Selasa, 11 September 2012

Addin

Addin


Kuliah Ust. Azhar Idrus Cuba Di Gagalkan Lagi..

Posted: 11 Sep 2012 09:25 AM PDT

Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam.

Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrain bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.~mtdchenderoh

Mamat Yang Kencing Gambar TGNA Dan TGHH Sedang Di Buru Oleh Polis

Posted: 11 Sep 2012 08:12 AM PDT


Seorang samseng Umno bernama Sharidan telah di kenal pasti semasa kawad cam di IPD Jasin petang tadi. Rakyat memerhatikan apa tindakan polis selepas ini dalam menangani kes samseng Umno yang semakin menjadi-jadi. 

Walaupun pelbagai bukti telah di berikan namun ramai lagi belum di tangkap. Seperti pendedahan yang di buat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar mengatakan Penghulu Mukim, JKKK dan AJK Umno Jasin juga terlibat dalam serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.  

Apakah tiada tangkapan lagi di buat? Kepada pihak polis di harapkan jangan buat kerja sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Ingat kerajaan boleh bertukar bila-bila masa pada PRU 13 nanti.. so tolonglah jangan bias!!


KUALA TERENGGANU, 11 Sept — Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. ~bernama

Samseng Umno Bernama SHARIDAN Telah Di Kenal Pasti Semasa Kawad Cam

Posted: 11 Sep 2012 07:12 AM PDT


Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah.

"Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.

"Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu)," katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.

Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi.

Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.~kd




Umno Dan MCA Mula Bercakaran.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 11 Sep 2012 06:19 AM PDT


Kini sudah bermula perebutan kerusi antara UMNO dengan MCA di Selangor. Beberapa bidang kain rentang kini dipasang merata-rata bagi membuktikan kata-kata admin.

Kononnya akar umbi UMNO maukan supaya calon dari UMNO dipilih bagi membawa lambang BN pada PRU 13 nanti. Kawasan ini kawasan tradisi dari dulu diserahkan kepada calon MCA mewakili BN.Parlimen Pandan yang kini diwakili oleh bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Ong Tee Kiat sudah pun mengumum kan yang beliau akan pertahankan kerusi tersebut.Calon dari Pakatan Rakyat sudah pun dihebohkan iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Yang peliknya siap bagi nama lagi sebagai calon pilihan akar umbi UMNO.Major (B) Iszeham. Siapa Major (B) Iszeham ini terus terang admin langsung tak kenal.

Inilah kali pertama admin dengar namanya. Setahu admin Ketua UMNO Bahagian Pandan kini berdepan dengan perbicaraan tuduhan melakukan rasuah salah guna kuasa memberikan kotrak angkut sampah.

Apakah MCA melalui Presidennya Chua Soi Lek yang terkenal sebagai amat membenci Ong Tee Kiat akan menyerahkan kerusi Parlimen Pandan kepada UMNO sebagai cara mau membunuh karier politiknya?Atau ini adalah sebahagian dari strategi Chua Soi Lek sendiri.~omakkau



Gambar Kemalangan Nissan Skyline Dengan Perodua Kancil

Posted: 11 Sep 2012 03:00 AM PDT




Kalau tak silap kalau kite langgar kereta sekolah memandu, lesen kita akan ditarik balik kan? Hurmm kite tunggu dan lihat ler.

Difahamkan kemalangan ini berlaku di Danga Bay, Johor Bahru, kota keriangan Legoland. Tidak pasti bile kejadian ini berlaku sebab email ini hanye menyertakan gambar sahaje.

















~jomberita.com

Panas!! Shabery Chik Hina Atlit Paralimpik Negara

Posted: 11 Sep 2012 01:17 AM PDT

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai 'kelas kedua'.

"Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali.

"Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa 'perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan'.

Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU.

"Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia," katanya.

Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara.

"Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?" tanya beliau. ~harakahdaily

Di Bawah Kerajaan Umno BN, Peruntukan Kad Raya Berjumlah RM494,560

Posted: 11 Sep 2012 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 SEPT: Jabatan Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan permohonan peruntukkan yang tidak munasabah untuk kad raya Perdana Menteri kepada warga Felda dengan kos keseluruhan berjumlah RM494,560.

Cetakan kad raya sebanyak 175,000 unit ini diserahkan kepada warga Felda sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketirisan ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Mazlan Aliman dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini berjumlah RM494,560.

Menurutnya, Jabatan Seranta di bawah kendalian Pengarahnya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan 'lubuk politik' Umno-BN di Felda dibawah teraju Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

"Tanyalah mana-mana kedai, kalau cantik sekalipun (kad raya) dengan kuantiti lebih 100,000 tidak lebih RM1.00 satu kad raya. Tetapi untuk 175,000 unit, mereka mohon peruntukkan RM2.50 untuk satu kad.

"Banner hari raya pula dengan saiz standard biasanya tidak lebih RM100 tetapi peruntukkan yang dipohon untuk 317 rancangan Felda, mereka mohon RM180.00 untuk satu banner.

"Jumlah permohonan dan kos yang dipohon serta yang diluluskan oleh oleh Tan Sri Isa Samad kepada Seranta berjumlah RM247,280," katanya.

Jelas beliau, perkara sebegini jelas menunjukkan Tan Sri Isa Samad dan kroni sedang bermaharajalela mengaut keuntungan dengan menyalahgunakan wang peneroka.

"Sekarang ini timbul persoalan adakah Felda ini jadi satu badan atau syarikat macam wilayah autnomi yang tidak ada siapa pantau kerana duduk dibawah PM.

"Sudah dedah banyak kali tentang Felda tapi tidak ada laporan audit atau mana-mana pihak tentang Felda ini. Kalau begini cara habis duit peneroka," tegas Mazlan.

Tegas beliau, tindakan ini nyata tidak beretika sedangkan adalah lebih baik jumlah besar sedemikian diperuntukkan kepada Skim Perumahan Peneroka.

Kini, permohonan peneroka berhubung Skim Perumahan Peneroka yang mula diperkenalkan ketika Felda di bawah pengurusan Tan Sri Yusof Noor masih belum mendapat maklum balas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding pada 28 Jun lalu.

Katanya, pengurusan Felda cuba berbohong dengan mengemukakan permohonan semula kepada peneroka dan sehingga kini tidak ada satu permohonan yang diluluskan. ~selangorku


Mukhriz Mahathir Mengesahkan Negara Hilang RM3 Bilion Akibat Agihan AP Tak Telus

Posted: 11 Sep 2012 12:24 AM PDT

Saya mengalu-alukan maklum balas pertama Datuk Mukhriz Mahathir terhadap isu penurunan harga kereta memandangkan beliau adalah antara orang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara, atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Saya sertakan laporan Bernama bertarikh 7 September 2012 mengenai kenyataan yang dibuat beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Jerlun:

Mukhriz: 'BN tidak berani buat janji kosong'

Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat janji yang tidak mampu ditunaikan oleh parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata semua yang tertulis di dalam manifesto pilihan raya BN akan dianggap sebagai janji kepada rakyat dan semua itu perlu ditepati untuk memberi kesenangan kepada rakyat.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN tidak akan berani untuk membuat sebarang janji yang ia tahu tidak akan mampu dilaksanakan.

"Lainlah dengan pembangkang. Mereka kata manifesto yang dibuat itu bukannya janji sebaliknya hanya cadangan, sebab itu mereka tidak serius dalam menunaikan semua yang ditulis dalam manifesto pilihan raya yang lepas.

"Apabila mereka sendiri dah kata macam tu, apa kita nak harapkan lagi daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai di sini hari ini.

Beliau berkata janji menurunkan harga kereta yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang adalah bersifat populis.

Katanya strategi pembangkang ialah menggunakan isu-isu yang bersifat populis seperti hendak hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan turunkan harga kereta.

"Mereka tidak jelaskan dari mana datangnya duit malah ada pemimpin PKR mengatakan untuk mengumpul dana kerajaan, mereka akan jual AP (permit import) kereta menggunakan kaedah opsyen.

"Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu, orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut," katanya.

Mukhriz berkata pembangkang hanya pandai membuat cadangan tetapi tidak memikirkan bagaimana hendak menjayakan cadangan tersebut termasuk dari mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu.

"Silap-silap kita (negara) akan menjadi muflis," katanya.

Kenyataan Datuk Mukhriz yang mengesahkan anggaran kementerian beliau bahawa permit import (AP) akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu jika dikendalikan secara telus melalui tender terbuka mempunyai kesan yang besar kepada kewangan negara.

Jika jumlah AP yang dikeluarkan mencecah 70,000 setiap tahun seperti yang dianggarkan, negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang turut diketuai Datuk Mukhriz kini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja setiap AP apabila ia diagihkan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses tender terbuka.

Bagi setiap AP, negara dan rakyat rugi sehingga RM50,000 dan jumlah itu masuk poket pihak berkepentingan yang mengaut untung besar akibat dasar tidak telus Umno Barisan Nasional.

Jumlah RM3 bilion hingga RM3.5 bilion ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran yang dibuat KEADILAN dalam menentukan sumber kewangan untuk menampung dasar menurunkan harga kereta melalui pemotongan cukai eksais secara berperingkat. Ia juga membuktikan kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan dasar ini, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar serius mendengar desakan rakyat.

Kenyataan Datuk Mukhriz juga menggambarkan beliau masih belum faham mekanisme yang boleh digunapakai untuk menurunkan harga kereta kerana terlalu terbawa-bawa dengan pandangan yang berpihak kepada tauke kaya dan pengedar kereta yang membuat untung berlebihan dari sistem AP sedia ada.

Rungutan beliau, kononnya harga AP yang tinggi jika dilelong secara terbuka akan menyebabkan harga kereta bertambah tinggi membayangkan beliau mahu mempertahankan kadar keuntungan berlipat kali ganda yang kini dinikmati pihak-pihak berkepentingan ini. Menurut perkiraan beliau, bila kadar keuntungan ini dipertahankan, sebarang peningkatan kos kepada pengedar kereta akibat harga AP yang lebih tinggi perlu ditanggung oleh rakyat.

KEADILAN mengesyorkan supaya pengedar-pengedar berkepentingan ini bersaing sesama mereka dengan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan. Apabila harga AP meningkat dan harga kereta mula turun, mereka tidak ada pilihan melainkan mengurangkan kadar keuntungan yang tidak berpatutan yang mereka nikmati selama ini.

Demi menerangkan lagi mekanisme ini kepada Datuk Mukhriz, KEADILAN ingin menjemput Datuk Mukhriz untuk turut sama hadir ke Forum #turunhargakereta yang diadakan pada hari Khamis ini (13 September 2012) jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor yang bakal menemukan YB Tony Pua, YB Dr Dzulkifly Ahmad, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Saudara Rafizi Ramli dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jika beliau benar-benar berjiwa besar demi kepentingan rakyat, kami yakin Datuk Mukhriz akan sudi singgah bersama-sama dengan rakyat berbincang kaedah terbaik untuk menurunkan harga kereta, terutamanya apabila beliau sendiri sudah mengesahkan bahawa kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakannnya.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Komunikasi KEADILAN


Masa Depan Nasha Dalam PAS Cerah - Utusan

Posted: 11 Sep 2012 12:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Keputusan Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa memberi gambaran beliau mempunyai masa depan yang cerah di dalam parti. Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd Jali berkata, Pas memerlukan seorang tokoh yang berpandangan jauh, fleksibel dan praktikal seperti Nasharudin.

Menurut beliau, pucuk pimpinan Pas menyedari kelebihan yang dimiliki Nasharudin dan popularitinya di kalangan ahli-ahli parti peringkat akar umbi lebih-lebih lagi golongan muda.

"Tindakan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mempertahankan Nasharudin baru-baru ini membuktikan sokongan terhadap Ahli Parlimen Bachok itu masih kuat.

'Sekiranya Nasharudin tidak terus 'diperam' ekoran tekanan golongan tertentu di dalam Pas, saya yakin beliau mampu menyandang semula jawatan Timbalan Presiden," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. ~utusan

Addin :

Addin berharap ijtihad yang di buat oleh Majlis Syura tepat..

Penghulu Mukim, JKKK Dan AJK Umno Jasin Antara Terlibat Serangan Ke Atas Bas Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 10 Sep 2012 11:28 PM PDT

SEREMBAN - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.

Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.

"Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya
menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.

"Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.

"Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.

"Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut," kata Shamsul Iskandar.

Tidak puas hati

Bagaimanapun Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata beliau tidak puas hati dengan tindakan polis yang lambat ambil tindakan.

"Apabila saya tanya kenapa polis masih belum menahan individu-individu yang saya nyatakan tadi, mereka (polis) berkata mereka masih menyiasat kes tersebut.

"Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap.

"Mungkin saya tidak dapat hadir ceramah pada malam ini kerana mungkin saya telah ditahan di lokap kerana membaling objek ke atas kenderaan pemimpin Umno.

"Amat malang apabila polis mengambil pendekatan 'double standard' ketika mengambil tindakan,' katanya.

Samsul Iskandar turut melahirkan rasa kesal apabila polis yang tidak memakai uniform dan gagal mengambil tindakan atau menangkap individu-individu yang membaling objek ke arah bas walaupun polis turut berada di lokasi kejadian.

"Polis turut berada di dalam 'crowd' tetapi kenapa mereka (polis) tidak membuat tangkapan
terhadap individu yang membuat provokasi dengan membaling objek ke atas bas?

"Hanya ketika mereka menahan pengawal Anwar barulah kami tahu memang ada beberapa anggota polis berpakaian preman di dalam 'crowd'.

"Tuan-tuan boleh melihat visual di dalam berita NTV7, bagaimana individu-individu ini membaling cat ke atas bas secara terbuka. Kalau polis nak tangkap memang boleh. Malangnya mereka (polis) tidak berbuat demikian.

"Saya mendesak pihak polis tangkap individu yang menyerang bas Anwar dan dakwa mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,' ujar Shamsul Iskandar. ~fmt



Polis Panggil Wartawan, Jurugambar Suara Keadilan Untuk Kawad Cam Samseng Umno

Posted: 10 Sep 2012 10:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 11 September : Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof. Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu.

Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut.


"Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

"Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama.

Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis.

Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. ~kd


KWSP Jadi Penyelamat Lagi, Beli Saham FGVH Untuk Elak Rugi Lebih Besar

Posted: 10 Sep 2012 08:03 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.

Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.

Dana pencen juga baru-baru ini membelanjakan RM2.4 bilion untuk mengambil alih tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh yang akan bertukar menjadi sebuah perbandaran.

Adalah wajib bagi pekerja-pekerja sektor swasta untuk menyumbang kepada dana itu, yang diuruskan oleh wakil-wakil dari kerajaan dan kesatuan.

KWSP kini memegang kepentingan 6.98 peratus dalam kumpulan, meningkat daripada 6.62 peratus pada 3 September dan naik mendadak lebih tinggi daripada kepentingan 5.01 peratus pada 12 Julai.

Kumpulan perladangan terebut dilaporkan mengalami keuntungan yang mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus daripada tahun sebelumnya disebabkan oleh tuaian minyak sawit yang rendah, kenaikan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada gula subsidiari MSM Holdings.

FGVH adalah tawaran awal awam kedua terbesar di dunia tahun ini dan sahamnya meningkat 20 peratus pada hari pertama dagangan kepada RM5.46 tetapi telah dalam proses menurun.

Industri minyak sawit Malaysia juga telah berada di bawah tekanan daripada harga rendah, yang telah menurun lebih daripada lapan peratus tahun ini.

Buasir Saham bagi komoditi itu mencecah 2.13 juta tan, satu rekod 10 bulan semalam menghantar harga yang lebih rendah untuk hari kelima berturut-turut.

FGVH juga boleh berjuang dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit berjumlah 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit bertaraf antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula, bermakna lebih banyak kerugian pendapatan bagi kumpulan itu dalam tempoh untuk pokok-pokok matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami produktiviti dari segi tan per hektar yang ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.

HwangDBS Vickers Research mempunyai panggilan "MENUNGGU" pada FGVH mengatakan bahawa ia menawarkan terhad terbalik dengan harga sasaran RM5.05 tetapi kaunter juga menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia, selepas Indonesia yang selama bertahun-tahun membekalkan keperluan tenaga kerja bagi ladang Malaysia.

Tetapi, aliran pekerja Indonesia telah dihentikan pada tahun-tahun kebelakangan ini, mendorong Malaysia untuk mengkaji semula larangan ke atas pekerja Bangladesh.

Penanam berkata Malaysia memerlukan tambahan 40,000 pekerja asing untuk memenuhi sasaran tahun ini iaitu output sebanyak 19.3 juta tan. ~tmi

Jawapan Artis Nih Berkenaan Isu Arak Sungguh Menjengkelkan.. Bacalah!!

Posted: 10 Sep 2012 07:28 PM PDT


Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina

KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

"Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

"Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

"Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

"Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya. ~murai.com


Dan ini jawapan balas Addin..

Sebagai seorang Islam, Addin terpanggil untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh artis nih. Supaya menghilangkan kekeliruan dikalangan masyarakat. Sebelum nih, Addin ada mengeluarkan artikel berkaitan artis berkenaan di sini.

Apa yang di bicarakan oleh artis nih sudah terpesong..  Apapun Addin doakan semoga beliau kembali ke jalan yang lurus.. Pengharaman arak dalam Islam amatlah jelas berdasarkan dalil-dalil berikut..

Dari Annas bin Malik katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak iaitu Pembuatnya , Pengedarnya , Peminumnya , Pembawanya , Pengirimnya , Penuangnya , Penjualnya , Pemakan wang hasilnya , Pembayarnya dan juga Pemesannya ." (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah , adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya ." (Surah Al-Maa'idah : ayat 90)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan ." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3 , kitab memabukkan , Bab 30 , Hadis no . 3371)
Daripada Abu Malik al-Ays'ari katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain . (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis . Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi ." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman .)
Sumber 

Jadi.. sebelum mengeluarkan kata-kata.. berfikirlah terlebih dahulu, jangan main sedap mulut je. Bukannya apa.. kita takut dalam tak sedar kita tergelincir akidah.

Kita sebagai umat Nabi Muhamad S.A.W (Umat Islam) , mesti pandai dalam pengurusan membezakan yang mana baik dan yang mana yang sebaliknya. Jadi, yang baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. wallahualam..


Indentiti Sebenar Pembaling Cat Di Bongkar

Posted: 10 Sep 2012 06:00 PM PDT


Pemerhatian nih dilakukan oleh blogger Era Pasca. Daripada pemerhatian gambar dan video insiden yang berlaku pada Sabtu lepas. 

Blogger nih membuat kesimpulan individu gambar dia atas yang membaling cat ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Anwar Ibrahim.

Menurut blogger tersebut, individu nih lah yang bertanggungjawab membaling cat ke arah bas tersebut.

Indentiti terbabit juga dapat di dedahkan adalah seperti berikut:-

Nama : Sharidan

Alamat : Taman Maju, Jasin

Kepada pihak berkuasa yang membaca blog nih, bolehlah kiranya menyiasat individu tersebut. Diharapkan siasatlah tanpa bias.. ok.

Ingin melihat pendedahan terperinci boleh lihat di blog Era Pasca.

Lihat video insiden di sini.


Tiada ulasan: