Rabu, 26 September 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Tangguh laporan Ketua Audit Negara: BN takut apa?

Posted: 26 Sep 2012 06:11 AM PDT


 DAP hari ini mempersoalkan keengganan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membentangkan laporan Ketua Audit Negara 2011 terlebih dahulu sebelum membentang belanjawan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mempersenda konsep serta prinsip kebebasan autonomi parlimen.


Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya semalam, sama ada laporan tersebut mengandungi 'bom jangka tersembunyi' yang akan menjejaskan dan memalukan pentadbiran Najib, semuanya adalah faktor yang tidak berkaitan dan bukan sebab mewajarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara kepada Parlimen ditangguhkan.

"Adakah Najib dan Nazri bimbang Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap Akaun Persekutuan mengandungi pendedahan yang menggemparkan seperti skandal "lembu dan kondominuim" ?" soal beliau.

Tambah Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa pembentangan Laporan Ketua Audit Negara tersebut perlu ditangguhkan seminggu-dua supaya ia tidak "mencuri tumpuan (perdebatan) belanjawan" merupakan salah guna kuasa eksekutif terang-terangan.

Tambah beliau, "Adakah Najib memberikan Nazri 'lampu hijau' atau arahan untuk menangguhkan dahulu laporan Ketua Audit Negara 2011 seminggu dua minggu selepas pembentangan belanjawan pada Jumaat nanti?"

"Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sepatutnya menolak campur tangan ini dan mengarahkan agar laporan Ketua Audit Negara tersebut dibentangkan segera tanpa bertangguh-tangguh," tegasnya.

“Pergi Mampus Dengan Air Pahang!!”

Posted: 25 Sep 2012 04:41 PM PDT


KENYATAAN berani di atas itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang penulis temui semalam.  Asalnya penulis ingat ulasan itu berbunyi kekecewaan tapi sebetulnya itu ulasan berunsurkan kelegaan!!

Rupanya dalam diam, kerajaan Selangor sudah ada jalan penyelesaian baru untuk mengatasi masalah bekalan air jika perjanjian dengan kerajaan Pahang sekarang dihentikan. Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri juga khabarnya mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengan pembatalan tersebut.
Inilah yang cuba disampaikan Exco Kanan Selangor Selangor , YB Xavier Jeyakumar semalam, yang turut  dilaporkan  media sebagai 'gembira dengan pembatalan perjanjian tersebut'.
Syabas kerajaan Selangor kerana cepat mencari alternatif baru  – tak sampai 2 hari selepas kata dua (sebut mengugut) dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap rakyat dan kerajaan negeri Selangor dikeluarkan.
Penulis bagaimanapun tidak dapat memastikan sumber baru air dari mana yang diperolehi kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah bekalan ini jika perjanjian dengan Pahang itu dibatalkan.
Rasanya tak perlu diingatkan bahawa soal yang paling penting disini bukan penjimatan wang, tapi rakyat sentiasa mendapat bekalan air terawat pada setiap masa.
Tidak seperti sekarang.
Yang paling hampir penulis rasa ialah bekalan air dari Negeri Sembilan.  Selain negeri tersebut berpotensi untuk jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, Negeri Sembilan juga dijangka mempunyai lebihan air setelah Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi siap dibina pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Maklumat lanjut disini.
Tapi ini hanya andaian penulis, setelah melihat kedudukan semua negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sekarang yang tidak berpotensi untuk menjadi lokasi strategik bagi menyalurkan air kepada Selangor.  Selain Kedah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Kelantan juga diketahui tidak mempunyai lebihan bekalan air.
Penulis difahamkan, lebihan bekalan air di negeri Kedah itupun telah disalurkan ke sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Pulau Pinang.  Lagipun dari segi logistiknya, agak mustahil untuk membina kemudahan menyalurkan air dari Kedah ke Selangor.
Berlainan dengan Negeri Sembilan yang berkongsi sempadan dengan negeri Selangor di beberapa bahagian, seterusnya memudahkan penyaluran bekalan dilakukan.
Apa pun penulis mengharapkan Menteri Besar dan Dr. Xavier sendiri dapat tampil menjelaskan kepada rakyat Selangor sumber alternatif bekalan air negeri tersebut jika perjanjian dengan Pahang ini dihentikan.

Tiada ulasan: