Isnin, 24 September 2012

Addin

Addin


Najib Mahu Jahit Mulut Mahathir

Posted: 24 Sep 2012 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir."Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya."Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz (gambar).

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan."Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr. Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi."Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan."Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya. ~harakahdaily



Iklan





Rupanya Macam Nih Umno BN Sorok Salah Guna Kuasa

Posted: 24 Sep 2012 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 September: Kerajaan cuba menutup kelemahan dan salahguna kuasa apabila mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, lazimnya LKAN perlu dibentangkan pada hari pembentangan belanjawan supaya prestasi kewangan negara dapat dinilai setahun sebelum itu."Ini untuk membolehkan Ahli Parlimen guna sebagai asas perbahasan. Seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menutup kelemahan dan salahguna kuasa," kata Azmin.



Demikian reaksi beliau berhubung jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen, bahawa LKAN akan dikeluarkan berasingan, seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013."Ini perkembangan baru yang amat mengejutkan. Tempoh (bahas) terbatas, kurang dari dua minggu. 

Kalau LKAN diberi seminggu selepas bentang belanjawan, kerajaan cuba mengalih perhatian Ahli Parlimen untuk melihat fakta."Laporan ini penting. Kita tak mahu tuduh tanpa asas. Dengan LKAN, kita boleh tahu sama ada wang yang dibelanjakan mengikut prosedur. Jadi saya nak tanya Nazri mengapa ini berlaku. Kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi," katanya.

"Sepatutnya kerajaan yang sering mengatakan transformasi harus lebih terbuka, tidak guna alasan untuk menutup kelemahan dan penyelewengan oleh Kementerian sepanjang tempoh kewangan tahun lalu," tegas Azmin. ~kd


Iklan





Raja Nong Chik Mahu Jemaah Surau Ingat Umno BN Semasa Solat

Posted: 23 Sep 2012 11:26 PM PDT


Jemaah salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.



Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.


Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat.

Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.

Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar. ~milosuam


Iklan





Ketua Pemuda Umno Cedera Parah Di Tikam

Posted: 23 Sep 2012 10:10 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online."Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.



"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui."Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang dari hospital."Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. ~sinar



Iklan





Tabik Spring!! Cristiano Ronaldo Rela Jual Kasut Emas Demi Bantu Rakyat Palestin

Posted: 23 Sep 2012 06:49 PM PDT


Pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan serta sombong mengubah pandangan dunia apabila dia sanggup memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal untuk membantu anak anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United yang kini bermain untuk kelab Real Madrid itu dilaporkan telah melelong kasut emas yang dimenanginya pada 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu akan disumbangkan untuk membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

Sokongan Ronaldo terhadap rakyat Palestin bukan setakat itu sahaja. Beliau pernah mengenakan skaf Palestin dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. ~info


Iklan





Tiada ulasan: