Rabu, 26 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Bukti BN Sabah bayar dan pindah pengundi didedahkan!!

Posted: 26 Sep 2012 09:27 AM PDT

Barisan Nasional Sabah dipercayai telah menjadi dalang dalam kegiatan mendaftar pengundi baru dan memindahkan tempat mengundi mereka ke DUN Api-Api (N15) dengan menawarkan RM200 sebagai ganjaran.

Dipercayai ini dilakukan bagi mengekalkan penguasaan mereka di DUN tersebut.

Imbuhan sebanyak RM200 itu telah ditawarkan kepada pengundi yang berada di kawasan bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam).


Ganjaran telah ditawarkan kepada sesiapa sahaja kecuali kaum Tiong Hua yang sanggup menukar tempat mengundi mereka ke kawasan Dun Api-Api.


Kegiatan  tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan Menteri Kabinet negeri.

Saksikan!!



PANAS!! Video gadis-gadis genit dalam 'Jet Peribadi Anwar' didedahkan!! saksikan!!

Posted: 26 Sep 2012 02:14 AM PDT


Isu mengenai sebuah jet yang dikatakan sebagai 'Jet Peribadi Anwar' ini telah mula dijadikan isu pada 23 September 2012 yang lalu iaitu pada hari Ahad setelah Tian Chua menyebarkan beberapa keping gambar Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sedang berada di dalam jet tersebut.

Samada suratan atau kebetulan.. hanya Allah yang maha mengatahui..

Satu tahun yang lalu, pada tarikh yang sama iaitu 23 September 2011, 'T' Jet yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim dan rombongannya itu juga telah menerbangkan seorang Menteri dari UMNO.

Dalam penerbangan dari Subang ke Alor Setar itu Menteri dari UMNO telah diiringi oleh beberapa orang gadis jelita.


Mereka telah diterbangkan oleh 'T' Jets (Dassault Falcon N990BB) yang dikenali sebagai "Jet mewah Peribadi Anwar" oleh pencacai-pencacai UMNO kini.


Gadis-gads jelita itu telah diterbangkan secara eksklusiff bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom bagi pengambaran program reality TV 'Solehah'.

Dimana Jamil Khir yang juga Menteri Agama akan merasmikan pelancaran program reality TV tersebut pada sebelah malamnya di Alor Setar.


Jamil Khir yang diterbangkan oleh jet tersebut adalah tetamu kehormat pada bagi majlis sambutan Hari Raya yang berlangsung di Alor Setar itu..

Ini adalah video yang dimaksudkan Lihat video penerbangan dari minit 4:35 hingga 6:13


Wah!! Jamil Khir pun terbang dengan 'Jet Peribadi Anwar' rupanya.. pencacai UMNO tak mahu kutuk dia ke?

Kalau korang nak tahu siapa pula yang menggunakan Jet Kerajaan Malaysia sebagai harta mak bapak dia untuk bercuti di Australia sila baca di ( SINI )

Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.. banyak untung rupanya.. tengok ni..

Posted: 25 Sep 2012 09:23 PM PDT


Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang ingin menjual tanah milik MARDI di Serdang seluas 200 ekar dengan harga yang sangat rendah..

Ini menyebabkan timbulnya persoalan kenapa Noh Omar bersungguh-sungguh mahu tanah tersebut dijual..

Apa yang tersirat disebalik tindakan Noh Omar itu ialah satu transaksi yang amat menguntungkan bakal diperolehi oleh samada Noh Omar sendiri ataupun kroninya..

Tanah tersebut dikatakan akan dijual dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu.

Dengan menggunakan modus operandi yang sama dengan yang telah digunakan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang yang telah mengaut keuntungan RM5Juta hasil dari menjual tanah milik Melayu..

Di Pulau Pinang tanah milik 31 orang Melayu telah dibeli oleh Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin UMNO dan tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju untuk dibangunkan.. pendedahan mengenainya sila baca di ( SINI )

Dalam hal tanah milik MARDI ini pula sudah tentu ianya akan dijual kepada Syarikat Kroni ataupun Syarikat yang dikuasai oleh Noh Omar sendiri.. kemudiannya akan dijual pula kepada pihak ketiga untuk dimajukan..

Berapa keuntungan yang bakal dikaut?

~ Satu ekar terdiri daripada 4,840 ela persegi atau 43,560 kaki persegi.

~ Keluasan tanah yang hendak dijual ialah 200 ekar bersamaan dengan  8,712,000 kaki persegi.

~Keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah dijual dengan RM80 setelah ditolak harga beli RM14.50..

(RM80 - RM14.50) x 8,712,000 = RM570,636,000

~Manakala keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah retsebut dijual pada harga RM100 setiap kaki persegi pula ialah..

(RM100 - RM14.50) x 8,712,000 = RM744,876,000

Korang tolong kira semula ya... betulkan kalau aku salah..

Banyak tu... patutlah Noh Omar bersungguh-sungguh mahukan tanah tu dijual.. banyak untungnya tu..

******************************************

Noh Digesa Tidak Jual Tanah MARDI 

Datuk Seri Noh Omar digesa tidak meneruskan hasrat menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang seluas 200 ekar kepada mana-mana pihak hanya untuk meraih keuntungan.

Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan pihak MARDI untuk menukar status tanah itu daripada pertanian kepada perniagaan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu lepas.

Dr Yaakob memberitahu pada waktu ini tanah milik MARDI berkenaan sedang dalam proses rundingan untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Beliau menegaskan Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia.

"Selaku menteri kabinet beliau seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual.

"Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas.

"Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah," kata Dr Yaakob di sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

. Beliau berkata, tanah itu ingin dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi walaupun harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu.

Tambah Dr Yaakob, tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Ujarnya, setiap tahun jutaan tetamu yang hadir mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA).

Pada 23 November hingga 2 Disember ini, dijangka seramai 3 juta orang ramai bakal hadir menjayakan pameran tersebut.

"Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran MAHA di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

"Jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat- tempat lain tetapi bukannya di tapak milik MARDI di Serdang," katanya.

"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut",ujarnya.


~ Selangorku

APA?? Papagomo dah nak Mampus??

Posted: 25 Sep 2012 05:00 PM PDT


Itu adalah ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang sahabat yang juga merupakan seorang Blogger bila aku aku beritahunya bahawa 'Ikon Fitnah 1Malaysia' iaitu PapaGomo sedang sakit.

Memang tak patut sungguh sahabat aku seorang itu.. ada ka patut dia mintak Papagomo mampus..

Bila ditanya dari mana aku dapat berita ini.. jawab aku aku terbaca kenyataannya yang disiarkan di laman Tweeter milik Papagomo @PapaGomo.

Papa Gomo ialah seorang Blogger Upahan UMNO yang tidak asing lagi dalam dunia cyber ini, beliau amat popular dengan penyiaran video-video seks seorang lelaki yang menyerupai DS Anwar Ibrahim yang didakwanya sebagai DS Anwar Ibrahim.

Beliau juga dipercayai telah diberikan imuniti khas oleh SKMM kerana tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya berikutan penyiaran video lucah dilaman Blog miliknya.

Antara apa yang dinyatakan di laman Tweeter milik Papagomo ialah beliau memaklumkan kepada semua dalam masa sebulan dua ini beliau perlu menyelesaikan menyelesaikan beberapa urusan penting.

Selain itu faktor kesihatan juga mempengaruhinya untuk mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Tambahnya lagi "Keperihatinan rakan Twiiter selama sebulan ini amatlah dihargai sama sekali. Apa pun Allah maha besar dan sentiasa menguji umatnya dalam pelbagai bentuk pancaroba. Semoga kalian sentiasa mendoakan Papa Gomo segera sihat dan akan kembali ceria seperti sediakala. Amin"

Ini printscreen Twitter miliknya @PapaGomo


Ini pula adalah printscreen blog PapaGomo..


Selain dari kenyataan di Twitter dan Blog itu, seorang sahabat dari Selatan Tanahair pula mengirimkan pesanan yang diterimanya dari Papa Gomo melalui BBM (BlackBerry Messenger) miliknya.

BBM tersebut menyatakan ..

"Salam buat rakan BBM Papa Gomo. Untuk makluman semua Papa Gomo dalam sebulan dua ini menyelesaikan beberapa urusan penting.

Atas kesihatan yang juga tidak berapa baik,Papa Gomo mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Keperihatinan rakan BBM selama sebulan ini amatlah dihargai sama sekali. Apa pun Allah maha besar dan sentiasa menguji umatnya dalam pelbagai bentuk pancaroba.

Semoga kalian sentiasa mendoakan Papa Gomo segera sihat dan akan kembali ceria seperti sediakala. Tiada apa yang lebih baik waktu ini selain mendekatkan diri kepada yang maha Esa. Amin…." 

Oleh itu... Bersamalah kita mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala bagi membolehkannya menyiarkan fitnah dan video seks lagi...

Korang tolong doa lah ya....

Tiada ulasan: