Sabtu, 8 September 2012

PERAKITE

PERAKITE


Pengundi tertua Malaysia desak Najib bubar Parlimen segera

Posted: 08 Sep 2012 06:43 AM PDT



Nenek minta PM bubar Parlimen
Nenek berusia 108 tahun meminta DS Najib Tun Razak segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di Dungun berkata, dia bimbang jika PM lewat adakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang mengundi.

"Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan," katanya.

Halimah dilahirkan 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit.

"Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan," katanya.

"Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak," katanya.

Rakyat diharamkan sokong Setan ?

Posted: 08 Sep 2012 06:36 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis oleh bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" tetapi akan selamat jika bersama-sama "malaikat" (yang dikiaskan sebagai Pakatan Rakyat).

anwar ibrahim jelajah merdeka bus tour in serembanBerucap di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir yang  "mengakui mereka merupakan 'syaitan'' menyebabkan beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.

"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.

''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telahpun mengakui bahawa mereka ini syaitan."  

Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik berkawan dengan syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenali"

Wakil rakyat Umno yang juga Timbalan Speaker Perlis ditumbuk

Posted: 08 Sep 2012 06:25 AM PDT


Wakil rakyat Umno yang juga  Timbalan Speaker DUN Perlis Mat bin Hassan cedera selepas kena penumbuk seorang nelayan yang tidak berpuas hati di Kampung Seberang Tok Pi, di Kangar, Perlis..
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis,cedera pada bahagian bawah mata kirinya apabila ditumbuk lelaki berkenaan berusia 36 tahun selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Kampung Seberang Tok Pi di sini, pada jam 9.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, lelaki dikatakan tidak berpuas hati dengan jawapan berhubung aduannya mengenai Pasar Besar Kuala Perlis yang kekurangan pelanggan berikutan kewujudan pasar Burma di kawasan itu.
 Mat membuat laporan polis pukul 11 pagi tetapi berkata bahawa beliau tidak mahu membesar-besarkan kes itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat.
Mat, seorang bekas guru melepaskan jawatannya pada 2008 untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12 dan memenangi kerusi dewan undangan negeri Kuala Perlis dengan majoriti 2,521 undi mengalahkan calon PAS Ahmad Tajuddin Salleh. 

Tiada ulasan: