Ahad, 30 September 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Papa Gomo kena pakai jaket kalis PELURU

Posted: 30 Sep 2012 10:00 AM PDT

Datuk Azeez & Papa Gomo Akan Dibekalkan Jaket Kalis Peluru

Jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan jaket berkenaan dibekalkan kepada sukarelawan yang turut serta dalam misi tersebut.

Bagaimanapun katanya, jaket tersebut hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut.

Sebaliknya tambah beliau, sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan jaket itu.
"Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi.
"Atas sebab itu kita ada meminta bantuan PDRM dan ATM untuk menyediakan jaket keselamatan… dan ia akan digunakan oleh peserta yang memasuki kawasan berisiko tinggi.
"Selain itu insurans juga akan disediakan kepada setiap peserta misi ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penerimaan Sumbangan dari Agensi Kerajaan dan Swasta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M kepada Etnik Rohingya pagi tadi.
Misi ini akan disertai 45 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor-doktor dari hospital kerajaan dan swasta, sukarelawan dan pihak media.

Datuk Abd Azeez, pasukan peninjau akan berlepas malam ini untuk mendapatkan maklumat, situasi keadaan kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar.
"Pasukan peninjau ini akan diketuai Mohd Farid Hassan, naib Pengerusi KP1M bagi tujuan koordinasi serta membuat persiapan pasutan utama pergi ke Bangladesh untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di khemah-khemah pelarian etnik Rohingya. Bantuan yang akan disalurkan adalah makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian. 
"Saya akan mengetuai sendiri pasukan utama yang dijangka akan berlepas pada 31 Ogos ini bersama 40 sukarelawan lain yang terdiri daripada doktor dan pengamal media. 
"Pasukan ini akan berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bersama bantuan logistik sebanyak 450 tan berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan," ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat KP1M pagi tadi.
Tambahnya, bantuan ini akan ke Pelabuhan Cittagong dengan menggunakan kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia, sebaik tiba di Cittagong, pasukan ini akan menggunakan laluan darat ke kem utama di daerah Teknaf yang berada di perbatasan Myanmar.
"Terdapat dua kem utama di bawah naungan UNHCR yang terletak di Kutupalog dan Nayapara, di sempadan Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai 30 ribu orang dan terdapat juga kem-kem penempatan yang tidak diiktiraf di sekitarnya dengan jumlah pelarian seramai 100 ribu orang. 
"Di Myanmar juga terdapat 2 buah kem yang terletak di Maungdaw dan Bathidaung, kedua-dua kem ini juga di bawah naungan UNHCR. 
"Apa yang akan KP1M akan laksakan di kem-kem tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pengagihan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi dan sebagainya manakala pek makanan pula berisi beras, gula, susu tepung, teh, kopi, biskut, Maggie, minyak masak dan sardine. 

BIJAK sungguh bebudak Anwar buat kerja, habeh Umno mula BERCEMPERA

Posted: 30 Sep 2012 09:20 AM PDT

Bijak betoi budak-budak Anwar neh buat keja. Sampai Umno habeh bercempera... haha...

Si Ezam yang dulu jadi budak suruhan Anwar kata:

Kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri... (Kaum Umno?) 
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar. 
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". - SH

Yang ni plak budak yang dulu ke hulu ke hilir usung beg Anwar kata:

Pas walaupun mempunyai ahli lebih sejuta orang, tetapi sebuah komponen yang lemah dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana ia tidak mempunyai kuasa sebenar dalam perikatan itu. 
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin mendakwa Pas seolah-olah telah dilunyaikan oleh PKR dan DAP. 
"Situasi ini berlaku akibat ketaksuban kebanyakan ahli PR terlalu cintakan dunia dan mengejar kuasa hingga sanggup mengetepikan peranan Pas dalam perikatan itu. 
"Tanpa Pas, percayalah yang PR takkan ke mana kerana segala persiapan ceramah atau program dianjurkan PR, ahli Pas juga yang akan membantu dari segi persiapan," katanya dalam program Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel sesi "Mencari Persamaan, Memahami Perbezaan".- SH
Baguss...
Bijak budak2 neh buat keja...
Tolong buat HONAR dari dalam Umno...

Kahkahkah...

Bukan mudah nak perjatuh Umno yang berkarat di tampuk kuasa neh...
Kena ada orang dalam yang BENGONG untuk jalankan jarum bagi Umno lemah...

Kahkahkah...

Yang sekoq kata Umno LEMAH...
Yang lagi sekoq angkat kata Pas KUAT...
Dua2 ekoq ni keja depa jadi pengadu domba dalam Umno...
Bagusss...
Tak sia-sia PKR buang depa, berguna jugak otak tumpul diorang dalam perlingkupkan Umno...
Patut ke dua-dua depa masih dok tak laku dalam Umno...
Sebab Umno masih bau badan Anwar bila dok tepi depa...

Kahkahkah...


Bila roti canai tak dak teloq bersuara... kahkahkah...

Posted: 30 Sep 2012 05:10 AM PDT

PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan,

Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.

Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.


Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis.

Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0.

Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya.

Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya.

Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya.

Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian.

Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya.- Malaysiakini


TENGOK: Cara Najib ambik balik duit bapak dia, hadoiihh...

Posted: 30 Sep 2012 02:00 AM PDT


Ini la satu dari beribu contoh apa yang Najib kata tu adalah betoi dan tepat. Tepat pada sasaran.

Hehe...

Lawak yang membuatkan kabinet Rosmah tak kering gusi. Objektif Najib and the geng adalah untuk "memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat" melalui sebuah janji yang di CAPATI seperti yang dibentangkan 2 hari yang lalu dalam pembentangan bajet 2013 Rosmah.

Nak termuntah hijau pun ada. Betapa hipokritnya Umno bila pemimpin depa bercakap tak serupa bikin. Gula-gula BR1M RM500, tapi depa sapu balik lagi banyak dengan menggunakan sistem AES.

Bayangkan, minimum denda ja RM300, maksimum plak sampai RM2000. Kena 2 kali yang minimum tu pun dah habis duit BR1M tuh.

Hehe...


Pengecut mana yang upah Ibrahim Ali berkokok neh

Posted: 29 Sep 2012 08:17 PM PDT

Perkasa: Bajet 2013 BN lebih baik dari bajet PR

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Bajet 2013 yang dibentangkan Putrajaya hari ini adalah lebih baik daripada bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), kata Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) hari ini.

Menurut ahli parlimen Pasir Mas itu, bajet ini adalah bajet "pukul habis" kepada PR kerana banyak manfaat yang diberikan kepada rakyat.
"Bajet ini lebih baik kerana tidak ada cukai baru, bahkan lebih banyak penurunan cukai, selain dari peningkatan pelaburan asing dan ekonomi yang lebih baik.
"Bajet ini jelas menenggelamkan bajet yang dibentangkan PR, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak atas bajet ini," kata Ibrahim lagi.
Katanya, beliau tidak kisah bahawa ini adalah bajet untuk memenangi pilihan raya.
"Tidak ada salahnya untuk membuat bajet untuk memenangi pilihan raya.
"Memang tujuannya untuk memenangi pilihan raya, asalkan bajet itu memberi manfaat kepada rakyat, itu tidak menjadi masalah.
"Lagipun, pilihan raya berlangsung 4-5 tahun sekali, apa masalahnya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider melalui telefon selepas Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen hari ini.
Menurut Ibrahim lagi, bajet kali ini menyentuh semua kaum dan masyarakat, tetapi pembahagian kek ekonomi yang adil adalah fokus utama Perkasa.
"Kalau kita lihat, lebih banyak fokus diberikan terhadap Bumiputera, dan ini dapat membantu Bumiputera untuk mencapai kek ekonomi 30 peratus seperti yang disasarkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB)."
Menurut beliau, sebagai contohnya projek MRT yang berharga RM9 billion, di mana 43 peratus daripadanya dijalankan oleh syarikat bumiputera.

Najib juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Putrajaya juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.
"Bagi saya, semua cadangan yang diberikan adalah untuk memberikan impak yang lebih baik untuk rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah," kata Ibrahim lagi.- TMI


Bersara dengan penuh bergaya... [VIDEO]

Posted: 29 Sep 2012 03:30 PM PDT


Kapal angkasa, Endeavour membuat penerbangan terakhir melepasi papan tanda Hollywood dan Golden Gate Bridge sebelum menghabiskan sisa 'persaraannya' di Pusat Sains California di mana ia akan diletakkan di ruang pameran.


Tiada ulasan: