Jumaat, 14 September 2012

shalehudin

shalehudin


Photo Siti Nurhaliza ngan Nurul Izzah pula tersebar

Posted: 14 Sep 2012 11:05 AM PDT

Guess who I met at the British High Commission? :D It's @CTNurhaliza11 (Twitter) & of course his Royal Highness the Duke of Cambridge.- FB

JANGAN SESAPA PULAK GATAI DOK BUKAK CERITA KATA SITI NAK MASUK PKR PLAK!!

Kahkahkah...


Kudung kepala la blogger Umno neh...

Posted: 14 Sep 2012 05:55 AM PDT

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.

Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah " penyamun besar" Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.

ngakorming.com


Mai tengok, ni la mentaliti tahap BABUN...

Posted: 14 Sep 2012 02:07 AM PDT

SIMBAH JANGAN TAK SIMBAH...

TERHOT: Mamat neh dah angkat tangan beb... kahkahkah...

Posted: 13 Sep 2012 09:17 PM PDT

Towkey Ikan Bakar Sekinchan merayu jangan diboikot


Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.

Newsletter - 11 Sept 2012
Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.

Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong. Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!! Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.

Apa macam? Nak bantu ke idak neh...
Tengok muka macam hebat...
Rupanya hampaih musibat...

Macam tak percaya mamat nie dah angkat tangan....

Kahkahkah...


Saya pilih ulamak kerana...

Posted: 13 Sep 2012 07:02 PM PDT

Siapa yang anda pilih?

Saya pilih ulamak kerana baik diwaktu susah ataupun senang... mereka-mereka ini sentiasa mengingati Allah s.w.t....


MAI TENGOK: Peluru nak makan tuan...

Posted: 13 Sep 2012 04:10 PM PDT

Kerajaan Selangor di saman atas kes tak bagi air percuma? nah VERSI pencerahan...

Tiada ulasan: