Khamis, 13 September 2012

.

.


Lima Dari Lapan YDP Pas Kelantan Bermasalah Perlu Undur

Posted: 12 Sep 2012 08:37 PM PDT

FOKUS

Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Ismail Noh, sakit.
Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Abd Fatah Haron
Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

Ulamak Dari Arab Tidak Dipertontonkan Video Klik Rosmah - Najib?

Posted: 12 Sep 2012 04:58 AM PDT

Media PB melaporkan Najib Razak menerima kunjungan dua orang berjanggut lebat dari Arab Saudi ke pejabatnya. Kunjungan itu sebagai membalas kunjungan (pertemuan) Najib dengan dua orang Arab itu semasa beliau menghadiri persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Makkah baru-baru ini.

Berita kunjungan dua ulamak ke atas Najib.
Kunjungan Najib kepada dua orang Arab itu baru-baru ini menimbulkan isu apabila ia turut sama dihadiri oleh bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang bertindak menjadi jurualih bahasa. Orang Pas marah dan kurang senang dengan gaya Nasharudin itu.

Bagaimana pun dalam kunjungan balas itu tidak ada pula Nasharudin tercegak dalam gambar. Yang ada ialah menteri agama Jamil Khir.

Mungkin sudah ada yang menasihat Nasharudin agar tidak menampilkan diri ataupun tidak sedia menjadi jurualih bahasa.

Apa komen dua ulamak janggut lebat itu.
Yang menarik membaca laporan dua orang Arab ini yang katanya ulama salafi, apakah mereka dita'arufkan pada kunjungan Najib itu. Apakah mereka selain dihidangkan dengan makanan tradisi Malaysia atau pun kambing Janapari dari Kelantan, kedua mereka juga dihidangkan dengan klik video majlis hari raya di rumah Najib baru-baru ini yang kini menjadi kecur di internet?

Video yang memaparkan Najib sedangn menari 'poco-poco' bersama beberapa menteri kabinet termasuk Rais Yatim dan juga memaparkan Rosmah Mansor sedang berduet dengan seorang jejaka berambut panjang membawa lagu "Aku Anak Kampung" sedikit sebanyak menyebabkan rakyat mempersoalkan gaya hidup Najib. Video itu mendedahkan stail kehidupan dan sosial Najib sebenarnya... kalau di rumah beliau dan isteri serta tetamunya boleh menarik apa lagi di luar rumah.

Barang kali elok kalau wartawan media PB cuba memperbetulkan persepsi umum terhadap video berkenaan dengan meminta fatwa dari dua orang Arab berjanggut lebat itu. Tayangkan video itu kepada mereka dan minta komen.

Saya cukup yakin mereka akan mengeluarkan fatwa menghalalkan perbuatan Najib dan isteirnya itu atas alasan ia sesuai dengan ideologi parti anutan Najib.  Nescaya kalau dua orang Arab itu memfatwakan halal orang-orang Umno bawahan yang berterima kasih atas pemberian wang rakyat 1 Malaysia RM500 tidak akan merasakan apa-apa terhadap video berkenaan malahan mereka akan puji; wah bagus isteri perdana menteri pandai menyanyi dan Najib pula sporting.

Soal aurat... ia tidak menjadi masalah kerana Jamil Khir menteri agama yang ada di samping 000tidak membuat apa-apa teguran itu, bermakna halallah.

 Sorilah catatan utuk release tension. [wm.kl.7:48 pm 12/012/12]

Tiada ulasan: