Isnin, 24 September 2012

shalehudin

shalehudin


TERKANTOI lagi: Malang sungguh nasib Umno [BACA]

Posted: 24 Sep 2012 09:10 AM PDT

DI SEBALIK TABIR!!!!..
CERITA PENDEK "KRISIS AIR SELANGOR" LAKONAN HEBAT PENARI PUNGGUNG ALI TINJU.... ARAHAN SOHAIMI SHAHDAN iPAD... TERBITAN KERIS BOGEL UMNGOK 1 MALANGSIA!!!!! ......

Punyalah terdesak juak-juak UMNO untuk meruntuhkan kerajaan PKR/PR Selangor.

Selain mengupah para pelakon tambahan dengan upahan RM50...
Penerbitnya yang dipercayai Sohaimi Shahadan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Kraftangan Malaysia serta towkeh iPad 1Malaysia dan kepala demo arak kepala lembu, ialah.... Ketua Penari Punggung Ali Tinju juga dibawa masuk berlakun der!!!

Kalau nak tahu yang mana satu beliau ni.. Sila lihat mamat yang pakai baju merah bertopi tu...

Nama penuhnya Pbt Mohd Ali bin Baharom @ Mahat

Selain memiliki bakat menari tarian punggung mamat ini juga ada bakat berlakon!!!!

ASYIK KENA KANTOI SAJA UMNO NI....MUNGKIN MAMAT INI AKAN MEMENANGI HADIAH PELAKON TAMBAHAN LELAKI TERBAIK FILEM PENDEK UNTUK ANUGERAH ANGKASAPURI TAHUN 2012 NANTI!!!! FB


GEMPAR: Blogger Umno tuduh samseng DAP tikam KP Umno Kepong

Posted: 24 Sep 2012 08:30 AM PDT

Memang gila melampau puak-puak "haramjadah" sebelah sana neh...

Ca tengok blog macai Umno neh kat sini... Polis baru kata mungkin serangan dilakukan oleh warga asing, si macai neh terus buat provokasi melampau dengan menuduh samseng DAP yang buat.

Woii samseng...
Kita tau la korang semua tu samseng berlesen... tapi agak2 la nak main tuduh-tuduh pun. Dah memang tau la korang memang jenis main tuduh2 tanpa bukti tapi berpatutan la sikit. Biaq la Polis jalankan tanggungjawab diaorang dulu... Nak popularkan blog pun buat la cara beradab sikit...

Ooopppsss!! sori, bangsa neh bukan kenai erti beradab... hehe...

Errrr... pihak Polis tak mau geledah macai-macai samseng ni ka? Kasi ajar sikit camana nak hormati tugas Polis...


Berita berkaitan dari sinar harian...

Ketua Pemuda Umno Kepong dipercayai diserang warga asing

Ketua Poils Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin (tiga, kanan) melihat kereta Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali yang ditikam pada pukul 3.30 pagi tadi.

AMPANG - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati ada pergelutan antara Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali dengan dua penjenayah terbabit yang dipercayai warga asing.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis mendapati barangan berharga mangsa iaitu telefon bimbit dan cincin masih berada di lokasi kejadian dan senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian.
"Keadaan mangsa stabil dan doktor menasihatkan mangsa berehat. Kami akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh dan kami juga masih menunggu laporan perubatan," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa di Hospital Ampang di sini hari ini.
Tun Hisan berkata, jiran mangsa memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan dan dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun, katanya.

Norizan parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

HOT: KP Umno Kepong ditikam bukan kes samun?

Posted: 24 Sep 2012 05:41 AM PDT

Walau pun juak-juak UMNO cuba nak beri perlindungan kononnya Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali diserang dan kini berada dalam keadaan tenat sampai ada jari terputus kononnya disamun namun siasatan awal mendapati kesemua barang-barang persendirian langsung tidak dicuit dan diambil.

Apa motif serangan nekad pada jam 3.30 pagi tersebut kerana samun bukan motifnya.

Serangan lebih bersifat dendam kesumat peribadi yang menebal!!!!

Penyerang dikira teramat marahkan Ketua Pemuda UMNO Kepong ini jika diambil kira kecederaan yang dialami.

Sebelum ini beliau dengan garang dan nyaring bantah perlantikkan Ezam Mohd Noor sebagai Ahli Senator oleh Najib Razak.

APA-APA PUN KITA SERAHKAN PIHAK POLIS MENJALANKAN SIASATAN YANG TELUS DAN TERPERINCI!!!!

TAK PERLU JUAK-JUAK UMNO BUAT KISAH KONONNYA PERCUBAAN MEROMPAK.
JANGAN PERLEKEH DAN PERLECEHKAN KEBIJAKSANAAN RAKYAT OK?- omakkau

Rakyat didahulukan? Nah, amek kaw...

Posted: 24 Sep 2012 03:55 AM PDT

AES: Terima saman dalam 5 hari dan kena jelaskan dalam 60 hari

Salah sebuah kamera AES yang terletak di Ipoh, Perak.

Penggunaan kamera AES yang berkuatkuasa sejak malam tadi menjadi perhatian ramai pengguna hari ini. Kamera AES yang terletak di persimpangan lampu isyarat di Ipoh contohnya mampu merakamkan kesalahAN pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah.

Sebaik kesalahan pengguna berjaya dirakamkan, mereka akan menerimasaman dalam masa 5 hari. Setiap kompaun saman yang bernilai RM300 ini perlu dijelaskan dalam tempoh masa 60 hari.

Kamera AES ini mampu mengesan kesalahan pengguna jalanraya dari jarak 50 meter hingga 500 meter.


Video Pemuda UMNO perjuangkan Islam sambil mencarut tersebar.. [TENGOK]

Posted: 24 Sep 2012 12:47 AM PDT


Samseng Umno melucah sambil bertakbir depan pejabat DAP

UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yanggemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu.


Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam.

Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali.

Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik.

Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan.

Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang dikalangan mereka memakai baju Barisan Nasional.


Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali.



PECAH BERITA: Utusan Menipu Lagi... kehkeh...

Posted: 23 Sep 2012 11:38 PM PDT

Pecah berita...

Utusan Malaysia menipu seluruh rakyat Malaysia lagi! Tiap-tiap hari kena kencing dengan Utusan Meloya neh...


Kahkahkah...

'Seramai 11,000 umat Islam bantah hinaan keatas Nabi s.a.w anjuran pemuda Umno di Kg Baru dan pemuda Pas di depan kedutaan Amerika'' - Utusan Meloya...

Kahkahkah...

Woi... yang kami tahu hanya 300 orang saja yang hadir anjuran pemuda Umno di Kg Baru... maka terpaksalah menJUAL nama pemuda Pas untuk bagi nampak ramai beb... hakikatnya...

Acu tengok gambar ni beb... tak keluar di Utusan tau...

Kahkahkah...

Ini cara Utusan Meloya cari makan dengan membodek tuannya. Utusan Meloya yang di miliki 60% pegangan shernya oleh Umno perlu mengolah pendapat awam serta menipu makcik-makcik felda yang tak tau apa-apa nuu...- FB

Kahkahkah...


Najib patut SEPAK buang menteri tak dak "ball" neh

Posted: 23 Sep 2012 08:10 PM PDT


Skandal Shafie- Zahida, saya masih tunggu saman, kata Zuraida

KUALA LUMPUR, 22 September: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.
"Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini. SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.

Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedaha itu.
"Saya masih menunggu saman daripada mereka. Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya. Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang," tegasnya.
Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf. Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang.- KD


Bila kata depa BANGANG depa marah... [BACA]

Posted: 23 Sep 2012 04:10 PM PDT

Untuk Perhatian: Penyokong dan blogger Umno (Baru) yang bebal dan bengong

Kekadang timbul rasa kesian pada penyokong-penyokong Umno (Baru), terutamanya kepada para blogger pro Umno (Baru). Ramai dikalangan mereka yang tidak tahu sejarah parti yang mereka sokong. Dalam perkataan lain, mereka tidak ubah macam babi gila; kerja menyondol ikut suka. Mungkin juga mereka terbawa-bawa perangai Syaitan dan Iblis yang membudayakan hasutan kearah kejahatan, menafikan kebenaran. Mereka sokong kerna mungkin mereka termakan badi kalau tidak termakan babi. Mereka tidak faham dan tidak mengkaji sejarah parti mereka sendiri.

Penyokong Umno (Baru) dan para blogger pro Umno (Baru) yang bebal benggong itu sangkakan usia parti haprak mereka itu sudah lebih setengah abad tapi, cuba baca sejarah sebenar parti haramjadah yang mereka perjuangkan itu….

Pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Harun Hashim telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan itu UMNO, terkubur.

UMNO (Baru) telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988. UMNO (Baru) inilah parti yang telah ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad dan telah banyak memusnahkan warisan sejarah bangsa Melayu disamping menjahanamkan generasi serta hak orang-orang Melayu.- KR


Penyelam maut terkena kipas bot

Posted: 23 Sep 2012 01:00 PM PDT

KUANTAN — Seorang penyelam maut selepas kepalanya terkena bilah kipas sebuah bot di perairan Pahang dekat Jeti Nenasi, Pekan pagi tadi.

Mangsa, Lim Yu Leng, 60, berasal dari Petaling Jaya, Selangor mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 7.15 pagi itu tujuh penyelam termasuk mangsa menaiki sebuah bot pergi ke kawasan berkenaan.

"Sampai di lokasi kejadian kira-kira 10.30 pagi, lima daripada mereka telah turun ke dalam air untuk menjalankan aktiviti selaman di situ.
"Lebih kurang 45 minit kemudian, salah seorang rakannya, Wan Heng Nin, 67, juga dari Selangor telah menghidupkan enjin serta menggerakkan bot untuk mengambil semua penyelam. 
"Tanpa disedari, kepala mangsa telah terkena bilah kipas bot itu sehingga menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-BERNAMA


Udang kara 3 penyepit tarik perhatian

Posted: 23 Sep 2012 12:00 PM PDT

ENDACOTT bersama Claws 

LONDON: Seekor udang kara menarik perhatian ramai apabila ia mempunyai tiga penyepit, lapor media semalam.

Udang itu kini dipamerkan di sebuah restoran di restoran Jacksons, Newton Abbot, selepas ditangkap baru-baru ini.

Udang seberat 1.4 kilogram itu diberi nama Claws kerana keunikan penyepit ketiga itu.

Pengarah restoran Jacksons, Matthew Endacott, berkata sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bisnes itu, dia tidak pernah bertemu udang sebegitu.
"Apabila keunikan Claws tersebar, semakin ramai orang datang ke sini, terutama kanak-kanak," katanya.
Endacott berkata, walaupun unik, Claws akan dijual.
"Claws akan dijual dan dimakan. Nampaknya pembeli Claws akan mendapat daging penyepit tambahan," katanya. – DM

Tiada ulasan: