Ahad, 30 September 2012

Addin

Addin


Ali Rustam Pecah Rekod Tapi Duit Siapa?

Posted: 30 Sep 2012 09:57 AM PDT

MELAKA - Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. "Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah. ~harakahdaily



Iklan





Naib Presiden PAS Di Serang

Posted: 30 Sep 2012 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR - Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu.

Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima.

"Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan,"katanya. Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid.

Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. ~harakahdaily


Iklan





Muhyiddin Dan Rahsia Lelaki Melayu Terkaya Di Dunia

Posted: 30 Sep 2012 07:56 AM PDT


Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:

MMC 
DRB Hicom

Proton

Malakoff

Johor Port

Senai Airport

Port of Tanjong Pelepas

Bank Muamalat

Padiberas Nasional

CSR Sugar

Gardenia

MPH Bookstores

Penang Port

Sekarang dia mahukan…..

RTM

KTMB

Bank Islam

Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.

Stamford & keuntungan 4,622% 

Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.

Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang berlaku empat tahun selepas itu.

Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.

Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.

Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.

Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM 83.2 juta (4622%)

Ambil alih 


Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70% kelebihan dalam ekuiti.

Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.

Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan memberitahu mereka, "Saya ada dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.

Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.

Konspirasi 


Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.

Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.

Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.

Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.

Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah.

Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.

Semuanya tidak benar

Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya. Ini bernilai RM36,670 per ekar.

Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.

Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah. Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).

Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.

Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,

"Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya" tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Penyelesaian diluar mahkamah

Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.

Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.

Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).

Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.

Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin

Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.

Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.

Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Sumber



Iklan






(Gambar) Siapa Punya Angkara Nih??

Posted: 30 Sep 2012 02:54 AM PDT

JOHOR - Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini. Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.~kd
Iklan



(Gambar) Himpunan Hijau Lestari Di Pengerang Catat Kejayaan

Posted: 30 Sep 2012 02:48 AM PDT

Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG

11.45am: Juruacara Hishamuddin Rais mengetuai peserta perhimpunan untuk menyanyikan lagu Suara Rakyat dan membaca deklarasi Earth Charter.Deklarasi sama dicetak di baju hijau yang dipakai peserta.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa perhimpunan itu tamat dengan kehadiran 6,000 peserta.

Aktivis itu juga menggesa para peserta mengutip sampah ketika bersurai.Sumber polis menganggarkan 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini.

11.25am: Chua juga berjanji bahawa projek Rapid akan dihentikan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya."Kita (PKR) sudahpun mewakili orang di sini. Peguyam kita telah mengemukakan petisyen terhadap projek ini di mahkamah," katanya.

11.20am: Pesuruhjaya PAS Johor juga berucap berhuung isu pembangunan lestari dengan pandangan bahawa parti itu menentang pembangunan yang hanya menguntungkan kroni.

Katanya, PAS akan mempertahankan hak orang Johor di Pengerang sekiranya berjaya menewaskan BN.Ketua PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng pula berucap mengenai prestasi MP Pengerang dalam mempertahankan hak warga Pengerang."Di mana Azalina? Adakah dia berada di hotel?

Katanya, Pakatan akan menghentikan semua "projek berbahaya" sekiranya berjaya merampas Johor.

11.10am: Anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan Clement Gan berkata negara jiran perlu bimbang dengan kerosakan alam sekitar di sini, kerana menurutnya ia juga akan menjejaskan negara tersebut.

"Bila saya lihat udang karang di sini, saya rasa kasihan kerana ia akan menjadi toksik, dan jika ia berenang ke Kuantan, ia akan menjadi radiokatif," katanya.

Ceramah kemudian diserahkan kepada pemimpin politik. ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa peserta supaya "menghijaukan" seluruh Johor dan Malaysia."Ini adalah untuk anak-anak kita pada generasi depan," katany ADUN Skudai itu.

10.45am: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan.

10.30am: Dalam ucapannya, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat berkata rakyat akan membuang kerajaan ke "tong sampah sejarah" sekiranya menggadaikan hak dan tanah mereka."Kita tidak mahu tanah kita menjadi tong sampah Australia dan Taiwan," katanya.

10.20am: Jumlah peserta perhimpunan di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada 3,000 orang apabila disertai kumpulan yang berarak.Presiden Jawatankuasa Bertindak Pengerang Prihatin (Prihatin) berucap di hadapan peserta perhimpunan.Kerusi yang dikhaskan untuk MP Pengerang Datuk Azalina Othman diketepikan untuk memberi ruang kepada VIP yang hadir.

10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.

10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini,  Azizan Yunos mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini."Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.

Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai Lim Hwee Seng, seorang bekas guru di Pengerang yang melawati kawasan tersebut.Kereta yang digunakan Lim diparkir di hadapan kereta Azizan turut menjadi sasaran dalam serangan itu.

9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara.

Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.

9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.

Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".

9.05am:Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.

7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.

Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.

"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru. ~mkini








Iklan





Najib Saran Pakatan Rakyat Tubuh Kabinet Bayangan Sebelum BN Kalah PRU13

Posted: 29 Sep 2012 10:53 PM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri."Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu.




Tetapi tidak ada kerana apa?"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanyaketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, pagi ini. ~sinar

Iklan



Rupanya BN Bakal Pupus Dari Landskap Politik Sabah.. Baca Buktinya

Posted: 29 Sep 2012 09:58 PM PDT

Sebelum ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.

"Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita," kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN. ~milosuam

Iklan


Ezam Mohd Noor Kutuk Umno

Posted: 29 Sep 2012 07:35 PM PDT

SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.

Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13. ~sinarharian



Iklan




Bekas Timbalan KM P.Pinang Dakwa Anwar Tak Pernah Suka PAS

Posted: 29 Sep 2012 06:35 PM PDT

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai  Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.

"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.

"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam."Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". 

Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek."Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.

"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya. ~sinar

Addin:

Dalam Islam perbezaan  pendapat diraikan jikalau tidak memudaratkan. Antara PAS,PKR dan DAP sudah pasti berbeza fikrah perjuangannya tetapi persamaan masih tetap ada. Persamaan antara 3 parti ini ialah untuk menumbangkan rejim Umno BN daripada terus berkuasa.Makin lama Umno BN  berkuasa, negara ini makin menuju kehancuran. Adakah Fairus menyedari perkara ini ataupun terus di ulik mimpi yang kononnya Umno BN mampu berubah.



Iklan






Tiada ulasan: