Sabtu, 8 September 2012

Addin

Addin


Panas!! Umno Cawangan Di Pasir Salak Di Bubarkan Serta Merta

Posted: 08 Sep 2012 10:11 AM PDT

Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.


Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~

~mediaperak

Bekas Pengarah Urusan PROTON Jadi Imam Di Masjid Al-Falah, Subang

Posted: 08 Sep 2012 08:24 AM PDT

Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (kanan)
Maklumat ini telah di e-mel oleh pembaca blog Addin. Menurut e-mel tersebut, bekas Pengarah Urusan PROTON, Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menjadi imam di Masjid Al- Falah, Subang.




Beliau meletakan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, berkuatkuasa pada 4 Julai 2012. Dato' Sri Haji Syed Zainal telah berkhidmat dengan PROTON selama lebih enam tahun.

Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON atas kemahuan dan kepentingan sendiri.

Tahniah buat Dato' kerana menjadi pemimpin yang serba boleh.. menjadi pemimpin untuk dunia dan akhirat. Sudah pasti PROTON kerugian kerana kehilangan pemimpin yang serba boleh seperti Dato'.

Berikut gambar yang disertakan oleh pengirim e-mel..




Tamrin Dedah Rahsia Allahyarham Tun Ghaffar Baba

Posted: 08 Sep 2012 06:15 AM PDT


Malam tadi, Addin berkesempatan ke ceramah Tamrin Tun Ghaffar Baba dan Mat Sabu di Serkam Darat, Melaka. Seperti biasa, faktor Abang Mat Sabu menggamit kehadiran ramai ke ceramah tersebut. 

Seperti yang dijanjikan, Umno Jasin mengganggu ceramah anjuran PAS ini. Umno Jasin telah membuat ceramah berdekatan dengan tempat ceramah anjuran PAS ini.

Di sebabkan lokasi ceramah Umno sedikit berjauhan, agak kurang kedengaran suara pekikan dan lolongan penceramah Umno.

Ceramah di mulai oleh PJ PAS Melaka iaitu Sdr. Adly Zahari seterusnya Sdr. Tamrin dan yang terakhir Abang Mat Sabu.

Yang menarik perhatian Addin, semasa ceramah yang disampaikan oleh Sdr. Tamrin yang merupakan anak bekas TPM, Allahyarham Tun Ghaffar Baba. 

Tamrin telah mendedahkan rahsia, bahawa Allahyarham bapanya berhajat menubuhkan parti baru yang diberikan nama Parti Perpaduan Nasional. 

Cadangan penubuhan parti tersebut kemungkinan ekoran pertemuan dengan Tuan Guru Nik Aziz, namun Tamrin tidak mendapat kepastian.

Menurut Tamrin lagi, cadangan penubuhan parti baru itu mendapat tentangan daripada beliau sendiri ketika beliau bersama Umno.

Mungkinkah perasaan kecewa Allahyarham Tun Ghaffar Baba terhadap Umno mendorong cadangan penubuhan parti baru tersebut?

Berikut adalah gambar sekitar tapak ceramah yang sempat Addin rakamkan untuk tatapan pembaca blog ini..




















Terkini!! Gambar Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Serang Di Jasin, Melaka

Posted: 08 Sep 2012 03:06 AM PDT


Gerombolan dipercayai anggota Pemuda Umno melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin. 









Bekas Pengarah Urusan PROTON Jadi Imam Di Masjid Al-Falah, Subang

Posted: 08 Sep 2012 02:13 AM PDT

Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (kanan)
Maklumat ini telah di e-mel oleh pembaca blog Addin. Menurut e-mel tersebut, bekas Pengarah Urusan PROTON, Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menjadi imam di Masjid Al- Falah, Subang.




Beliau meletakan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, berkuatkuasa pada 4 Julai 2012. Dato' Sri Haji Syed Zainal telah berkhidmat dengan PROTON selama lebih enam tahun.

Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan PROTON atas kemahuan dan kepentingan sendiri.

Tahniah buat Dato' kerana menjadi pemimpin yang serba boleh.. menjadi pemimpin untuk dunia dan akhirat. Sudah pasti PROTON kerugian kerana kehilangan pemimpin yang serba boleh seperti Dato'.

Berikut gambar yang disertakan oleh pengirim e-mel..




Media Pencacai Umno BN Sudah Pasti Tak Siarkan Berita Menarik Nih

Posted: 08 Sep 2012 01:18 AM PDT

PONTIAN – PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut telah mencipta satu lagi catatan sejarah apabila program Marhabannya turut disertai oleh kaum bukan Islam.Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, kehadiran kaum Tiong Hwa sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dakwah PAS hanya terbatas kepada kaum Muslim sahaja.

"Pernah Datuk Ahmad Maslan kata, PAS asyik sibuk ceramah siang-malam, tidak berdakwah kepada golongan bukan Islam.

"Malam ini kita bukan setakat nak bagitau mereka, malah kepada MCA bahawa masyarakat Cina sudah tidak kekok lagi bersama PAS dan dapat membuang persepsi buruk yang dilontarkan kepada PAS selama ini," katanya lagi selepas program Marhaban peringkat DUN Benut di Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, abd Ghani, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pontian, Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Benut, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian. Pn Zabedah, Ketua Dewan Muslimah PAS Pontian.Sementara itu, Tan Ah Kaw, Ketua DHPP berkata, pihaknya amat kecewa dengan kepimpinan MCA Bahagian ini yang dikatakan tidak turun padang menyantuni komuniti Cina.

Sebaliknya kata Tan lagi, PAS yang selama ini amat sukar untuk dekat dengan kaum itu dilihat terkehadapan memberi kebajikan dan sumbangan tidak kira bangsa dan agama."Saya ucapkan syabas buat PAS Pontian kerana berjaya mengumpulkan lebih 50 orang untuk sertai DHPP."Kami cukup kecewa dengan tindak tanduk MCA yang tak pernah melawat dan bertanya khabar seperti ibu kepada Tan Ah Chew seperti ini," katanya lagi.Pada program yang sama, satu dialog diadakan sebagai memberi kefahaman yang lebih jelas tentang Islam.

Nasir Pratyitno Thum, Ketua Lajnah Peroaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor diundang dan bertindak sebagai pentermah ke dalam bahasa mandarin.Ibn bacoks difahamkan, program marhaban telah diadakan pada setiap malam dalam bulan Syawal ini di sekitar DUN tebabit.Terdahulu, Ustaz Atan turut menyampai sumbangan kepada Tan bagi meringankan beban yang dihadapinya. ~nusajayakini



Akibat Tiada Sensitiviti, Penduduk Cina Takut Replika Keris Merata Tempat

Posted: 07 Sep 2012 10:39 PM PDT

TEMERLOH: Penduduk berbangsa Cina di Mentakab dekat sini, merasa resah dan tersinggung dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang meletakkan replika keris di tiang-tiang lampu sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan di bandar ini sejak dua bulan lalu.  Bagi mereka, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai ahli majlis daripada pelbagai kaum sepatutnya boleh menilai sama ada sesuatu yang hendak dilakukan sensitif kepada sesuatu kaum ataupun sebaliknya bagi menjayakan semangat satu Malaysia.

(Gambar: Replika keris yang digantung sepanjang jalan di Mentakab, menakutkan penduduk Cina.)

Seorang penduduk Tan Siew Leong, 35, ketika ditemui berkata benda yang tajam dalam kepercayaan orang Cina atau Feng Shui, adalah tidak baik apa lagi dihalakan tepat ke arah rumah penduduk. "Mungkin dalam tradisi orang Melayu perkara seperti ini tidak mengapa tetapi bagi orang Cina, terutama yang sudah berusia, itu menimbulkan persepsi yang negatif, tidak baik malah sebagai ancaman.

Malaysia ini negara pelbagai kaum sepatutnya pihak kerajaan tempatan faham budaya bangsa-bangsa yang ada di sini," jelasnya. Tambahnya, dalam kepercayaan orang-orang Cina benda tajam yang terarah ke diri sendiri (atau tempat kediaman) boleh menimbulkan ketakutan kerana mempunyai bisa, mencelakakan dan akan terus mempengaruhi pada kejiwaan seseorang. Bandar Mentakab mempunyai kira-kira 70 peratus penghuni berbangsa Cina yang tinggal di taman-taman perumahan.

Wakil rakyat kawasan berkenaan ialah dari MCA dan BN. Seorang penduduk dari Taman Mentakab, Chong Ting Mei, 73, mengakui beliau bersama 40 keluarga di situ merasa amat tidak selesa apabila sesuatu benda tajam dihalakan ke rumah atau kepada mereka kerana membawa maksud tidak baik. Menurutnya, penduduk telah membuat aduan kepada pemimpin tempatan dan MPT, malangnya masih tiada respons daripada pihak berkenaan. "Perkara ini sangat sensitif kepada kami yang berketurunan Cina.

Tujuan diletakkan replika keris pada tiang lampu jalan itu masih belum terjawab. "Jika tidak ada sebab yang penting, kami gesa supaya replika keris itu diturunkan segera," katanya. Sementara itu, ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan berkenaan. Katanya, pihaknya sudah mendapatkan tandatangan penghuni Cina di bandar Mentakab untuk diserahkan kepada MPT dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihaknya akan menyediakan memorandum bantahan kepada MPT mewakili penduduk bagi menangani isu tersebut secepat mungkin. "Kami juga sependapat dengan penduduk supaya MPT tukar replika keris itu dengan sesuatu yang lain dan tidak tajam jika mereka berhasrat mengekalkan hiasan pada tiang lampu berkenaan. "Yang peliknya wakil MCA (berbangsa Cina) juga ada dalam mesyuarat majlis daerah... jadi kenapa tidak dibantah perkara yang menakutkan penduduk itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab Norazmi Abdul Majid, turut mengecam tindakan menggantung keris itu. Katanya, ada pelbagai andaian dengan menggantung keris tidak bersarung seperti lambang Umno itu seolah-olah "mengugut" penduduk. Tambahnya jika benar, nampaknya Umno masih tidak serik-serik dengan isu keris ini di mana BN kehilangan undi Cina pada pilihan raya umum yang lalu kerana dikaitkan Ketua Pemuda parti itu mencabut dan mencium keris dalam perhinpunan agungnya. ~hrkh


Bayi Di Temui Mati Terperosok Dalam Mangkuk Tandas Hospital

Posted: 07 Sep 2012 09:38 PM PDT

KUANTAN – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan."Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.

Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.(gambar sekadar hiasan).


Raja Nong Chik Tempelak Najib

Posted: 07 Sep 2012 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR -Perbuatan Datuk Seri Najib Razak terhadap rakyat Sarawak lebih hina berbanding ungkapan seorang pengacara TV3, yang menyifatkan Bintulu sebagai kawasan daif baru-baru ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Ahmad Nazib Johari.



Beliau memberi contoh cadangan gaji minima oleh Perdana Menteri itu yang lebih rendah iaitu sebanyak RM800 untuk rakyat Sarawak berbanding semenanjung Malaysia sebanyak RM900."Bagi kami penghinaan Najib lebih teruk dan rakyat Sarawak perlu mengajar beliau dengan menolak setiap calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Nazib berkata, dasar gaji minima yang diperkenal Najib di Sarawak tidak relevan sebagaimana diakui Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, 25 Mei lalu."Nong Chik sendiri akui kadar kemiskinan bandar paling tinggi di Malaysia ialah Sarawak diikuti Sabah dan ini membuktikan gaji minima BN sangat tidak relevan kerana kos sara hidup di sini lebih tinggi berbanding Semenanjung.

"Ia berlaku disebabkan dasar BN termasuk cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan terhadap kami," katanya.Sehubungan itu Ahmad Nazib, sudah tiba masanya rakyat Sarawak memilih Pakatan Rakyat kerana dasar gaji minima RM1,100 yang ditawar gabungan itu sangat adil sebagaimana diungkap dalam Buku Jingga. ~kd


Najib Kantoi Lagi!! Twitter Tidak Iktiraf 3.6 Juta Tweet #Merdeka 55

Posted: 07 Sep 2012 07:24 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Sept —  Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika 'klon' tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar."Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia," kata firma tersebut dalam laporan mereka."Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55."Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55," tambah mereka lagi."Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan," kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.Akan tetapi dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.


"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason  bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.

Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama"."Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.

"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.

"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit)."Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet. ~tmi

Tiada ulasan: