Sabtu, 22 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bank Negara Malaysia (BNM) Di Gesa Cepat Bertindak Ke Atas Syarikat Skim Pelaburan Emas !

Posted: 21 Sep 2012 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept - Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat dakwaan tersebut berkata sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram. "Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini. "Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi."Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan segera kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan juga sosial di negara kita," katanya. BERNAMA

Husni: Ada Pendekatan Baharu Dalam Bajet 2013

Posted: 21 Sep 2012 10:26 AM PDT

ALOR SETAR, 22 Sept - Belanjawan 2013 bakal menyaksikan beberapa pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan kekuatan ekonomi negara di samping memastikan kebajikan rakyat terbela. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (foto) bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun menegaskan kerajaan akan terus menjaga kebajikan rakyat seperti sebelum ini. "Kita sedang memperkemas (belanjawan) di peringkat akhir... kita akan mengetengahkan pendekatan baru demi kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah, dekat sini semalam. Dalam perkembangan lain, beliau meluluskan peruntukan RM100,000 kepada bahagian itu bagi membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU). Beliau berkata bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini, usaha perlu dilipat gandakan dan tumpuan perlu diberikan kepada pengundi terutamanya yang pertama kali akan mengundi. Husni berkata, walaupun sudah banyak kali menghadapi pilihan raya, kali ini semua pihak perlu berusaha lebih daripada yang pernah dibuat dalam sejarah pilihan raya sebelum ini. "Bagi negeri-negeri di bawah pembangkang, kita kena kerja lebih kuat, kena tawan balik kerana kita nak menuju kepada negara berpendapatan tinggi, ini adalah hasrat kerajaan. "Jadi mesti pastikan semua negeri ikut proses yang sama, kita tidak mahu ada mana-mana negeri ketinggalan," kata beliau. BERNAMA

Tiada ulasan: