Ahad, 9 September 2012

PERAKITE

PERAKITE


Hina Nik Aziz okey, hina Najib kena berkas...

Posted: 08 Sep 2012 06:59 PM PDT


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoal sikap berat sebelah pihak berkuasa menangkap mereka yang didakwa menghina gambar perdana menteri, sedangkan bersikap berdiam diri terhadap perbuatan menghina dan mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Saifuddin dan pimpinan KEADILAN Kedah menaikkan bendera KEADILAN pada Majlis Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat di Sungai Petani, malam tadi.
"Jika Perdana Menteri (PM), Najib Tun Razak digelar pemimpin, apakah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan pemimpin.
"Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, bukankah ia juga seorang pemimpin.
"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga adalah pemimpin. Jika gambar pemimpin BN diaibkan, spontan tindakan diambil. Jika mengaibkan pemimpin PR dibiarkan tanpa tindakan," katanya di Sungai Petani.
Katanya lagi, Pakatan menegaskan tidak merestui perbuatan memijak gambar Perdana menteri. 
Bagaimanapun, katanya tiada tindakan serupa dikenakan terhadap penyokong Umno-BN yang menghina pemimpin pembangkang.
"Apakah sistem perundangan begini yang mahu diterima pakai dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi," soalnya.
"Selagi BN menerajui kepimpinan negara, undang-undang 'double standard' akan menjadi amalan.
"Rakyat tidak akan mendapat keadilan. Mereka (pihak berkuasa) menangkap yang menentang BN (tetapi) bebaskan (mereka) yang mencelakakan PR," tambahnya lagi.

Sultan Johor murka pada Zahid Hamidi ?

Posted: 08 Sep 2012 06:51 PM PDT


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Baginda turut murka kerana permintaan untuk mempertingkat kelengkapan kor itu tidak diendahkan seolah-olah Kor Gerak Khas dianaktirikan.
"Beta amat menghargai nilai nyawa anggota Gerak Khas kerana ia modal insan yang terlatih, namun jika anggota itu dilengkapkan dengan peralatan yang tidak bermutu dan tidak menepati standard spesifikasi, maka peluang untuk mereka terbunuh adalah amat tinggi.
"Sekiranya perkara ini berterusan yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan, maka beta rasa lebih baik beta sahaja yang mengambil alih pembelian peralatan tersebut," titah baginda.
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar di Mersing.
Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin.

Tiada ulasan: