Sabtu, 22 September 2012

Addin

Addin


Najib Merayu-Rayu Bagai Ziana Zain..

Posted: 22 Sep 2012 10:35 AM PDT

Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini. Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat.

 Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.

Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.

Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.

Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.

Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.

Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.

Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.

Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.

Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou.... ~mso


Iklan





Pantang Serah Negara Pada Pakatan Rakyat

Posted: 22 Sep 2012 09:20 AM PDT


Najib!! ko ingat negara nih mak bapak ko yang punya ke?Najib nih sekolah sampai setakat darjah berapa ha?? Sampai boleh keluar statement yang bodoh macam nih?

Hang ingat pembangkang ni sapa.. penjenayah ke? lanun ke? Sampai berpantang serah negara kepada pembangkang. Yang pasti ramai dari kalangan ko yang perangai macam penjenayah dan lanun.. rasuah, seleweng kuasa dan pecah amanah menjadi darah daging...

Najib!! jangan ko cuba ajar kami... biar kami yang buat pilihan sewajarnya PRU akan datang.. Biar kami rakyat Malaysia yang merdeka buat pilihan siapa yang layak menjadi pemimpin di negara yang kami cintai ini..

Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.

"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk

Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.

"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.

"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.

Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.

Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.

Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.

"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.

Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya. ~sinarharian


Iklan






Rupanya Ini Punca Besar Rakyat Sarawak Hidup Melarat Selama Ini..

Posted: 22 Sep 2012 08:00 AM PDT

Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

"Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud.

"Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja," katanya kepada Suara Keadilan.

Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana 'terputus ditengah jalan' oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud.

"Hampir di setiap bahagian di Sarawak mengalami masalah kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Sebagai contoh, di kawasan Batang Ai tiada bekalan elektrik, sedangkan di Batang Ai terdapat empangan penjana elektrik.

"Perjalanan antara satu rumah panjang dengan yang lain terpaksa menggunakan bot ,yang kadang kala memakan masa sehingga 9 jam. Jalan Raya tidak ada.

"Begitu juga dengan kawasan luar bandar sepertii di Sadong, Batang Lupar, Kapit dan lain-lain. Ini kawasan pertanian yang penduduknya berpendapatan rendah.

"Agensi kerajaan negeri langsung tak berperanan. Wakil rakyat jarang turun padang. Tidak ada usaha pengembangan ekonomi yang tersusun," jelas Nazib.

Tambahnya, dasar gaji minima RM800 sebulan bersamaan RM3.85 sejam oleh kerajaan pusat tidak adil untuk rakyat Sarawak kerana barangan keperluan harian di negeri itu lebih mahal dari Semenanjung.

"Tapi gaji pekerja, termasuk buruh kerajaan sangat rendah. Saya pernah berjumpa tukang kebun DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) yang berpendapatan RM550 sebulan. Tak cukup untuk sebuah keluarga.

"Pelancongan pula tak lagi jadi industri utama di Sarawak. Kalau dulu ramai pelancong Eropah datang untuk melihat hutan, gua dan Taman Negara di Sarawak, sekarang tidak lagi. Balak habis disapu. Bandar yang bergantung kepada sumber ini malap, mati.

"Kemudian, apabila tidak ada kerja, jenayah meningkat sekaligus memberi impak sosial yang negatif. Ini yang sedang berlaku di Sarawak," jelasnya. ~kd


Iklan






Audit Pengundi Selangor Membuktikan Pengerusi SPR Penipu Besar

Posted: 22 Sep 2012 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Sept - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.

Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.

Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran.

Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri.

"Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.

"Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik.

Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara.

Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang. ~kd


Iklan





Mungkinkah Sebab Ini Pakatan Rakyat Menang Di Perlis?

Posted: 22 Sep 2012 04:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Sept: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali.Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim."Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis," kata Ammar ketika dihubungi.Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd Isa.


Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang.

Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.

Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN."Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin ditolak rakyat," jelas Ammar. ~kd


Iklan





Berita Gembira Nih Pasti Keluar Di Media Pro Pakatan Rakyat..

Posted: 22 Sep 2012 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kumpulan Pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.Kesemua kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.Kerusi tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.

Menurut Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada Aspirasi. Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi hari penamaan calon.

"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik Mahasiswakini.Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.

Dengan kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang tempoh kempen kali ini.Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini. ~harakahdaily


Iklan





(Gambar) Beranikah Pemimpin Umno-Apco Buat Macam Nih?

Posted: 21 Sep 2012 10:50 PM PDT


KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.

Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. ~harakahdaily

Addin:

Jikalau buat demo macam ni, mungkin Yahudi Apco gertak tidak mahu bekerjasama..

Iklan





Panas!! Video Speaker DUN Hina Bendera Umno

Posted: 21 Sep 2012 09:34 PM PDT

Rupa-rupanya ada juga speaker DUN yang jahil dan bodoh tentang sejarah bendera. Aku mahu maklumkan bahawa kebodohan speaker ini datangnya dari Speaker DUN Melaka yang namanya ada Wira di bahagian depan. Kamu carilah siapakah speaker DUN Melaka yang jahil dan dalam masa yang sama terjilat tahi sendiri dalam mengutuk bendera Sang Saka Malaya. Tahukah anda apa nama lain bagi bendera UMNO?

Nama bendera merah putih berkeris bulan kuning itu adalah Sang Saka Bangsa. Kejahilan seorang speaker yang tidak mengetahui asal usul membuatkan ramai yang tergelak setelah menonton video di bawah ini. Di manakah silap UMNO dalam menerangkan isu bendera merah putih itu?

UMNO ingat mereka sahaja yang berjiwa patriotik tetapi kebodohan mereka ibarat plastik yang mudah dibakar. Hanya mendengar perkhabaran yang belum nyata. Mengapa ahli UMNO yang lebih 3 juta orang tidak berminat untuk mengibar bendera Malaysia? Apa sebenarnya telah berlaku pada UMNO yang dikatakan patriotik itu?




~kijang59

Iklan





Gambar 'Ribuan' Hadiri Demo Umno Melaka Bantah Ngeh Koo Ham..

Posted: 21 Sep 2012 06:12 PM PDT


Lepas solat Jumaat semalam, Umno Melaka telah mengadakan himpunan di Masjid Al-Azim. Pada mulanya ramai beranggapan Umno Melaka mengadakan himpunan bantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW. 

Namun, sangkaan mereka meleset kerana himpunan yang disertai oleh beberapa wakil rakyat Umno di antaranya Ahli Parlimen Bukit Katil, Speaker DUN Melaka dan Ahli Parlimen Tangga Batu bertujuan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Di katakan Umno mendapat tempat istimewa untuk melakukan himpunan iaitu di perkarangan masjid Al-Azim.

(Gambar) Bulatan dari kanan, Hj. Mat Sirat-MP Bkt. Katil,  Hj. Othman bin Muhamad-Speaker DUN Melaka dan Idris Haron-MP Tangga Batu.

Umno Melaka mengadakan bantahan terhadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berikutan kenyataannya di Tweeter. 

Apa relevannya Umno Melaka membuat bantahan terhadap Ngeh Koo Ham sedangkan kebanyakan parti-parti politik dan NGO mengadakan bantahan terhadap filem menghina nabi "Innoncence Of Muslim" pada hari semalam. Ini termasuklah Umno yang mengadakan bantahan filem hina nabi di KL.

Ramai yang mengetahui Umno Melaka nih merupakan pencetus idea bodoh. Menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan melakukan ceramah bersebelahan adalah idea bodoh yang dibawa oleh Umno Melaka. Dan sekarang hampir semua Umno negeri mengikuti idea bodoh ini.

Addin tidak berapa setuju apa yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham tetapi sekuarang-kurangnya beliau telah memohon maaf berkenaan tweetnya. 

Jikalau betul  Umno Melaka ni pejuang Islam. Kenapa ketika Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang  menghina Islam, Umno Melaka hanya menikus ketakutan, tiada siapa berani bersuara. 

Ini membuktikan Umno hanya menggunakan segala isu termasuklah agama untuk kepentingan politik mereka sahaja.











Iklan






Tiada ulasan: