Addin |
- Gambar Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Sokong Tuntutan Royalti Tersebar..
- Rupanya Sebab Nih Dr. Asri Selalu Kritik Aliran Umno..
- Laporan Audit Selepas Bajet Ada Agenda Tersembunyi
- Panas!! Tian Chua Dedah Pemilik Sebenar Jet
- Kampung Muafakat 'Kampung Bunian'
- Subhanallah!! Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing Dan Tiada Tengkuk
- Patutlah Najib Sampai Mati Pun Sanggup Pertahan Putrajaya..
- Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Dalam Facebook
- Umno Pahang Bakal Muflis?
Gambar Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Sokong Tuntutan Royalti Tersebar.. Posted: 27 Sep 2012 10:34 AM PDT Sebelum itu.. buat yang masih tertanya-tanya apabendanya 'R' ni?.. 'R' ialah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R"merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu: ~ Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975. ~ Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang lalu. ~ Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan. Sebagai anak Kelantan, Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat ataupun Apex turut menyatakan sokongannya terhadap 'ROYALTI' ataupun 'R'... Mungkin kerana beliau tahu negeri Kelantan sememangnya berhak terhadap royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan UMNO/BN maka kerana itu beliau melahirkan sokongannya terhadap tuntutan tersebut.. Malangnya ada juga puak bengong iaitu PERKASA telah melaporkan kepada Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan.. Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu.... kalau dah lupa sila baca di ( SINI ) ~asd |
Rupanya Sebab Nih Dr. Asri Selalu Kritik Aliran Umno.. Posted: 27 Sep 2012 08:33 AM PDT Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno? Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini. Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga. Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan. Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting. Rosak Keadaan Saya mengkritik golongan literalist dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya. Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh Pas. Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalist tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik. Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup. Pengharaman ini jika diterima bererti system Parlimen yang memboleh ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram. Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga adalah haram. Golongan literalist ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri. Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, Tun Dr Mahathir telah melakukan kritikan terbuka. Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza 'kem politik'. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan Kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah. Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada 'tubuh sendiri'. Tentu mereka tidak akan kata 'haram untuk kau, halal untuk aku'. Ilmu Matan Hadis Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu Mukhtalaf al-Hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis. Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah. Umpamanya apabila mereka membaca hadis: "Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya". (Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani). Mereka mengambil hadis ini tanpa memperdulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Ini seperti hadis: "Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun" (Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan). Para sahabah telah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina 'Umar al-Khattab semasa beliau berucap. Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup. Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka. Berdebat Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit. Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW: "Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar" (Riwayat Daud). Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan. Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: "Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik" (Surah al-Nahl: 125) dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat). Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-Mira' yang boleh diertikan sebagai al-Jidal (debat). Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar. Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri. Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas. Bajet Negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah. Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun. Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai: "Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan". Kata Huzaifah: "Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?". Jawab baginda: "Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah". (Riwayat Muslim) Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan Pas dan PKR. Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Antaranya hadis "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir ALLAH akan meliputi mereka dengan hukumanNya"( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Dalam sejarah pemikiran fekah, tokoh aliran literalist yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak. Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab: "Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SA agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar... adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan ALLAH untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu. Dalilnya firman ALLAH: "Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan". Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi ALLAH azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan. Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari)". Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran…" (Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133, Kaherah: Maktabah al-Khaniji). Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci ALLAH dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)."( Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w juga menyebut: "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun Pas. Namun apabila membabitkan urusan agama saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan 'memeningkan' negara dan Umno itu sendiri. * Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis |
Laporan Audit Selepas Bajet Ada Agenda Tersembunyi Posted: 27 Sep 2012 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR 27 Sept: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat."Kita tidak tahu sama ada belanja kerajaan berhemah atau tidak. LKAN adalah asas untuk perbahasan dan memeriksa belanja kerajaan pada tahun lalu."Perkara ini tidak pernah berlaku, seperti ada agenda tersembunyi. Kerajaan mesti ingat yang akhirnya menanggung (belanja) ialah (wang) rakyat," tegas Azmin yang menyifatkannya ia di luar tradisi Dewan Rakyat selama ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin berkata laporan audit negara akan dibentang seminggu selepas Belanjawan 2013.Lazimnya, laporan audit dibentang bersama belanjawan, namun amalan itu ditangguh sejak tahun lalu, hingga dikritik Pakatan Rakyat.Azmin turut menjangkakan Belanjawan 2013 akan lebih menumpukan kepada agihan 'one-off" tunai atau skim tertentu, bukannya melalui dasar ekonomi yang memberi manfaat jangka panjang. Apakah akan meningkatkan pelaburan, atau memberi lebih banyak peluang kerjaya? Dasar fiskal 'one-off' tidak menjamin ekonomi negara secara keseluruhan, melainkan bersifat sogokan."Kalau begitu, nampaknya Najib hanya bentang belanjawan untuk pilihan raya. Hanya imbuhan untuk dapat sokongan politik."Belanjawan yang dibentang mestilah bertanggungjawab kerana setiap ringgit dan sen yang dbelanja adalah duit rakyat," tegasnya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Dalam sidang media itu beliau berkata, kerajaan perlu memfokus usaha mengurangkan belanjawan defisit yang berlarutan sejak 14 tahun dan isu kadar hutang negara yang mencecah RM1 trilion."Dalam keadaan ekonomi sekarang, secara realistik memang takkan dapat belanjawan berimbang. Jadi fokus kita ialah keupayaan untuk turunkan belanja defisit. Negara harus bersiap sedia. (Isu) Ini yang harus ditangani."Jangan ada pemborosan dalam belanja, 'kickback' (rasuah) dan sebagainya. Berbanding Pakatan Rakyat, fokus kita tertumpu kepada kelompok yang benar-benar memerlukan. Penyelesaian bukan melalui agihan kekayaan khazanah negara mengikut kaum," jelasnya.Ditanya sekiranya kerajaan menciplak idea Belanjawan 2013 oleh Pakatan Rakyat, Azmin berkata pembangkang bersikap terbuka asalkan ia memberi kebaikan kepada rakyat."Selagi ia beri kebaikan kepada rakyat, saya bersikap terbuka,'" katanya. ~kd |
Panas!! Tian Chua Dedah Pemilik Sebenar Jet Posted: 27 Sep 2012 05:29 AM PDT Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya. Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: "Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan. "Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu," katanya.Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: "Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah. "Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini. Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun ini. ~jalanpulang Lihat video di sini. |
Kampung Muafakat 'Kampung Bunian' Posted: 26 Sep 2012 11:52 PM PDT KLUANG - Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai. Sebaliknya kawasan yang dikatakan perkampungan ini hanya dipenuhi tanaman kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran.Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud."Kawasan ini diterokai secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab."Papan tanda Kampung Muafakat ini hanya diwujudkan bagi melindungi kegiatan pencerobohan haram di sini," katanya kepada Sinar Harian. Abdul Malik berkata, kampung itu dipercayai diwujudkan oleh seorang ketua peneroka haram di dalam kawasan tanah Hutan Simpan Kluang.254.9 hektar kawasan 'kampung' diteroka secara haramMenurutnya, Kampung Muafakat tidak pernah diketahui kewujudannya, malah ia tidak pernah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang."Jika tiada aduan diterima daripada penduduk di kawasan Felda Bukit Tongkat, memang kami tidak menyedari akan perkara ini. "Hasil lawatan dan pemeriksaan di kawasan yang telah dicerobohi itu kami mendapati, peneroka haram ini telah mula menanam kelapa sawit, sayur-sayuran serta turut mendirikan bangunan sarang burung walit," katanya.Abdul Malik berkata, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati seluas 254.9 hektar kawasan tersebut telah diteroka secara haram."Memang tiada sebarang penempatan di sini. Penduduk tempatan juga tidak ada melainkan pendatang asing yang dipercayai bekerja sebagai kuli di kawasan kebun sayur tersebut. "Setelah pihak kami membuat tinjauan, semakan terus dilakukan oleh Pejabat Tanah Kluang dan hasilnya kami mendapati status tanah kampung tersebut tidak pernah mendapat kelulusan malah tiada permohonan dilakukan sehingga sekarang."Jabatan Perhutanan daerah Kluang pula mengesahkan tanah yang diceroboh itu telah dibebaskan pada 1976 namun ia masih belum diwartakan sehingga sekarang dan ia masih berada di dalam penjagaan dan bidang kuasa mereka."Ia sekali gus membuktikan Kampung Muafakat tidak pernah wujud," katanya. Usaha jejaki 'ketua kampung', pemajuDalam pada itu, menurut Abdul Malik, pihaknya kini sedang berusaha menjejak 'ketua' dan 'pemaju' kampung tersebut yang nama mereka tertera di atas papan tanda berkenaan.Selain itu, tegasnya, Kampung Muafakat kini berstatus tanah yang diceroboh kerana semua kerja tanaman yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana jabatan sama ada Pejabat Tanah ataupun Pejabat Perhutanan Daerah Kluang."Berikutan daripada apa yang berlaku, pihak kami akan mengadakan tindakan bersepadu dengan pihak polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Imigresen dalam masa yang terdekat ini."Ia harus dijalankan bagi menyekat aktiviti pencerobohan haram ini yang dianggarkan aktif lebih sepuluh tahun," katanya. Menurutnya, siasatan lanjut juga akan diadakan untuk mengetahui dalang sebenar yang memberi kebenaran kepada individu terbabit untuk menceroboh tanah hutan simpan itu sehingga menjadi ladang sayur dan kelapa sawit.Pagar gajah juga rosakSementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yasa Awi Ba berkata, 'kampung' yang dikenali sebagai Kampung Muafakat itu sudah lama wujud, malah hampir sepuluh tahun."Pada waktu itu, mereka yang menceroboh kawasan tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan di kawasan ladang Bukit Tongkat. Jadi tiada aduan dibuat." Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab telah melakukan kerosakan ke atas pagar gajah serta parit gajah yang menjadi sempadan antara kawasan ladang dan tanah hutan simpan Kluang yang diceroboh itu. Disebabkan itu ramai pemilik ladang mula bengang dan buat aduan kepada pihak berwajib," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.Md Yasa berkata, apabila pagar gajah sudah dirosakkan, maka pemilik ladang mengalami kerugian kerana gajah liar memasuki kawasan ladang dan memusnahkan tanaman.Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, laporan mengenai wujudnya Kampung Muafakat sudah lama diketahui malah terdapat juga individu dilihat keluar masuk ke dalam ladang berkenaan. Beliau berkata, pada masa ini kawasan tersebut sudah menjadi ladang sayur-sayuran dan kelihatan seolah-olah sudah menjadi hak milik mereka."Pihak Felda setakat ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas mereka namun, disebabkan mereka telah merosakkan pagar gajah, pihak kami perlu lakukan sesuatu."Bagaimanapun, saya harap masalah tersebut dapat diatasi segera. Jika tidak peneroka Felda akan mengalami kerugian dengan menanggung kos membaiki pagar serta parit gajah," katanya. ~ sinar |
Subhanallah!! Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing Dan Tiada Tengkuk Posted: 26 Sep 2012 09:30 PM PDT Subhanallah!! Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya. Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini. Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini. Wallahualam.. ~info |
Patutlah Najib Sampai Mati Pun Sanggup Pertahan Putrajaya.. Posted: 26 Sep 2012 06:58 PM PDT Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar. "Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). "Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya. Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang. Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis. "Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu. "Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain. "Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya. Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.~sh |
Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Dalam Facebook Posted: 26 Sep 2012 04:51 PM PDT KLANG – Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang. Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi. "Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini. Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini. Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. ~bernama |
Posted: 26 Sep 2012 04:37 PM PDT KUANTAN: Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan, Puan Sazlina Binti Shafie pada 24 September, 2012 telah menolak tuntutan balas Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang ke atas syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (509106-D) untuk taksiran gantirugi dan manfaat. Tuntutan balas itu difailkan melalui Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Ahmad Tajudin Sulaiman.Dalam tuntutannya, Umno selaku pemilik tanah seluas 10,000 ekar di Nenasi, Mukim Bebar, Pekan mendakwa mereka kerugian hampir RM1.5 juta disebabkan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd kononnya telah memperolehi lesen mengeluarkan balak seluas 1000 ekar dari tanah itu tanpa kebenaran yang sah. (Gambar) Seruan Gemilang dalam sidang media bersama peguamnya. Selain itu, Umno juga mendakwa mereka kerugian nilai manfaat hampir RM70 juta atas kausa tindakan hasil pengkayaan tak wajar (unjust enrichment) yang kononnya diperolehi Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.Untuk rekod Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sebelum ini telah memenangi saman ke atas Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Hutan Negeri melalui Guaman Sibil No. 21-9-2002 dan nilai terkini yang sepatutnya dibayar kepada syarikat hasil penghakiman ini adalah RM70 juta. Jumlah RM70 juta ini masih lagi belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada syarikat.Dalam kes ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang telah memanggil dua orang saksi iaitu Datuk Abdul Rahim Bin Abas iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Pahang dan Encik Quek Jern Leng.Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah memanggil tiga saksi iaitu Datuk Mohd Paiz Bin Kamarusaman (Pengarah Perhutanan Negeri Pahang), Encik Azmer Bin Mohamed (Penolong Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan), Perhutanan Negeri Pahang dan Encik Lee Sin (bekas Pengurus Palintif dan Pemegang Saham Syarikat Seruan Gemilang Sdn Bhd). Natijah langsung dari keputusan ini menunjukkan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd tidak perlu membayar sesen pun kepada Umno samada gantirugi atau manfaat.Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd diwakili oleh Encik Dzulkarnain Mohamad dan Encik Muhammad Aznel Bin Azaharudin manakala Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang diwakili oleh Encik Toh Seng Soon, Encik Ong Siew Wan dan Encik Wong Fook Yong. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan