Khamis, 27 September 2012

shalehudin

shalehudin


Tanda-tanda awal Umno nak KOJOL [GAMBAR]

Posted: 27 Sep 2012 09:00 AM PDT

Tanda-tanda awal Umno dah nak mampus...

Mahfuz kata:

Motto korporat George Kent (Malaysia) Berhad - "Gua kawan Perdana Menteri"
Logo korporat George Kent - potret Najib
Corporate mantra George Kent - "Lu tolong gua, gua tolong lu"
Bangunan pejabat George Kent - Wisma Najib
Corporate skill George Kent - main golf dengan Perdana Menteri


*************************************

Najib: George Kent layak dianugerah projek LRT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".
"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan secara telus dan terbuka.
Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

Pua dalam soalannya meminta Najib menjelaskan sebab syarikat George Kent dipilih sedangkan syarikat berkenan tidak berpengalaman dalam sektor rel dan tender syarikat itu lebih mahal daripada syarikat lain yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa menyatakan demikian.

Rafizi juga mendakwa perdana menteri campur tangan dalam proses bidaan berkenaan sehingga memihak kepada "sekutu rapatnya".

Dalam jawapannya di Parlimen itu, Najib bagaimanapun berkata GKLP JV lulus penilaian teknikal dan pemilihan firma berkenaan dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh ke atas "kehendak teknikal, kewangan dan perundangan dan juga syarat kontrak".

Gabungan firma berkenaan juga berkepakaran dalam bidang subsistem rel, kata Najib yang menyenaraikan perkara teknikal tersebut.
"Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman di dalam sektor rel adalah tidak tepat..." katanya yang berpendapat bahawa proses tender itu dijalankan dengan telus dan terbuka.
Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil kira aspek penglibatan syarikat tempatan dalam projek seperti itu, kata Najib.
"Aspek pembangunan vendor serta peluang syarikat berwibawa tempata di dalam menguasai bidang pengetahuan berteknologi tinggi melalui penglibatan secara langsung di dalam projek seumpama ini," katanya.
Tambahnya, perkara itu terutamanya bagi "memastikan negara mendapat manfaat sepenuhnya dari perbelanjaan besar projek infrastruktut yang dijalankan.- Malaysiakini


Mampuih la Umno kali neh, NI BUKAN JANJI TAPI PASTI

Posted: 27 Sep 2012 08:40 AM PDT

Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya - INILAH YANG UMNO(BN) TAKUTKAN...

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
"Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). 
"Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya.
Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.
"Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu. 
"Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.
"Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya.
Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.


Tolong jangan percaya TWEET neh... hehe...

Posted: 27 Sep 2012 04:53 AM PDT

Oppa Rosmah style.... ooooh sexy lady...

Kahkahkah...


Masyaallah: Video makcik2 berjoget sampai bergoyang habih tersebar

Posted: 27 Sep 2012 01:40 AM PDT

Masyaallah...
Aku tak terpikiaq langsung la wey, nak sambut merdekaraya kena berjoget sampai macam neh...

Sesekali tengok makcik2 ni dah macam kena rasuk ngan syaitan yang dikenali la pulak, depa punya gedik mengalahkan bebudak K Pop... buat malu kompeni laa...

Kahkahkah...

DAHSYAT: Sampai ISRAEL pun lari keluar dewan...

Posted: 27 Sep 2012 12:32 AM PDT

Iran buat Israel bengang

Ahmadinejad ceria (gambar kecil) manakala delegasi Israel keluar dewan ketika pemimpin Iran itu berucap. - Foto AP

Duta keluar dewan PBB selepas Tel Aviv digelar negara palsu

New York: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel sebagai negara palsu yang dilindungi Amerika Syarikat menyebabkan duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keluar dari dewan badan dunia itu kelmarin ketika ahlinya membincangkan tema kepatuhan kepada undang-undang.

Ahmadinejad juga menuduh Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan lain menyalahguna kebebasan bersuara dan gagal mengecam fitnah terhadap kepercayaan orang lain dan nabi, merujuk kepada pengedaran video murahan dihasilkan di Amerika menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok" - Ron Prosor, Duta Israel

Delegasi Amerika tidak meninggalkan mesyuarat seperti yang dilakukan sebelum ini apabila Iran menyerang Israel secara langsung.

Kutuk pencerobohan

Pemimpin Iran itu yang mendesak kemusnahan Israel turut mengutuk pencerobohan rejim Zionis itu di wilayah Palestin dan penggunaan kuasa veto oleh Amerika dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong sekutunya.

Beliau menggesa semua negara meletakkan tanggungjawab ke atas penceroboh dan menuntut wilayah yang diceroboh dipulangkan kepada pemilik yang sebenar.

Ahmadinejad menyalahkan kuasa veto Amerika, China, Russia, Britain dan Perancis atas kegagalan Majlis Keselamatan memastikan keamanan di dunia, dan menggesa perubahan dalam peraturan supaya memihak kepada negara yang mahukan keadilan.

Ketika Ahmadinejad memberi ucapan kepada pemimpin dan menteri lebih 100 negara, Duta Israel, Ron Prosor, keluar daripada dewan Perhimpunan Agung itu.
"Ahmadinejad menunjukkan sekali lagi beliau bukan saja mengancam masa depan penduduk Yahudi, beliau mahu memadamkan masa lalu kami. Tiga ribu tahun sejarah Yahudi menunjukkan dengan jelas bahaya membiarkan fanatik seperti Presiden Iran, terutama ketika beliau semakin hampir memiliki senjata nuklear.
"Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok," kata Prosor dalam satu kenyataan.
Prosor menganggap membenarkan Ahmadinejad berucap umpama melantik 'kaki bakar sebagai ketua bomba.'

Anggap Iran ancaman

Israel melihat Iran sebagai ancaman tetapi Tehran menegaskan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan dan cuma untuk menghasilkan tenaga nuklear.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya Tehran semakin dekat menghasilkan senjata nuklear dan mendesak Amerika menyatakan faktor membolehkan tindakan ketenteraan dilancarkan terhadap negara Teluk itu.

Bagaimanapun, Presiden Barack Obama enggan menetapkan sebarang garisan merah.

Ahmadinejad tidak menamakan Israel atau Amerika dalam ucapannya ketika berkata:
"Kita menyaksikan sebahagian anggota Majlis Keselamatan yang ada kuasa veto memilih untuk berdiam diri berhubung peledak nuklear rejim palsu tetapi pada masa sama menghalang kemajuan saintifik negara lain." - AP


OWHH... Patut la depa di UPAH untuk mengganas

Posted: 26 Sep 2012 09:00 PM PDT

Muslihat di sebalik keganasan

Oleh Hishamuddin Rais

Minggu lalu, bas Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin KEADILAN telah diserang di Kota Bharu. Kemudian, pada malamnya satu serangan berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 ahli Perkasa.

Serangan berlaku ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka. Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini?

Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin bas. Ini hanya balingan batu-bata yang memecahkan cermin bas. Ada yang berpendapat cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandang, mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini, maka anggapan ini salah. Pandangan ini silap.

Untuk memahami semua serangan ini, biar saya surahkan sejelas mungkin agar kita sedar apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang, kita boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian.

Pada ketika ini, dunia politik Melayu pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Politic kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkemudi arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat sejarah.

Selama lebih lima dekad parti United Malaya National Organisation yang berslogan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu' menjadi hegemoni – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama konconya dalam Barisan Nasional memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih 50 tahun gerombolan ini berkenduri-kendara – bercempera dan berpesta – memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan-silu, gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya-raya.

Saya sekali lagi memberitahu pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca ekomomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat denganUnited Malays National Organisation.

Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Mengganggu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Menggempur kenduri rumah terbuka adalah kerja politik. Kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya, inilah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung, semua disusun dan diatur. Di belakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi, wujud perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu.

Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya tohmahan murah untuk memburuk-burukkan United Malays National Organisation? Jawabnya, ini bukan tohamahan. Ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh. Lebih 50 tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agih harta kekayaan negara kepada konco dan penyokong. Berbilion-bilion ringgit harta negara dikelepet. Berbilion ringgit diagih atas nama projek kepada kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan.

Tetapi sesudah 8 Mac 2008, semuanya berubah. Perubahan ini dimeterai oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan dibuktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012. Justeru, perancangan keganasan disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai yang mula berani turun ke jalan raya.

Bayangkan jika orang ramai berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya: Pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan. Inilah yang sedang berlaku. Untuk mendalami pemahaman, kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Tekanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 di mana secara dirancang, mata-mata yang bertugas ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan.

Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang, bertujuan menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya. Projek menakut-nakutkan orang ramai, gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tiada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditongsampahkan.

Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Mohamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang berlaku. Semua sedar bahawa kuasa hegemon di tangan mereka akan terlucut.

Justeru, pemikir, perancang yang diupah dan dilanggan United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke tong sampah sejarah.

Serangan kecil ini bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan memerintah. Kekacauan yang kita lihat hari ini adalah persediaan. Apa yang mereka harapkan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan. Pemikir yang diupah ini berharap 'keganasan' yang mereka rancang ini akan 'menaikkan darah' penyokong atau simpatisan Pakatan.

Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk 'menjemput' penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation.

Jika berlaku serangan balas dari Pakatan, maka media milik United Malay National Organisation akan berlabon 25 jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara. Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau Kota Baru hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU 13.

Perhatikan bagaimana projek sedang diagih kepada kroni dengan pantas sekali. Projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU 13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan konconya akan kalah besar.

Untuk memastikan kuasa terus dimiliki, maka PRU 13 nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut-pautnya penipuan pilihan raya dengan dengan keganasan simbahan cat merah? Pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu – hingga ke hari ini masih belum ada dakwa-dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi, maka inilah bukti sahih keganasan memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama ialah menakut-nakutkan pengundi terutama orang Cina.

Justeru keganasan ini adalah persediaan United Malays National Organisationuntuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion, memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit, memiliki syarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – akan memberi laluan percuma kepada Pakatan mengambil alih pentdabiran?

Biar saya senangkan soalan ini. Apakah Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes, Mokhzani dan dan dan… akan memberi Pakatan masuk Putrajaya? Saya senangkan lagi: Mana lebih murah, belanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang atau kehilangan berbilion-bilion ringgit dengan kemungkinan dimasukkan ke penjara? Apabila pembaca dapat menjawab soalan ini, maka pembaca memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek ganas yang akan berlaku kemudian.


TOLONG jangan kata apa-apa...

Posted: 26 Sep 2012 08:24 PM PDT

~~TOLONG JANGAN KATA APA-APA~~

Kahkahkah...


BERITA yang media Pakatan Rakyat takkan siarkan

Posted: 26 Sep 2012 04:53 PM PDT

Pro-A menang besar

Pilihan raya kampus: Calon sokong kerajaan kuasai 12 universiti

Kuala Lumpur: Calon proaspirasi (Pro-A) menang besar mengatasi calon promahasiswa (Pro-M) yang menyokong pembangkang pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berakhir semalam.

Setakat malam tadi, Pro-A menguasai 12 universiti termasuk lima yang mengadakan pemilihan MPP Khamis lalu.

Benar pelajar pegang jawatan

Pemilihan MPP kali ini adalah yang pertama selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2012) yang membenarkan pelajar memegang jawatan dalam parti politik tetapi tidak dibenarkan kempen parti di dalam kampus.- Berita Hairan


Pemuda hina Islam di laman Facebook ditahan

Posted: 26 Sep 2012 12:00 PM PDT

KLANG - Seorang pemuda berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di Klang Jaya di sini pagi ini bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah tengah malam tadi untuk membuat laporan polis menafikan dia menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu.

""Suspek mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," kata Mohamad yang turut mengesahkan polis menerima laporan daripada jiran suspek mengenai kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda itu pukul 10.30 malam tadi.


Tiada ulasan: