuat Umno sudah mulai retak dan punah.

Nampak jelas kini Umno Melaka hilang fokus dan keyakinan setelah berhijrahnya Tamrin Ghafar ke dalam Pas dan meninggalkan Umno. Penghijrahan Tamrin ke dalam Pas memberi tamparan hebat kepada mereka. Tindakan Tamrin meninggalkan Umno itu dapat mempengaruhi orang lain untuk berfikir buat apa lagi bersama Umno. Mungkin orang Melaka akan berfikir, kalau anak tokoh Umno pun boleh meninggalkan Umno ini sudah jelas dan nyata Umno sudah semakin memburuk. Mungkin ada yang berubah sokongan dengan apa berlaku ke atas Tamrin itu.

Sebenarnya bukan sahaja bas PKR dihalang dan dilempar cat, ceramah Tamrin di Serkam Darat malam tadi juga diganggu sehingga terpaksa dipindah ke Serkam Pantai. Umno mengejar Tamrin malam tadi macam anjing buruan. Pas sudah pun mengambil jalan damai dengan memindahkan tempat ceramah mereka sejauh 2 km tetapi dikejar Umno yang juga pindah majlisnya ke Serkam Darat.

Apa tujuan dan nama perbuatan ini kalau bukan jahat dan bangsat. Jahatlah namanya itu.

Perbuatan menggambarkan Umno hilang kewarasan.
Bagaimana pun cara Umno yang rakus sombong itu tidak mendapat sambutan. Rakyat dan orang ramai tetap mengerumuni ceramah Tamrin bersama Muhammad Sabu itu dan memulaukan ceramah Umno. Menurut Tamrin lebih 3,000 hadir ke ceramahnya berbanding dengan ceramah Umno yang dikepalai abang iparnya Ahmad Hamzah yang dihadiri sekitar 75 orang saja termasuk 23 orang kanak-kanak bawah umur.

Kerana tidak ada sambutan Ahmad dikatakan hanya berucap tidak sampai lima minit atas alasan sebak dengan tingkah laku adik iparnya itu (Tamrin) yang meninggalkan Umno parti yang disifatkan Tamrin penuh rasuah. Begitu juga Speaker Dun Melaka yang turut berucap sekitar 3 minit 45 saat saja dan menuduh Tamrin sebagai Dajal.

Jelas apa yang berlaku di Melaka malam tadi dan petang ini menunjukkan Umno sudah hilang pedoman dan kewarasan. Mereka juga sudah melupai semangat setia, bertanggungjawab dan keberanian Hang Tuah dan Hang Jebat. Sambutan hangat rakyat kepada Pakatan Rakyat dan ramai yang berhijrah sokongan menjadikan orang-orang Umno hilang kewarasan. Tentunya sambutan rakyat Melaka kepada Pakatan Rakyat ini bukan berkurang tetapi akan bertambah selagi Umno tidak kembali ke sifat asalnya serta waras kembali.- MSO


Fuyoo!! Perkasa boleh marah-marahkan Polis. [TOLONG LA TAKUT WOII]

Posted: 09 Sep 2012 04:25 AM PDT

PERKASA: Polis 'takut' bertindak kes hina gambar PM

Setiausaha agung NGO PERKASA Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan polis yang dilihatnya "takut" bertindak serta merta ke atas individu yang didakwa melakukan perbuatan menghina gambar perdana menteri dan bendera Malaysia ketika kejadian 30 Ogos lalu.

Katanya NGO pro-Melayu itu tidak dapat menerima alasan polis bahawa individu berkenaan tidak terus ditahan kerana mahu mengelak berlaku ketegangan ketika perhimpunan Janji Demokrasi itu berlangsung.

"Bukankah dulu walaupun ribuan berkumpul di rumah (bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, pihak keselamatan boleh menahannya di rumah dan dibawa ke Bukit Aman. 
"Tidak pun berlaku huru-haru di rumahnya itu ketika itu. Dulu berani tetapi sekarang mengapa takut untuk bertindak?," soalnya.
Katanya, penjelasan polis itu juga "melucukan" kerana pasukan itu terpaksa memburu baki individu yang didakwa terlibat pada malam tersebut.
"Satu kerja pula nak memburu mereka padahal boleh tahan mereka pada malam kejadian... Jika kes itu membabitkan warga asing, mereka sudah keluar lari balik ke negara asal mereka," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang dilaporkan berkata, polis tidak bertindak agresif pada malam itu bagi membolehkan sambutan ambang kemerdekaan berjalan lancar.

Polis mengenal pasti individu terlibat namun "mempunyai sebab untuk tidak menahan mereka pada malam itu", katanya.
"Mereka yang terlibat dalam insiden itu dikenal pasti, namun PDRM tidak melakukan penahanan serta-merta bagi mengelakkan sebarang ketegangan," katanya seperti dipetik.
Kenyataannya itu timbul ekoran kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa polis gagal bertindak serta merta ke atas individu yang terlibat.- Malaysiakini


GEMPAQ: Dua artis Islam buat persembahan dihari ulang tahun syarikat Arak Guinness

Posted: 09 Sep 2012 01:15 AM PDT

Ning Baizura Dan Mizz Nina Bakal Menghiburkan Di Pesta Ulang Tahun Syarikat Arak Guinness

" Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators. " (sumber Wikipedia)

Dalam bahasa mudahnya, Arthur's Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness. Dan seperti biasa, akan adalah disko di sini yang mengadakan konsert sempena ulang tahun itu. Pada 28 September ini, ia akan diadakan di Souled Out Hartamas. Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan.

Yang sedihnya, dua artis terkenal kita iaitu Ning Baizura dan Mizz Nina pun akan membuat persembahan sempena majlis tersebut.

Sebagai seorang Muslim, kita tertanya-tanya juga kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan, malah menghiburkan majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan alkohol kepada pengunjungnya itu. Malah Mizz Nina sendiri bukanlah pertama kali menyertainya.

Ke mereka ingat alkohol dan nyanyian adalah dua benda berbeza atau macam mana? Atau mungkinkah 'imbuhan' yang diterima adalah segala-galanya? Ye, kita mungkin tak layak menghukum mereka cuma kita bimbang mereka yang 'menghukum' diri mereka sendiri….



TERHOT: Sultan Johor TIBAI sapa pulak neh... hehe...

Posted: 09 Sep 2012 12:45 AM PDT

Sultan Johor murka tentera dibekal alat tak bermutu

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar menyatakan kemurkaan baginda ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda bertitah, kementerian pertahanan harus memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya, lapor akhbar hari ini.


Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.
"Sekiranya perkara ini berterusan, yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan maka beta rasa lebih baik beta sahaja yang mengambil alih pembelian peralatan tersebut," titah baginda seperti dipetik dalam laporan akhbar Kosmo Ahad.
Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia pula menyebut, baginda turut membangkitkan mengenai penglibatan bekas jeneral dan pegawai tentera dalam perniagaan membekal peralatan tentera.
"Dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden, suka saya ingatkan jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. 
"Tidak dinafikan ramai bekas jeneral dan pegawai tentera yang telah bersara menceburi bidang perniagaan sebagai pembekal peralatan ketenteraan. 
"Namun suka saya ingatkan, janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda," titahnya seperti dipetik akhbar itu.
Dalam majlis itu juga, Sultan Ibrahim turut memberi amaran kepada golongan yang "menangguk di air keruh" berhubung projek mega Mersing Laguna bernilai RM22 bilion yang dirasmikannya sendiri pada April.

Titah baginda, projek berkenaan kini dibatalkan memandangkan pemaju masih gagal meningkat modal berbayar kepada RM200 juta dalam tempoh enam bulan.
"Negeri Johor memang sentiasa pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.
"Sekiranya ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," titak baginda lagi seperti dipetik Utusan.
 Baginda yang juga Kolonel Komandan pasukan elit Rejimen Gerak Khas bertitah demikian semasa majlis ulang tahun ke-47 pasukan itu di Kem Iskandar, Mersing, semalam.- Malaysiakini


Dok agak dahh!!! Depa mesti kelentong punya

Posted: 08 Sep 2012 10:00 PM PDT

Pengawal Anwar acu senjata api

Pihak polis merampas senjata api daripada pengawal Anwar setelah mengacukan pistol kepada orang ramai pada program anjuran PKR di Jasin, semalam.

Seorang pengawal Anwar sedang mengacukan pistol kepada orang ramai.

Jasin: Polis menahan lelaki yang ditugaskan mengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke majlis itu.

Diserbu orang ramai

Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Jasin, Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.
"Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas. Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan. 
"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju," katanya.
Chuah berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu sehingga petang semalam.

Tiada provokasi

Sementara itu, pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.
"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah. 
"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani). 
"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya.- BH


HOT: Perkasa umpan LEMBU nak tarik orangramai

Posted: 08 Sep 2012 08:00 PM PDT

Tuuuuu dia perkasa buat rumah terbuka..
Tau dah orang takkan datang walaupun di jaja makan free...
SIAP ADA LUCKY DRAW LAGI HA...HEHEHE...
Hadiah lembu... paling menjadi rebutan.... sumber


PANAS: Video Tahlil Parti Syaitan tersebar...

Posted: 08 Sep 2012 05:36 PM PDT

Pemimpin besar UMNO yang menjadi idola kepada kebanyakkan Blogger Pro UMNO pernah mengibaratkan UMNO/BN itu umpama Syaitan.

Mengulas kenyataan Mahathir itu Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata "Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,"

Sambil itu beliau juga memetik Al-Qur'an Surah Fathir, ayat 6 yang bermaksud "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka."


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis.

Bukan aku yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Dengan Masjid yang merupakan 'Rumah Allah' dan tempat beribadat ummat Islam sendiri tidak terlepas dari serangan Ahli-ahli atau penyokong-penyokong Parti Syaitan itu ianya menimbulkan persoalan di mana dan bagaimanakah mereka beribadat?

Video di bawah menunjukkan mungkinkah ini caranya ahli-ahli Parti Syaitan itu beribadat... - ASD

Tiada ulasan: