Jumaat, 14 September 2012

Addin

Addin


Sabah Adalah Negeri Mak Bapak Musa Aman.. Bacalah Buktinya

Posted: 14 Sep 2012 10:24 AM PDT

KOTA KINABALU - Hilman Idham, pembantu khas kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan memasuki Sabah hari ini. Beliau ditahan kira-kira jam 3.15 petang tadi oleh Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketika dihubungi, Hilman mengesahkan penahanan itu dan beliau dihantar balik ke Kuala Lumpur. "Lebih kurang jam 3.15 petang tadi saya sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, sebaik sampai, saya terus ditahan penguasa Imigresen.

"Pegawai tersebut mengatakan tindakan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah, dan menunjukkan notis penolakan masuk," katanya.

Menyifat penahanan itu sebagai menghalang hak asasi rakyat, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian kedua dilaluinya selepas insiden sama berlaku pada 15 Jun lalu ketika mahu memasuki Sarawak.

"Tak disangka-sangka, menjelang Hari Malaysia, kebebasan hak asasi rakyat masih dinafikan. Kita akan lawan," kata Hilman lagi dalam twitternya. 
Turut bersama beliau ke Sabah 10 lagi individu lain. Kedatangan mereka bagi menyempurnakan sambutan Hari Malaysia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Azmin di Sabah dan Sarawak pada Sabtu dan Ahad ini.

Rabu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga membuat semakan kehakiman untuk mencabar larangan beliau memasuki Sarawak. Beliau dihalang memasuki negeri itu sejak 15 April tahun lalu. ~kd


Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di Pahang?

Posted: 14 Sep 2012 08:43 AM PDT

Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Najib Razak dipercayai sedang mengintai salah satu kerusi Parlimen yang sesuai di Pahang untuk ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang ini.Meskipun Rosmah berasal dari Negeri Sembilan, tetapi kedudukan politik di negeri itu yang agak bergelora serta persepsi rakyat yang berbagai terhadap dirinya menyebabkan tiada kawasan yang dirasakan selamat untuknya di negeri kelahirannya itu.

Berbeza dengan Pahang yang masih kuat kedudukan UMNOnya serta penerimaan rakyat yang lebih positif, Rosmah diyakini lebih mudah menang jika bertanding di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu.Kedudukan Najib sebagai PM yang berasal dari Pahang juga turut membantu penerimaan yang positif terhadap kemungkinan Rosmah bakal menjadi salah seorang calon Parlimen mewakili BN di negeri itu.Sumber-sumber yang dekat dengan pimpinan UMNO bagaimanapun menyebut, kedudukan isteri PM itu masih lagi di peringkat penilaian ketika itu. Ada pihak yang menyokong dan ada pula yang kurang senang dengan perkhabaran itu.

Meskipun agak janggal bagi seorang isteri PM bertanding dalam pilihanraya umum tetapi kemasukan Rosmah sebagai Ahli Parlimen dan kemungkinan dilantik menganggotai kabinet dipercayai mampu menambah kukuh kedudukan Najib jika BN sekadar memperolehi kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.Membawa Rosmah dalam kancah yang lebih luas dalam politik dan pentadbiran juga dilihat sebagai persiapan Najib untuk menghadapi masalah dalaman UMNO selepas piliharaya nanti terutama jika BN sekadar mampu menang tipis sahaja iaitu menyekat kemaraan Muhyiddin Yassin yang mungkin menggunakan kaedah sama seperti yang dialami oleh Pak Lah selepas pilihanraya 2008 lalu.

Tindakan Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat sejak Shahrizat meletakkan jawatan, beberapa bulan lalu turut dikaitkan sebagai agenda Najib untuk memberikan jawatan itu kepada Rosmah selepas pilihanraya nanti.Dalam konteks ini, Rosmah yang dikenali berwatak agak keras serta lebih vokal, dipercayai akan memainkan peranannya untuk menghalang kemaraan Muhyiddin dan seterusnya memastikan Najib terus kekal sebagai PM meskipun jika BN sekadar menang lebih tipis daripada 2008.UMNO Pahang difahamkan sudah menerima mesej berkaitan kedudukan Rosmah ini tetapi belum diputuskan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi oleh Rosmah itu.

Beberapa pihak dalam UMNO pula tidak merasakan sesuatu yang janggal jika Rosmah bertanding dalam pilihanraya akan datang ini dan diberikan pula jawatan penting dalam kabinet kerana isteri PM itu dilihat berkemampuan, berwibawa dan mempunyai visi dalam pelbagai peranan yang dimainkannya selama ini.Dari segi persepsi politik pula, kemasukan Rosmah dalam politik juga dilihat selaras dengan pendekatan dalam pembangkang yang turut membenarkan anak dan isteri pemimpin mereka turut bertanding dalam pilihanraya.Dalam PKR misalnya, selain Anwar bertanding dalam pilihanraya, anaknya Nurul Izzah juga turut bertanding.

Malahan isteri Anwar, Wan Azizah selaku Presiden PKR juga dikhabarkan akan kembali bertanding dalam pilihanraya akan datang ini atas desakan akar umbi PKR sendiri.Dalam DAP pula, selain Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang bertanding dalam pilihanraya, isteri Lim Guan Eng iaitu Betty Chew juga merupakan ADUN di Melaka. Lebih dari itu, Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo juga merupakan anak-beranak yang mewakili DAP bertanding dalam pilihanraya lalu.

Cuma dalam Pas belum wujud fenomena itu tetapi dalam pilihanraya umum akan datang ini, selain Nik Aziz Nik Mat yang dipercayai terus kekal menjadi calon, anaknya Nik Abduh yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Pas juga disebut-sebut sebagai salah seorang calon pilihanraya.Sekiranya PKR, Pas dan DAP membenarkan anak dan isteri pemimpin mereka terus bertanding dalam pilihanraya akan datang ini, kehadiran Rosmah sebagai calon BN dijangka tidak akan menjadi isu besar kerana UMNO akan turut memainkan isu yang sama untuk menyerang pembangkang sekiranya kedudukan Rosmah sebagai calon dipertikaikan.

Bagaimanapun yang membimbangkan UMNO ialah berkenaan isu-isu peribadi terutama berkaitan perbelanjaan dan pembelian barang-barang mewah yang pernah dikaitkan dengan Rosmah akan menjadi isu utama dan diperbesar-besarkan oleh PR dalam kempen pilihanraya nanti mampu menghakis keyakinan pengundi terhadap BN. ~shahbudin


Menteri Nih Bakal Jadi Ketua Samseng?

Posted: 14 Sep 2012 07:21 AM PDT

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkangMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat."Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang."Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana.



Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak."Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu laluBeliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu."Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. ~mkini



Rakaman CCTV Samseng Simbah Cat Di HQ DAP Di Dedahkan..

Posted: 14 Sep 2012 06:56 AM PDT


Berikut adalah rakaman CCTV kejadian Ibu Pejabat DAP dilontar dengan cat merah, pada minit yang ke 2:19 kelihatan dua individu muncul dari tepi bangunan melontar cat ke arah pintu Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

Saksikan di SINI.

~asd


Najib Makin Meracau-Racau Jikalau Tahu Berita Nih..

Posted: 14 Sep 2012 04:17 AM PDT

MACHANG -  Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.

Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.

"Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.

"Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas," katanya pada majlis berkenaan.

Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.

"Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran," katanya.

Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.

Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.

Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.

Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.

Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.

Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.

Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.

"Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain.

"Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.

"Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. ~harakahdaily



Laungan Samseng Umno Di Kalahkan Oleh Penyokong Pakatan Rakyat

Posted: 14 Sep 2012 01:53 AM PDT

TANGKAK 14 SEPTEMBER: Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot. Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak 'Hidup Anwar' dan 'Hidup Rakyat' dengan lantang.

Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.

Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin. ~keadilandaily

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Simbat Cat Lagi.. Kini Di Tangkak

Posted: 14 Sep 2012 12:38 AM PDT


TANGKAK 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut.

Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan. ~keadilandaily

Rupanya Sudah 3 Kali Ibu Pejabat DAP Di Simbah Cat Oleh Pencacai..

Posted: 13 Sep 2012 11:23 PM PDT


Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah dirasmikan awal tahun ini. Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.



Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi. Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas.

Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.

Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat. ~malaysiakini


Google Enggan Padam Video Hina Rasulullah

Posted: 13 Sep 2012 11:02 PM PDT

SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

"Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini," kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. ~reuters


Video Ahli Umno Di Rasuk Apabila Pegang Mikrofon..

Posted: 13 Sep 2012 09:54 PM PDT


Kepada yang sakit jantung di nasihatkan jangan menonton video nih.. Apa-apa yang berlaku Addin tidak akan bertanggungjawab.. Video nih amat dashsyat.. video nih menunjukkan JKKK yang bermazhab Umno kena rasuk.

Macam-macam kata-kata yang menjengkelkan tersembur keluar dari mulut JKKK yang kena rasuk nih..

Di fahamkan JKKK nih mengamuk dan memaki hamun parti PAS dihadapan kerusi-kerusi kosong. Sah!! memang kena rasuklah nih, depan kerusi kosong pun boleh mangamuk dan memaki hamun.

JKKK jugak  turut terpekik terlolong dan melontarkan ugutan dipercayai ke arah sebuah lagi ceramah berhampiran.

Difahamkan JKKK nih bertukar menjadi seperti kurang siuman gara-gara program ceramahnya tidak mendapat sambutan malah lebih 30 ahli umno kampungnya telah menyertai PAS.

Addin pasti selepas nih penyakit rasukan  nih akan merebak kepada ahli-ahli Umno yang lain. Rasukan nih akan berlaku apabila ahli-ahli Umno nih memegang mikrofon..

Jadi.. kepada ahli-ahli Umno yang berceramah kenalah berhati-hati apabila memegang mikrofon!!..he..he..he..

Lihat video rasukan di SINI.

Pendedahan Pegawai Polis.. Kenapa Anggotanya Belasah Peserta BERSIH 3.0 Dan Wartawan Sungguh Menggemparkan!!

Posted: 13 Sep 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis mengaku di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa tindakan mencederakan orang awam termasuk petugas media dalam sesuatu perhimpunan merupakan tindakan yang sangat hina.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa (gambar) berkata, polis sepatutnya hanya menangkap peserta yang didapati melanggar arahan, bukan mencederakan mereka.

Katanya, tangkapan di lobi hotel ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu juga tidak sepatutnya berlaku.

"Saya setuju sepatutnya tak ada tangkapan dilakukan dalam hotel.

"Polis hanya boleh menangkap peserta yang didapati ingkar arahan polis tapi tak boleh mencederakan dan kalau ianya berlaku, ini satu tindakan yang sangat hinalah," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa hairan bagaimana anggota bawahannya boleh mengasari petugas media sedangkan sudah dinyatakan dalam taklimat bahawa polis mesti menghormati petugas media yang menjalankan kerja mereka.

"Sampai hari ini saya masih berfikir kenapa anggota saya bertindak kasar terhadap media sebab dalam taklimat ditekankan mengenai hak dan kebebasan media untuk menjalankan tugas.

"Saya katakan pada mereka, tindakan terhadap wartawan akan mencemarkan imej polis. Tapi perkara ini tetap berlaku," katanya.

Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis simpanan persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kerana menyifatkan ia sesuai dilakukan untuk menyuraikan peserta perhimpunan.

"Kita lepaskan gas dan air kimia berdasarkan situasi ketika itu.

"Kalau (melepaskan gas dan air kimia) menyebabkan kecederaan (orang awam) pun, ia masih dianggap tindakan sesuai untuk mengelakkan perhimpunan lebih besar," katanya.

Beliau turut beranggapan peserta Bersih 3.0 ingin melakukan rusuhan seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

"Kita mahu mempertahankan Kuala Lumpur. Kita tengok mereka ini seolah-olah nak jadi macam di Thailand, di Mesir," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. ~harakahdaily


Addin :

Sungguh bahaya!! ini bermakna pegawai polis sudah hilang kawalan ke atas anggotanya.. Anggotanya kini sudah bertindak sesuka hati serta ingkar perintah..

Tiada ulasan: