Selasa, 11 September 2012

shalehudin

shalehudin


Aik!! Satu macam punya KALUT nampak? Kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2012 09:22 AM PDT

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal. 
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas. 
Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.
"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.
"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.

- Bernama

GAMBAR PANAS Bahagian Pandan...

Posted: 11 Sep 2012 08:21 AM PDT


Kahkahkah...


Kata Umno ni perfect sangat...
Bab Calon tak dak MASALAH...
Nahh... amek kaw...

Kahkahkah...


Ayuh PR: Aku dah lama BOIKOT depa... [JOM tunggu apa lagi]

Posted: 11 Sep 2012 05:40 AM PDT

Kimma bantu BN rampas Pulau Pinang

Chang Yeow (dua, kiri) menyampaikan sijil kepada peserta mengikuti kursus Simulasi PRU-13.

GEORGETOWN - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) akan membantu Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menawan kembali kepimpinan negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Kebangsaan Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, Kerajaan PR telah melepaskan peluang diberikan rakyat pada pilihan raya umum 2008.
"Banyak janji manis dibuat PR kepada rakyat, tetapi mereka gagal untuk menunaikan janji itu. 
"Terdapat banyak kelemahan dalam kepimpinan PR, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa untuk membaiki kelemahan mereka sepanjang memerintah," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Konvensyen Kimma Negeri Pulau Pinang, di Dewan Parti Gerakan, di sini, semalam.
Lebih 300 ahli Kimma menghadiri Konvensyen itu yang dirasmikan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Ibrahim berkata, walaupun BN mempunyai 14 parti komponen dengan agenda masing-masing, namun mereka tetap ada persefahaman dengan pucuk kepimpinan utama yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Bagaimanapun, perpaduan dan kesatuan itu tidak terserlah dalam PR. Oleh itu, saya meminta ahli Kimma untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini," katanya.
Sementara itu, Chang Yeow berkata, tidak mustahil untuk merampas Pulau Pinang daripada tangan PR sekiranya Kimma bekerjasama dengan semua komponen partinya dan penyokong BN.
"Kita minta jasa Kimma agar turun padang bersama BN mengadakan lawatan dari rumah ke rumah," katanya.- SH


Kisah Shahrizat Jalil pulak dahh... kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2012 02:30 AM PDT

Restoran Milik Keluarga Shahrizat Ditutup Di Singapura

Shahrizat Jalil: Dilaporkan telah tutup — Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos


KUALA LUMPUR - Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.

Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp.

TMI


Pegawai polis memadu kasih ngan bini kawan

Posted: 11 Sep 2012 12:42 AM PDT

Pegawai polis dicekup khalwat

9 September 2012
PADANG BESAR - Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.


Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.

Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.- SH


KERIINGGG darah Encik baca berita neh...

Posted: 10 Sep 2012 10:43 PM PDT

Harga Saham FGVH Turun & Turun Lagi, Memasuki Zon Kerugian

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi - sumber GB

Bukan rahsia lagi bahawa saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ni (10hb Sep 2012)

Saham tu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini. Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70. Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.
"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.
Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.
P/S: Pa pun kita kena bersyukur kerana ini amat bertepatan dengan janji Be End yang amat ditepati, peneroka FELDA di dahulukan (utk menanggung kerugian...) Siapa yg jual masa naik dulu dah untung tapi akibatnya saham akan bertukar tangan, dan yg tak sempat jual sekarang kena "force selling" dan tanggung hutang, dividen tak boleh nak tampung bunga - nasib badan makcik Felda larh.... 
Dah nama pun saham, kalau tak untung mestilah rugi... mana ada saham duk tengah-tengah punya, apa yang Mazlan Aliman cakapkan korang tak nak dengar... Kan dah kena...
Tapi aku rasa ada jugak hikmahnya kenapa saham FGVH ni jatuh... 
Sebab Genting Berhad telah pun pegang 400 juta unit saham FGVH.... Bila harga jatuh, Genting pun turut tanggung rugi jugak... Lagi elok biar bangkrup terus syarikat judi terbesar Malaysia neh.... AMACAM?
Kahkahkah... 


PANAS: Dr Asri dah kasi pecah lobang daaa...

Posted: 10 Sep 2012 08:00 PM PDT

Kantoi !!!: Ulama Muda Umno akui tak mampu nak tegur kepincangan dalam UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.
"Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.
"Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami," katanya.
Tambah beliau, "kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya."
"Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami," katanya lagi kepada The Malaysian Insider.
Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan punggung kepada gambar pemimpin negara.
"Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.
"Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu," katanya lagi.
Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.
"Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.
Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.


"Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka," tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.
 Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.
"Dalil-dalil agama dan nama 'salafussoleh' dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'. 
"Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing," katanya lagi.


Bab ni ja Anwar setuju ngan Mahathir... kahkahkah

Posted: 10 Sep 2012 04:20 PM PDT

Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,
dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.
"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat. 
''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan," sindir Anwar lagi.
Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal".- Malaysiakini


Tiada ulasan: