Sabtu, 22 September 2012

OTAI MANJUNG

OTAI MANJUNG


Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2

Posted: 22 Sep 2012 05:44 AM PDT

 
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.

Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.
Ustaz Huri Alias
Kerana tercengangnya totok itu, macam biasa Ustaz ni kena tukar ke pendalaman. Tapi depa silap besar, habis pendalaman juga tahu ditarbiyahkan, pengaruh ustaz ni menjadi sebutan. Aku dapat tahu dia juga ditukar ke tempat lain, dan kini jadi Imam Masjid Jalan Hospital Ipoh. Sabar je la Ustaz! Aku juga pernah ikut dia pergi jamming, layan beb! Skang dah semakin popular tapi bukan 'glamour' yg dicari sebab aku kenal dia, humble dan terbuka.

Semalam ada jemaah masjid bagitau aku, orang2 tua yg totok umno di masjid Daerah Manjung juga menganggap belia masjid tak wujud. Woit! sijil kelulusan belia pun dah keluar terbentang, lagi tak mahu akui ke?! Sian la budak-budak tu, esok korang takde depa yg akan teruskan mengimarahkan masjid ni dan mereka buat program utk orang muda ke masjid bukan ajak berpolitik! Bab ni pun aku peringatkan kat orang PAS, jangankan sebab politik korang abaikan depa ni. Tapi aku tahu program yg depa anjurkan hari tu, ramai org PAS yg turun termasuklah dari ABIM, AADK dan UiTM Perak.
Pameran UiTM Perak

Berbalik kpd isu program belia masjid manjung, aku cuba buat kronologi kejadian sebenar. Jika ada kesilapan, aku minta mat-mat belia masjid manjung perbetulkan dan jika ada ugutan atau apa desakan, korang jangan takut. Kerja baik tak perlu takut tambahan korang ada fakta dari aku yang cuma dapat dari sumber dalaman yg turut tak puashati dengan karenah Umno Lumut. Dan aku juga simpati Pegawai kerajaan di jabatan belia Manjung yang pada awalnya menyokong belia-belia masjid ini tapi pada akhir2 ini dia seolah tertekan dr pihak atasan, dan aku dengar khabar dia akan kena tempias, silap hari bulan dia kena tukar ke ceruk pendalaman mcmana bekas Imam masjid kena. Nasib lu lah bro!
 
Pameran AADK
 
Penceramah Jemputan 
Kronologi program yang mendapat halangan:-
Oktober 2011
- Mohon Pendaftaran Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung. (PBMDM)
Februari 2012 
- Sijil kelulusan dikeluarkan
Mac 2012 
- Sijil diterima oleh PBMDM & mesyuarat dijalankan utk acara perasmian
April 2012 
- Awalnya dicadangkan utk perasmian tapi sebab kertaskerja masih dlm proses ditunda
May 2012 
- awal may menyampaikan kertaskerja program, jadual acara, penceramah dan bajet kpd Ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha dan turut disampaikan direct kpd MB Zambry Kadir ketika Pesta Laut Pangkor 3 May. Zambry bersetuju secara 'percakapan'diadakan pada tarikh cadangan 26 May namun peruntukan yg dikemuka tidak dipersetujui kerana terlalu tinggi, PBMDM setuju utk kaji balik kos program. Pejabat Belia juga maklumkan bajet dari MB pun problem dalam pertimbangan dr kerajaan negeri, juga diperingatkan segala sponsor berpihak kpd kepimpinan semasa dan teguran bermula dimana jika menjemput penceramah 'orang sebelah' (Ustaz Akhil Khai) ibarat support pihak parti pembangkang dan dianggap isu beasr. Sehingga 21 May tiada sebarang maklumbalas dari Pejabat MB & rujuk Pejabat Belia dimaklumkan 26 May adalah Hari Himpunan Belia di Putrajaya (membabitkan persembahan K-POP) dan dinasihatkan postpone sebab Zambry tak mungkin hadir. 24 May PBMDM buat keputusan postpone ke 30 Jun dan memaklumkan sekali lagi ke Pejabat MB dan dipersetujui tarikh cadangan itu. Pejabat Belia menyatakan Cikgu Rashidi orang kanan Zambry dah maklum pasal perubahan penceramah dan tarikh tapi bajet belum diputuskan. Maka PBMDM mula menempah Banner promosi Karnival & Perasmian PBMDM bertarikh 30 Jun dan membuat jemputan rasmi.

Tak habis lagi.... banner dah tempah, pelbagai agensi kerajaan yg terbabit juga dah setuju walaupun bertukar tarikh. Bermulalah sekatan & dan macam karenah birokrasi yg dihadapi PBMDM. Aku akan dedahkan perbincangan antara Pejabat belia & orang kanan zambry iaitu Cikgu Rashidi yang memaksa PBMDM menukar penceramah dan pebagai desakan seperti segala peralatan yg diperlukan mesti diberikan kpd orang-orang umno dan pelbagai sekatan dgn mengharamkan jemputan kpd orang2 pas serta DS Nizar termasuklah tidak boleh menerima sebarang sumbangan dr ADUN Pasir Panjang.
Aku tak tahu samada Cikgu Rashidi ni bercakap atas keputusannya sendiri mengikut perkiraan akal politiknya tapi yg jelas dia pegawai yg bekerja dgn Zambry. Dan apa yg diucapkan berdasarkan keputusan dari zambry sendiri. Cuma sahabat aku di Pasir Panjang Laut yang juga pemuda umno cawangan sana kata dia ckp tak serupa bikin, salah satu isu yg dia duk kecoh kat kampung perihal Non Muslim masuk masjid (isu adun selangor masuk surau) walhal kata depa dia 'deal' dgn mamat india mana entah pun dalam masjid! Lepas tu nak panggil pemuda mesyuarat siap tipu org muda kampung kata meeting pasal bola walhal nak meeting umno, kalau ckp meeting umno mampuih org muda tak dtg! wakakaaaaaaa............ licik sungguh game dia, patutlah zambry angkat dia ni, bijak menipu! sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga beb!
Bersambung................

Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1

Posted: 21 Sep 2012 11:53 AM PDT

Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno! Dan jgn jadi umno lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!

Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai umno lumut punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.

 
Vale janji dgn kehadiran depa di Manjung akan bantu org tempatan, sekali semua kena kencing, yg kaki kencing pun kena kencing, yek yek je buat demo sokong Vale, lastnye tak dpt tender bising! aku dengar satu kepala rm80, fuh patut org umno sendiri bising...pigi dah bab duit korang bising, bab tanah tergadai kpd syarikat warga asing korang siap sokong! Ini semua duit punye perjuangan! Alam digodam umno tak ambil port pun. Ceh! Mcmana aku nak harapkan umno memerintah lagi! Org PR kalau korang buat mcm ni jugak, maknanya korang pun tak mau belajar dr kesilapan umno!

Berbalik kpd isu yg aku nak bongkarkan dlm beberapa siri nanti, buat masa ni aku bagi hint sahaja dan kalau tak betul, sumber aku akan tampil untuk buat kejutan kalau ada yg tak puashati. Acara ini berlangsung pada bulan Julai 2012 yang lalu, perasmian Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung yang mempunyai kisah disebaliknya.

Aku wakil MediaPerak sempat merakamkan pada hari berkenaan dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena ap
abila Pengerusi Belia Masjid & para jemputan menyebut ada beberapa halangan terhadap program ini.

Program ini ditunda sebanyak 3 kali, namun J/kuasa Persatuan Belia masjid daerah manjung atas sokong J/Kuasa Masjid Daerah Manjung meneruskan program ini walaupun tanpa bantuan Jabatan Belia & Kerajaan Negeri. Ia sepatutnya berlangsung pada hari Belia, namun disebabkan ada himpunan Belia di Putrajaya yg dipersembahkan oleh hiburan K-Pop yg menelan jutaan ringgit, program ini terpaksa ditunda.

Sebelum itu Belia Masjid akur dan menunda kepada satu tarikh dengan merujuk kepada Jabatan belia & kerajaan negeri Perak iaitu sekitar penghujung Jun. Pada awalnya program ini akan dirasmikan oleh YAB Zambry kadir dan peruntukan ditaja oleh kerajaan negeri melalui Pejabat menteri besar Perak.

Sumber menyatakan jumlah peruntukan yang dipohon berjumlah Rm16000 bagi persiapan tapak pameran, sumbangan kpd jemputan & beberapa fasiliti berkenaan. Namun disebabkan J/Kuasa Belia Masjid daerah menjemput ustaz Akhil Khai sebagai penceramah, berlakunya beberapa halangan dalam merealisasikan program ini pada saat akhir. Selain Ustaz Akhil Khai, mereka juga menjemput Imam Muda Nazrul bergabung dalam forum pada sebelah malamnya. 

J/kuasa dinasihatkan agar menukar penceramah atasan alasan 'orang sebelah sana' (berkaitan politik), tidak menjemput (diharamkan) ADUN Pasir panjang iaitu YB Nizar dan jangan menerima sebarang sumbangan dari Pejabat ADUN berkenaan. Program ini telah disalah anggap oleh orang kanan Zambry Kadir iaitu Cikgu rashidi yang menyatakan "Zambry kata politik first dalam sebarang keputusan' tambahan untuk memberi peruntukan. Bukan itu sahaja, segala peralatan dan penyediaan hendaklah diberi kepada 'orang-orang umno', jika tidak tiada peruntukan diberikan.


Nantikan pendedahan seterusnya........ program berlangsung dgn jayanya, siapa disebalik halangan dan bagaimana belia mengatasi utk merealisasikannya walaupun terpaksa menanggung kos sendiri. Aku salute kepada Pak Toh Timbalan Pengerusi masjid sebab bersetuju utk teruskan program ini dan sekalung tahniah kpd belia-belia masjid yang terlibat dan aku minta maaf jika perkara ini akan menggugatkan korang. Tapi bagi aku kebenaran tidak boleh disembunyikan, kalau bukan aku yg bongkarkan, orang lain akan pecah tembelang! 
 Nasib koranglah sebab korang patutnya panggil K-POP, baru kerajaan umno pandang korang..... wakakakakakaaaaaaaaaaaa! Lagipun korang takleh mengundi lagi, takde kepentingan bagi mereka.

Nota: Sumber bersedia untuk memberi kerjasama jika ada pihak yang menidakkannya. Gambar sekitar program di SINI - Page MediaPerak

Tiada ulasan: