Khamis, 13 September 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


RADIO INTERNET CILIFM

Posted: 13 Sep 2012 01:07 AM PDT

Pada pendengaran saya radio ini banyak mengeluarkan isu-isu panas yang ada hubung kait dengan masyarakat..
Ia tidak memihak pada mana-mana parti politik ..pada masa ini saya dengar seolah2 ia berat sebelah dalam sudut politik... tapi sebenarnya pehak satu lagi tidak memberi maklumat dan tindakbalas membuatkan seolah2 ia berat sebelah...

Harapan saya pada Cilifm jika membeli akbar belilah SUARAKEADILAN,HARAKAH,UTUSAN MELAYU (loya) dan SUARAUMNO (jika ada).

Mari kita sumbangkan sedikit harta kita untuk membantu ...
Mengapa kita sebagai ahli politik tidak mencari kesempatan dalam perkara ini..?atau kita sudah merasakan gagah untuk berjalan ..?

Sumbangan ke tabung SERVER Cili FM ... sila buat byrn ke CIMB 06-10000-1938-208 (Mohd Shukri Mohd Ramli).. Sumbangan amat diharapkan utk meneruskan operasi CiliFM dgn lebih gagah lagi di alam maya... At least minima RM10 seorang pun dah OK...

Sumbangan ke tabung kebajikan Cili FM untuk DJ Bob boleh terus disalurkan ke akaum Maybank atas nama Wan Umira No.akaun1560 9393 6250. Harap Maklum

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN AMBIL UPSR

Posted: 12 Sep 2012 08:55 AM PDT

Aku rasa macam tak percaya apabila ada pelajar tidak di benarkan ambil UPSR. kerana bodoh...
Selama ini benar sangkaan aku bahawa budak-budak kesekolah bukanya nak cerdik tapi nak lulus periksa ..
Dengan berita ini memang benarlah apa yang aku sangka....

RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.

Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.

Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.

"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.

"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.

Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.

Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.

Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Tiada ulasan: