Selasa, 4 September 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Panggil kami syaitan, bukan diktator!

Posted: 04 Sep 2012 08:57 AM PDT

BISIKAN SYAITAN: Komen jahat Dr M akibatkan rakyat kecoh dan takut
 
Tulisan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengakibatkan perasaan gusar di kalangan rakyat di seluruh Negara. Dengan memanggil parti pemerintahnya iaitu UMNO-BN sebagai "Syaitan yang dikenali dan pembangkang malaikat yang tidak dikenali" menjadikan ramai mengucap dan menggelengkan kepada.

Ramai diantara mereka yang fasih berbahasa Inggeris faham akan apa yang dimaksudkan iaitu rakyat Malaysia patut mengundi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Namun, tidak hairanlah jika hampir semua mengambil perumpamaan itu secara literal dan ini perlu difikirkan oleh Mahathir dan kerajaan BN.

Jika diambil kira dari ribuan pemberi komen di alam maya, bukan sahaja rakyat Malaysia memberi Mahathir pengajaran dari sikapnya sendiri- sinis dan suka menghasut- mereka sudah menganggap BN sebagai Syaitan dan Mahathir ketua syaitan.

Ramai yang sudah bosan...   Baca seterusnya di sini. Panggil kami syaitan, bukan diktator!

Posted: 04 Sep 2012 12:36 AM PDT

Saiz Teks: A A A

Himpunan Hijau: Amaran rakyat tolak projek ancam kesihatan

(Oleh Amiruddin Ahmad)
KUALA LUMPUR 3 September: Himpunan Hijau Raub semalam yang mengumpul hampir 15,000 peserta memberi amaran keras kepada kerajaan BN negeri dan pusat agar menghentikan segera sebarang industri yang membahayakan kesihatan mahupun nyawa penduduk.
Himpunan bertemakan anti-sianida dan jatuhkan BN ini mengumpul paling banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menggerakkan peserta.
Antara yang terlibat ialah Anti Lynas, BADAR, Anti Insinerator Cameron Highlands, Anti Sianida, Anti High Voltage Rawang, Pengerang Group, Bukit Merah, Gabungan Penduduk Bukit Koman, Jaringan Orang Asal Pahang dan beberapa kumpulan kecil lain.
Bantahan bermula di pekan Raub kira-kira jam 2.15 petang dan demonstran berkumpul di Padang Kompleks Sukan Raub.
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang mengecam syarikat pengendali lombong emas, Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang menyebabkan gangguan kesihatan ke atas penduduk di Kampung Baru Bukit Koman.
Mereka juga mengutuk Ahli Parlimen Raub, Dr Ng Yen Yen yang memungkiri janji untuk menangani isu itu tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Di Pahang, antara projek besar yang dianggap mengancam keselamatan penduduk dan boleh menjejaskan industri pelancongan ialah Lynas di Gebeng berdekatan Pantai Balok. Manakala di Cameron Highlands pula kerajaan negeri membenarkan pembinaan insinerator memproses sampah sarap.
Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Jawatankuasa DAP, Ronnie Liu; Adun Rawang, Gan Pei Nei dan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35340

Posted: 04 Sep 2012 12:33 AM PDT

(Oleh Amiruddin Ahmad)
KUALA LUMPUR 3 September: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan, semua industri dalam negara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat bakal dilupus dan dimansuhkan sebaik Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk kerajaan.
Beliau menjelaskan, gerakan penentangan terhadap projek merbahaya kepada kesihatan penduduk membuka mata rakyat untuk menolak kerajaan yang tidak prihatin dan menjadikan negara sebagai tempat buangan bagi projek-projek yang menjelaskan kesihatan.
"Sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya, antara misi utama kita ialah melihat semula perjanjian yang telah dipersetujui (industri bahaya) dan memastikan ianya tidak ada di bumi Malaysia ini," katanya berucap di Kompleks Sukan Raub sempena Himpunan Hijau Raub di Bukit Koman semalam.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Bob Manolan berkata, masyarakat orang Asal tidak ketinggalan menerima kesan bahaya daripada industri yang mencemarkan alam sekitar.
"Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha kebajikan ke atas penduduk asal yang masih jauh ketinggalan dari segi pendidikan berbanding menjemput syarikat yang membahayakan alam sekitar," katanya.
Beberapa perwakilan NGO dan parti politik turut berucap mengecam kerajaan BN yang tidak langsung prihatin ke atas kesihatan rakyat dan terlalu memikirkan  keuntungan pelaburan.
Wakil Anti-Sianida Bukit Koman, Wong Cheng Ha berkata, kerajaan tidak pernah berbincang dengan penduduk atau membuat kajian terperinci sebelum melaksanakan projek di kawasan itu. Oleh itu, rakyat  mesti menolak mereka dalam pilihan raya.
"Jika kita tolak BN, maknanya kita juga menolak projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat. Tolak BN bermakna kita menolak sianida dan juga Lynas," tegasnya.
Pada acara penutup, mangsa-mangsa yang mendakwa mengalami keracunan kimia sianida dari kilang Raub Australia Gold Mining (RAGM) ditampilkan ke atas pentas.
Sementara itu, wakil kepada pengurusan tertinggi RAGM yang dijangka hadir bagi menerima surat bantahan di tempat perhimpunan tidak hadir sebagaimana yang dijanjikan.
Para peserta kemudiannya berarak sejauh satu kilometer dari padang menuju ke kilang.
Mereka dihadang oleh pihak polis dan inisiatif diambil oleh Ketua Polis Daerah Raub, Wan Mohd Samsudin Wan Osman agar wakil NGO anti sianida berunding dengan wakil RAGM. Demonstran bersurai pada jam 4.40 petang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35350

Tiada ulasan: