Ahad, 23 September 2012

shalehudin

shalehudin


Sapa suka sangat jadi HANTU dalam selimut neh... [BACA]

Posted: 23 Sep 2012 11:10 AM PDT

Audit Pengundi S'ngor: Saifuddin sifatkan Pengerusi SPR penipu besar

KUALA LUMPUR 22 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.

Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.

Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran.

Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri.
"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.
"Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik.
Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara.

Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang.


Kat belakang garang kemain, bila berdepan SENGEH sampai lenguh

Posted: 23 Sep 2012 08:15 AM PDT

Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.
"Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998. 
"Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.

Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.
"Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau," katanya.
Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.

Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.

George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada 1997.

Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN.- KD


Menteri Keretapi nak bagi duit neh, tak mau ka?

Posted: 23 Sep 2012 04:42 AM PDT


Menteri Pakistan tawar RM300,000 bunuh penerbit filem hina Nabi

ISLAMABAD - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.

Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

Penyokong Tehreek Hurmat e Rasool mengadakan tunjuk perasaan di Lahore, Pakistan. - Foto EPA
"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.
Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.

Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.- SH


Gambar Mahathir bersalam ngan SOROS... hehe...

Posted: 23 Sep 2012 02:50 AM PDT

Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.
"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? 
"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. 
"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.- Malaysiakini

Misteri warga emas hilang 15 Sept lepas dirungkai

Posted: 22 Sep 2012 11:50 PM PDT

Anggota Polis dan Forensik keluar dari tempat kejadian kes bunuh seorang warga emas berusia 72 tahun selepas menamatkan operasi mencari sebahagian anggota badan mangsa di kawasan paya bakau Sungai Miang, Pahang.

Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang


PEKAN — Polis mengesahkan tengkorak dan anggota badan yang dijumpai dalam keadaan dikerat di kawasan paya bakau dekat Sungai Miang, di sini semalam, adalah warga emas yang dilapor hilang 15 September lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, hasil siasatan polis dan laporan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati anggota badan dan tengkorak yang dijumpai kira-kira pukul 5 petang semalam adalah Sh. Othman Sh. Bakar, 72.
"Hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditangkap bagi membantu siasatan kes ini membawa kepada penemuan beberapa anggota badan mangsa di KM 15 Kampung Sungai Miang, dekat sini, semalam. 
"Polis yang meneruskan pencarian sebahagian lagi anggota badan mangsa hari ini turut menemui beberapa lagi barangan milik mangsa iaitu kopiah dan cermin mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

AWAS: Jangan bagi duit BUTA kat gomen... [BACA]

Posted: 22 Sep 2012 07:50 PM PDT

Kamera AES telah dipasang di 14 lokasi

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Automated Enforcment System (AES) akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspots yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkara itu dimaklumkan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.

Untuk mengetahui senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut, pengguna jalan raya boleh melayari http://portal.jpj.gov.my


Ada perkataan lebih baik dari BACUL ka? Kahkahkah...

Posted: 22 Sep 2012 06:55 PM PDT

Umno terkedu: MCA berjanji akan tentang dan lawan habis-habisan undang-undang Islam...!!

Sampai sekarang Umno senyap dan membisu...
Sampai sekarang tak nampak langsung hidung kembang si Hassan Ali mendengus...
Sampai sekarang tak nampak seinci pun kopiah tinggi Perkasa yang berdemo...

Kalau tak bacul nak kata apa yerk... hehe...


Ca teka, benda alah apa yang Mahathir paling takut...

Posted: 22 Sep 2012 05:50 PM PDT

Reformasi Yang Tidak Akan Mati

Sayugia, 14 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini , telah muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, atas konspirasi peringkat tertinggi.

Konspirasi ini dijalankan kerana mereka yang berkepentingan telah mula menyedari, arus perubahan kuat bakal melanda sekiranya lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini tidak dihumban segera dari hierarki pentadbiran negara.

Kelab Anwar Ibrahim menelusuri sejarah Reformasi dengan penuh insaf dan bangga. Reformasi yang lahir pada 1998 itu, ditohmah sebagai sebuah kesedaran membela individu semata-mata.

Telahan itu ternyata meleset kemudian, dan semangat Reformasi yang didukung oleh anak muda ketika itu, tetap kekal utuh dan bakal mengusir pemerintah zalim yang selama ini ternyata angkuh menganiayai kebebasan dan hak rakyat untuk hidup sebagai bangsa yang berdaulat.

14 tahun lamanya, darah, airmata, kudrat dan keringat telah tumpah bagi membajai semangat Reformasi itu sendiri. Selama tahun itu juga, anak muda telah mula melancarkan perang terhadap penindasan yang keterlaluan. Matlamatnya cuma satu, kemenangan dan kebanggaan untuk hidup bebas sebagai manusia.

Kritik terhadap kezaliman punya sejarah jelek dan memualkan, lantas kemudian kritik itu bertukar menjadi kebencian kepada pemerintah , dan ternyata pemerintah sekarang tidak belajar untuk memahami kritik dan isyarat yang dihantar oleh anak muda Reformasi 14 tahun yang lalu.

Kini, terbentang luas di hadapan mata mereka pintu keluar yang dibina oleh anak-anak muda masa kini, yang menyambut nadi perjuangan Reformasi yang didenyutkan oleh anak muda sebelum mereka.

Pemerintah berulang kali mengimpikan Reformasi ini mati, malah telah berkali-kali mengisytiharkan kematian Reformasi ini. Ternyata mereka sinis dan lekeh terhadap api perjuangan anak muda tanahair Meskipun diakui juga segelintir yang lari meninggalkannya, namun Reformasi terus didokong oleh para istiqamah dan pemberani.

Anak muda zaman kini haruslah bersyukur , dan berterima kasih kepada anak muda 14 tahun lalu yang mencetuskan rasa melawan ini , dengan harapan tinggi untuk satu derap langkah terakhir bersama-sama untuk menumbangkan rejim zalim dalam pertempuran terakhir yang akan berlaku bila-bila masa dari saat ini.

Oleh demikian, AIC mengajak anak muda untuk terus membiarkan semangat Reformasi terpasak dan menjadikannya pedoman ampuh bagi memenangi perang pembebasan ini.

Kelab Anwar Ibrahim dan ahli-ahlinya, dari utara ke selatan, Malaysia Timur serta yang masih berkelana di bumi United Kingdom , merasa begitu terinspirasi dari gelombang Reformasi yang berusia 14 tahun ini, malah kamilah anak-anak yang membesar dan ditakdirkan untuk menjadi penyambung sebagai pendokong semangat ini.

Kami akur, dan bersedia , untuk melengkapkan babak terakhir Reformasi ini , dan menyumbang segala apa yang terdaya, sehingga keadilan benar-benar bertakhta. Salam Reformasi , untuk pendokongnya yang benar-benar berani.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

20 September 2012


Tiada ulasan: