Selasa, 4 September 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bila RM16.91 bilion dana mengalir keluar

Posted: 04 Sep 2012 09:05 PM PDT

Laporan Jabatan Statistik menunjukkan bahawa pengaliran pelaburan keluar (investment outflow) dalam suku pertama mencecah RM16.91bilion.

Ini jelasnya dalah dua kali ganda pelaburan masuk (investment inflow) dalam suku pertama tahun ini sebanyak RM7.48 bilion

Ini bermakna dana pelaburan yang keluar dari Negara pada suku pertama ini sahaja adalah sebanyak RM9.43 bilion, jumlah yang jauh lebih besar berbanding jumlah RM10.07 bilion untuk seluruh  tahun 2011.

Walaupun ada yang mendakwa ianya baik bagi Negara, kalau syarikat-syarikat mengambil kesempatan dengan harga buruh yang murah berbanding di Malaysia sendiri sekaligus mampu menggalakkan sektor 'eksport' Negara dalam  bidang pembuatan (manufacturing) yang
menggunakan sumber tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Ilmu nafi beli Nasha..ha..ha..ada orang jual ke..!!!

Posted: 04 Sep 2012 08:41 PM PDT


Nasharuddin Mat Isa
Fathul Bari (dua, kiri) berbincang sesuatu dengan Nasharudin (kiri) ketika kunjungan Ilmu ke kediaman Ahli Parlimen Bachok itu, baru-baru ini.
 
SHAH ALAM – Sekretariat Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) nafi menawarkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyertai Umno ketika mengunjungi kediaman pemimpin itu, baru- baru ini.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perjumpaan itu bertujuan menziarahi Ahli Parlimen Bachok itu atas nama Islam dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
Beliau berkata, beberapa topik dibincangkan termasuk kedudukan Nasharuddin dalam Pas yang akan diketahui pada 9 September nanti.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia kita : Ibu tuntut keadilan kes anak ditampar guru

Posted: 04 Sep 2012 08:39 PM PDT


Norhayati menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Changkat Jering.
Norhayati menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Changkat Jering.
Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Ogos lalu.
Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Ogos lalu.
AIR KUNING – Sebuah keluarga di sini menuntut pembelaan berhubung kes seorang pelajar tingkatan tiga yang mengalami masalah pendengaran setelah ditampar seorang guru disiplin penghujung Mei lalu.

Ibu mangsa, Norhayati Mansor, 40, berkata, sejak berita keadaan anaknya disiarkan, tiada pihak terlibat yang tampil berbincang bagi menyelesaikan kes itu.

Read More / Baca Lagi >>

Debat Anwar-Najib cara terbaik leraikan politik ganas

Posted: 04 Sep 2012 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 September: Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
"Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.
"Namun demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
"Tindakan agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Psikologi, taktik dan teknik politik

Posted: 04 Sep 2012 08:35 PM PDT

DR AMINUDIN MANSOR
Seorang kawan menasihatkan tentang kata-kata orang politik: "Jangan percaya cakap orang politik, jika mereka bercakap dalam nada politik". Beliau berpesan, fikir dahulu apa yang dicakapkan oleh mereka sebelum mempercayainya.
Kata-kata dan cakap orang politik ini biasa kita dengar dalam ceramah politik, atau apabila ditanya oleh wartawan berkaitan dengan sesuatu isu. Justeru, psikologi dalam politik berkaitan dengan pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu.
Manakala taktik adalah berkaitan dengan cara atau kaedah untuk memperoleh, mencapai atau mendapatkan sesuatu tujuan yang dikehendaki, muslihat dan siasat. Seterusnya, teknik adalah pengetahuan yang berkaitan dengan kaedah mencipta sesuatu berkaitan dengan politik.
Orang politik mahir dan biasa menggunakan psikologi, taktik, teknik dalam berpolitik. Dalam politik ada teknik seperti teknik menyerang, teknik berdiam diri, teknik merajuk bagi mendapat sokongan orang bawahan. Ini biasa dilakukan oleh pemimpin politik atasan.
Sukar untuk mempercayai seseorang ahli politik yang mahu berundur dan bersara. Maaflah, ada kalangan mereka yang sudah bertanding dalam politik menjangkau lima penggal. Masih belum mahu berundur. Cita-cita orang politik sangat besar dan juga sukar diramal.
Read More / Baca Lagi >>

Syria: Kisah Abu Ahmed yang hilang kakinya

Posted: 04 Sep 2012 08:32 PM PDT

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,


Di sempadan bandar Idlib yang terletak di berdekatan dengan selatan Turki dengan Syria, saya telah berkesempatan menziarahi seorang pemuda bernama Abu Ahmed.

Beliau kini dirawat di hospital sementara yang disediakan oleh Kerajaan Turki akibaat terkena letupan bom.


(Penulis bersama Abu Ahmed yang hancur kakinya)

Kedua-dua belah kaki beliau telah hancur dan terputus akibat serpihan bom yang digugurkan dari jet pejuang tentera rejim Assad yang juga telah mengorbankan 3 lagi rakan beliau.

Namun apa yang berlaku kepada Abu Ahmed ini hanyalah satu cebisan kecil dari tragedi kemanusiaan yang terus berlaku di seluruh Syria.

Lebih memilukan lagi apabila trgedi berdarah ini tidak banyak diketahui secara langsung oleh warga luar.
Read More / Baca Lagi >>

Jumlah kematian di Syria 'mengejutkan' ....Kerajaan Setan yang makin melampau...!!!

Posted: 04 Sep 2012 08:29 PM PDT


NEW YORK: Utusan khas PPB-Liga Arab yang baru, Lakhdar Brahimi berkata jumlah kematian di Syria adalah "mengejutkan" dan kemusnahan dari perang tersebut adalah "bencana" dalam komen pertama beliau di Perhimpunan Agung PBB.
(Lakhdar Brahimi - Jumlah kematian adalah amat mengejutkan, kemusnahan mencapai tahap bencana dan penderitaan rakyat sangat teruk)

Brahimi berkata beliau akan pergi ke Damsyik "dalam beberapa hari lagi" dan pendirian antarabangsa yang padu dalam isu Syria adalah "amat diperlukan dan sangat mendesak".

Bekas Menteri Luar Algeria yang mula menjalankan tugas Sabtu lalu, berkata perang yang memakan masa 18 bulan itu "makin berkurangan".
Read More / Baca Lagi >>

Dr Burhanuddin al-Helmy dan PAS – Bahagian II

Posted: 04 Sep 2012 08:26 PM PDT

Dr Ahmad Nabil Amir,
Perjuangan

Pada dekad awal 30-an, Dr Burhanuddin telah memimpin referendum membantah pendudukan Palestin yang menyebabkannya ditahan oleh British kerana mempelopori gerakan memprotes Deklarasi Balfour yang diisytiharkan pada 1917. Tempoh antara tahun 30-an ini merupakan dekad yang penting yang menyaksikan kebangkitan gerakan Islam di seluruh dunia, yang dicetuskan dengan penggembelingan angkatan pemuda, dengan penubuhan Partai Nasionalis Indonesia (PNI) oleh Soekarno pada 1927 dan Ikhwanu'l-Muslimin oleh Hassan al-Banna, pemimpin Islam Mesir pada 1928.

Natrah

Pak Doktor terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan keadilan. Ketika kes Natrah (Maria Hertogh) dibicarakan di Singapura pada tahun 1950, yang telah meributkan seluruh gelanggang perdebatan di tanah air. Beliau bertegas mempertahankan akidah Islam dan bersama-sama Abdul Muhammad menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Natrah. Beliau bangkit membantah keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang menyebabkannya ditahan kerana didakwa terlibat dalam rusuhan.
Read More / Baca Lagi >>

UNHCR's Melissa Fleming on Syrian refugees

Posted: 04 Sep 2012 08:20 PM PDT

Anwar Ibrahim: Kita Sabar, Kita Tumbangkan Mereka Dalam Pilihanraya

Posted: 04 Sep 2012 08:15 PM PDT

New UN Syria envoy says conflict 'intensifying'

Posted: 04 Sep 2012 08:13 PM PDT

PERKASA jadi militia UMNO

Posted: 04 Sep 2012 08:11 PM PDT

Dr Bakar ‘penyelamat’ tanah rizab Melayu....

Posted: 04 Sep 2012 08:02 PM PDT

Beliau berusaha sepenuh masa dalam bidang hartanah ini ialah untuk menyelamatkan tanah-tanah ini dari semakin terhakis dan terus terbiar. 

PETALING JAYA: Isu tanah rizab Melayu (TRM) boleh menjadi isu yang sensitif jika dilihat dari sudut politik tetapi secara umumnya isu ini sering menerima persepsi yang negatif terutama dari segi nilainya.
Namun bagi Dr Abu Bakar Mohamed, beliau melihat isu TRM sebagai satu permasalahan yang murni, noble dan 'sacrosant' serta perlu diperjuangkan supaya tanah-tanah ini kekal berada di tangan orang Melayu.
Ketika dihubungi FMT, beliau mengakui bahawa tujuan beliau berusaha sepenuh masa dalam bidang hartanah ini ialah untuk menyelamatkan tanah-tanah ini dari semakin terhakis dan terus terbiar.
"Saya melihat permasalahan ini sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu orang lain kerana kebanyakan sikap orang Melayu tidak peka atau tidak mahu ambil peduli tentang TRM," kata Pengurus Land Breaker Enterprise itu.
Read More / Baca Lagi >>

Diantara Derhaka Dan Biadap

Posted: 04 Sep 2012 07:54 PM PDT

Sejarah Yang Cuba DiGelapkan......

Diantara Halal Dan Haram Jadah...!!!

Posted: 04 Sep 2012 07:49 PM PDT

Mazhab UMporNO..Halal Belako...!!!

Lagi Ugutan Bunuh Tuan Guru Nik Abd Aziz.. Apa Tindakan Polis???

Posted: 04 Sep 2012 07:40 PM PDT

Adakah negara ini mempunyai 2 undang-undang berbeza, satu khas untuk umno dan satu lagi untuk rakyat amnya. Kegilaan umno ni bukan setakat terhenti disini sahaja tetapi berani pula membuat ugutan membunuh pemimpin atas pakatan rakyat.


Malam ni semasa gua melayari facebook gua terjumpa satu ugutan bunuh terhadap Tuan guru Nik Aziz. manusia biadap yang mengelar dirinya mengajak orang ramai untuk menyembelih leher tuan guru, ini kah budaya politik Malaysia. ugutan sewenang-wenagnya di haburkan bagi menakutkan rakyat. 



Link Profile :  SINI


Dah Menjadi Budaya UMNO..

Malaysia Kita : Kita patut bangga dan mengucapkan syabas kerana kecekapan tiga anggota polis dalam kes ini

Posted: 04 Sep 2012 07:35 PM PDT

AZIZAN INCHE HARUN
duit syiling
Duduk, dari kiri: Chon Sin, Kok Yong bersama Song Tuck (berdiri, kanan) berbincang dengan tiga saksi yang berada di tempat kejadian pada malam kejadian terbabit.
JOHOR BAHRU: Mangsa pecah rumah di Taman Munsyi Ibrahim, di sini kesal apabila tiga beg berisi wang tunai dan barang kemas hanya diisi dua botol berisi duit syiling dan tiga botol air burung walit ketika membuat tuntutan di balai polis Tampoi.

Mangsa, Lim Kok Yong, 58, berkata, kejadian rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 8.45 malam pada 19 Mei lepas ketika dia bersama empat ahli keluarga lain menghadiri jamuan di Singapura.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dia mendapati wang tunai berjumlah RM23,000 dan AS$1,500 telah hilang termasuk barang kemas yang berharga lebih kurang RM80,000, empat telefon bimbit, dua botol besar berisi duit syiling dan buku akaun bank.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila membuat tuntutan di balai polis Tampoi keesokannya, saya hanya diberikan tiga beg berisi dua botol berisi duit syiling dan tiga botol air burung walit.

"Sedangkan jiran telah memberitahu saya bahawa dua pencuri yang memecah masuk rumah saya meninggalkan tiga beg barang curi berisi wang tunai dan barang kemas yang kemudiannya telah dibawa tiga anggota polis ke balai," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Wakil tiga saksi yang berada di tempat kejadian yang ingin dikenali sebagai Amirul berkata, dua perompak meninggalkan tiga beg barang curi berhampiran sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu milik mereka selepas dikejar beberapa orang penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Ajar Pengikut Perkasa Serang Anwar?

Posted: 04 Sep 2012 07:25 PM PDT

Apakah ibrahim ali masih tak percaya anak-anak didiknya menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim di sebuah Masjid Di kedah tempoh hari.

Percayalah ibrahim ali, kerana video dah tersebar luas, ini zaman teknologi, secepat kilat informasi sampai, hanya katak bawah tempurung je tak tau, sebab malas ambik tau.

Persoalan utama, siapa yang ajar cara berkelakuan ganas seperti yang ditunjukkan oleh puak Perkasa tak reti hormat masjid?

Dah tentu la ibrahim ali sendiri yang menjadi gurunya, bak kata orang, Bapak katak kencing berdiri, anak katak kencing berlari la .. betul tak... bila ibrahim ali sendiri tunjuk contoh tentulah jadi ikutan anak buah.


Brahim  sedang mengajar anak murid cara pukul orang, kalau ketua mcm ni anak buah apatah lagi..

Malaysia Kita : Peragut masuk wad kena belasah

Posted: 04 Sep 2012 07:20 PM PDT


orang ramai dan polis melihat peragut yang ditangkap ketika cuba menyamun seorang wanita di Seksyen 5, Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR – Cubaan tiga pemuda untuk menyamun seorang wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat semalam bukan sahaja tidak berhasil malah salah seorang daripada mereka cedera parah dibelasah selepas diberkas oleh orang awam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tiga suspek tersebut menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha 125Z manakala mangsa pula menaiki kereta Honda Insight seorang diri.
Sebaik mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, salah seorang suspek terus memecah cermin kereta mangsa yang berusia 30-an.
Malangnya perbuatan suspek itu dilihat oleh seorang pemandu van jenis Nissan Vannete yang kemudian berhenti di belakang kereta mangsa.
Difahamkan, pemandu van tersebut kemudian bertindak nekad merempuh sebuah motosikal dinaiki dua suspek dengan salah seorang sedang menarik beg tangan mangsa dari dalam keretanya.
Akibat rempuhan itu, kedua-dua suspek berkenaan terjatuh ke atas jalan tetapi salah seorang suspek itu kemudian sempat bangun dan melarikan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Guru al-Quran mati dibunuh

Posted: 04 Sep 2012 07:19 PM PDT


Wan Kalthom Wan Husin
Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wan Kalthom
 
PASIR PUTEH - Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip.
Ketika kejadian, mangsa, Wan Kalthom Wan Husin, 68, balik ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari rumah anaknya kira-kira jam 10 pagi untuk mengambil sudip.
Selepas tiga jam tidak muncul, anak mangsa, Raja Zailah Raja Hussin, 40, menyuruh anaknya, Nik Mohd Irham Razali, 13, menjenguk ibunya kira-kira jam 1 petang.
Nik Mohd Irham berkata, ketika dia sampai, pintu depan dan tengah berkunci dari dalam dan dia memasuki rumah untuk mencari neneknya melalui pintu belakang yang terbuka.
"Saya terkejut melihat nenek tertiarap di lantai dengan kepalanya berdarah," katanya.
Raja Zailah berkata, dia yang tergamam melihat ibunya terbaring kaku bergegas memberitahu penduduk dan saudara mara.
"Ibu saya baik orangnya, tidak memusuhi sesiapa pun di kampung ini tetapi saya kesal kerana ada orang yang mengkhianatinya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Maut Kerana Bantu Mangsa Ragut

Posted: 04 Sep 2012 07:17 PM PDT


Mohd Majdi Abd Hamid
Orang ramai melihat keadaan peragut yang berjaya ditahan.
 
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.
Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.
Mengimbau kejadian itu, dua peragut berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, suspek yang dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang minum sambil memerhatikan mangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGVHB terus menjunam.....

Posted: 04 Sep 2012 07:15 PM PDT

Info daripada www.bursamalaysia.com sehingga jam 9.30 pagi 5-9-2012
Cuba perhatikan saham FGVHB peneroka Felda menjunam dan terus menjunam kepada RM4.99 semakin dekat dengan harga tawaran RM4.55 seunit.
PM Najib pernah umumkan peneroka Felda dapat durian runtuh RM15,000 untuk setiap peneroka.Adakah wang itu kini sudah diberikan semuanya?
Peneroka Felda hanya dapat 800 unit saham FGVHB dan Isa Samad Pengerusi Felda dilaporkan dapat 180,000 unit saham FGVHB walaupun tidak ada seinci pun tanah Felda.

Roadblock to Putrajaya

Posted: 04 Sep 2012 07:09 PM PDT

At the end of the day, everyone should reject the devil and his diabolical methods.

In a fierce speech made on Sept 1, Prime Minister Najib Tun Razak fired a salvo at Pakatan Rakyat by saying that the opposition has a slogan "Road To Putrajaya" but he will block them from reaching Putrajaya.
An English daily on Sept 2 also reported him as saying that Pakatan is not qualified to occupy Putrajaya as it had failed to fulfil its promises.
Furthermore, former prime minister Dr Mahathir Mohamad has advised us, the Malaysian citizens, that it is better to vote for the devil we know rather than the angel we don't.
"If you were to juxtapose Mahathir's statement with Najib's statement, does it not show then that the devil is sitting in Putrajaya? And now are we to keep voting for the devil so that he can continue to stay in power?! This is the first time that I hear someone openly plugging for the devil!" said PAS intellectual Dzulkefly Ahmad, who is also the Kuala Selangor MP.
Read More / Baca Lagi >>

Sang Saka Malaya wajar dimuziumkan

Posted: 04 Sep 2012 07:07 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS Melaka mencadangkan bendera Sang Saka Malaya dimuziumkan kerana ia  mempunyai nilai sejarah tersendiri yang tidak diketahui umum.

Pesuruhjayanya Adly Zahari (gambar) berkata, ramai rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui kewujudan bendera Sang Saka Malaya yang tersembunyi sebelum merdeka.

"Kita sendiripun tidak tahu pasal Saka Malaya. Kenapa Saka Malaya yang ada nilai sejarah tidak di Muziumkan atau kita memang tak pergi Muzium?" soalnya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau mensyorkan kerajaan Melaka boleh tempatkan Saka Malaya di salah satu Muzium di negeri itu
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa PDRM Bersikap Dwi-Standard?

Posted: 04 Sep 2012 07:06 PM PDT

PETALING JAYA, 4 SEPT: Ketiadaan anggota beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan awam ketika sambutan ambang kemerdekaan peringkat Selangor menggambarkan sikap dwi-standard.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan yang mengecewakan Kerajaan Negeri itu tidak menggambarkan slogan 'Tegas, Adil dan Berhemah'.
"Kita mahu, pihak polis bertindak adil berdasarkan slogannya, 'Tegas, Adil dan Berhemah' dan bukannya hanya bertugas apabila melibatkan program yang diadakan oleh Umno-BN sahaja dan pemimpin kerajaan pusat sahaja," kata beliau.
Menurut Dr Xavier, tiada seorang pun anggota polis beruniform kelihatan bertugas dalam acara sambutan yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ogos 30.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: