shalehudin |
- Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei
- WOW!! Ramai yang terkejut ngan FAKTA neh...
- Betoi ka Noh Omar hidup mewah?
- ANEH!! Samseng Umno melucah sambil bertakbir...
- Cerita pasai Rosmah Mansor, SIKIIIITT jaa... hehe...
- HOT: Pengakuan jujur sorang cacai UMNO... hehe...
- AWAS!! Tabung pilihanraya Be End sudah penuh...
Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei Posted: 22 Sep 2012 09:00 AM PDT Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akad nikah yang dilangsungkan selepas Zohor semalam. Pada waktu malamnya pula, majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzaini pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. Berikut beberapa gambar perkahwinan diraja kedua pasangan ini…hmmm…Bertudung je semua, kalau kat Malaysia, mesti dewan penuh ngan rambut kembang mak2 datin. Sumber: nescafeais |
WOW!! Ramai yang terkejut ngan FAKTA neh... Posted: 22 Sep 2012 08:04 AM PDT Fakta!! Presiden MCA Pernah Jadi Perdana Menteri Malaysia Selama 10 hari Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur. UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988, Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari (10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik. Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari tersebut Barisan Nasioanl melantik Ling Liong Sik (Presiden MCA) dan telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun tidak mendapat watikah perlantikan dari Yang Di Pertuan Agong. Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini. |
Betoi ka Noh Omar hidup mewah? Posted: 22 Sep 2012 01:05 AM PDT Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri. Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara. (Tulisan saya di ruangan ini keluaran lalu perlu dibaca untuk memahami isu sebenar). 1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu? 2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan 'kroni boleh makan lama'? 3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini? 4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato' Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini? 5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD? 6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan 'kroninya' didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara? 7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok? 8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah? 9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya? Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan. Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini. Jika berlaku situasi ini, apakah 'bakal Menteri Besar selangor' ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab. |
ANEH!! Samseng Umno melucah sambil bertakbir... Posted: 21 Sep 2012 11:36 PM PDT Samseng Umno melucah sambil bertakbir depan pejabat DAP UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yanggemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu. Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam. Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali. Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan. Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang dikalangan mereka memakai baju Barisan Nasional. Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali. |
Cerita pasai Rosmah Mansor, SIKIIIITT jaa... hehe... Posted: 21 Sep 2012 08:56 PM PDT APA?? Rosmah Mansor pakai jam tangan bernilai RM350,000? Beberapa ketika dahulu rakyat 1Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa acessories milik Rosmah Mansor antaranya bag tangan 'Birkin' yang mencecah ratusan ribu RM dan juga 'Bangle' atau gelang tangan yang bernilai jutaan RM dan cincin RM24Juta. Rosmah Mansor dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin dianggarkan Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan. Bagi beg edisi terhad miliknya pula harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu... Cincin berlian yang dikenali sebagai 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut" miliknya itu berharga lebihkurang RM24 Juta... Kali ini kita akan melihat lagi koleksi barangan mewah milik Rosmah Mansor iaitu jam tangan pula.. Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lensa kamera… Ianya dikatakan dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duti import lagi... Atau dalam nilai RM lebih kurang RM350,000 hingga RM500,000 sahaja.. Dengan mengambil kira gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM900 manakala di Sabah dan Sarawak diletakkan pada paras RM800.. rakyat Malaysia perlu mengambil masa selama seperti perkiraan di bawah untuk memilikinya.. RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400 Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama untuk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini.. *perkiraan itu berdasarkan gaji minima dimana rakyat Malaysia yang punya gaji minima itu dianggap tidak makan dan minum* he..he..he.. boleh ke? Harga jam tangan Rosmah Mansor sahaja sudah menyamai 1-2 buah harga rumah yang agak selesa.. Perlu kita ketahui bahawa Jenama Franck Muller merupakan salah satu jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta. Persoalannya di sini ialah.. 1~ Bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini? 2~Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini. 3~Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi "Pendapatan Sampingan"? Mungkin? Walaubagaimanapun, carian untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin? - ASD |
HOT: Pengakuan jujur sorang cacai UMNO... hehe... Posted: 21 Sep 2012 05:30 PM PDT Tak bersyukur punya bangsa manusia... Mentang mentang la bapak dia Polis balai Sungai Besar, dia ingat boleh nak besar-besar kepala ka? |
AWAS!! Tabung pilihanraya Be End sudah penuh... Posted: 21 Sep 2012 12:00 PM PDT 1MDB beli saham IPP untuk isi tabung pilihanraya BN? Malaysiakini melaporkan: PKR mempersoalkan tindakan kerajaan mendapatkan pegangan dalam stesen janakuasa bebas (IPP) melalui pembelian saham Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd melalui 1MDB. Tanjung Energy dan Mastika Lagenda dimiliki oleh hartawan Ananda Krishnan dan Genting Bhd. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kos pembelian saham Tanjong pada Mac bernilai RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula sebanyak RM2.55 bilion (untuk pegangan 75 peratus) bulan lalu. "Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion," katanya.Yang pertama sekali yang aku mushkil pasai apa pulak tiba-tiba 1MDB beli saham syarikat IPP ni. Kalau atas alasan untuk 'pegangan kerajaan' patutnya saham tu dibeli masa cerita pasai betapa celakanya IPP ni riuh dulu. Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB beli dengan harga yang tinggi. Keadilan daily melaporkan: Genting pula mengumumkan bahawa mereka mendapat keuntungan bersih kira-kira RM1.9 bilion daripada penjualan saham mereka kepada 1MDB. Ini merupakan satu keuntungan besar, apatah lagi apabila mengambil kira keuntungan yang dibuat Genting sejak mereka beroperasi pada 1995. Mastika memiliki dana pemegang saham sebanyak RM422 juta, bermakna pembelian RM2.5 bilion oleh 1MDB mewakili nisbah harga-buku sebanyak 6 kali. Ini adalah lebih tinggi daripada nisbah harga-buku purata saham-saham penjana kuasa di rantau ini. Malah, lebih murah untuk membina penjana kuasa saiz yang sama baru daripada membeli penjana kuasa milik Genting yang sudah berusia 17 tahun.Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB yang beli. Apa kaitan pembelian saham ni dengan tujuan penubuhan 1MDB. Najib sendiri sebut tujuan penubuhan 1MDB macam kat bawah ni. Bagi merapatkan jurang sosio ekonomi ke arah memenuhi nilai aspirasi 1Malaysia, Najib turut mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menguruskan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM100 juta pada 11 Januari lalu. Aku tak nampak relevannya pembelian sahm syarikat IPP ni dengan tujuan penubuhan 1MDB melainkan kalau boleh jual elektrik kepada TNB dengan harga lebih murah dan tarif elektrik jadi lebih murah. Tapi aku cukup yakin itu bukan tujuannya pasai kalau itu tujuan pembelian tu, tentu punya cerita tu akan disensasikan sejak dari awal lagi. Takkan Umno BN terlalu bangang nak sorok cerita yang cukup baik macam tu. Aku yakin pembelian saham ni tentu punya ada kaitan dengan PRU13, salah satu usaha untuk Najib cari duit untuk hadapi pilihanraya. Kalau Ananda Krishnan boleh dapat untung 1.6billion dari penjualan saham tu agak-agak berapa 'komesyen' yang akan masuk tabung pilihanraya BN. Itu ja sebenarnya tujuan urusniaga ni dan sangat tepat macam sorang member aku bagitau, 1MDB sebenarnya ditubuhkan untuk memudahkan Najib mentiriskan duit rakyat masuk poket pemimpin Umno BN. Cenangau |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan