Ahad, 23 September 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Muassasah Darul Ulum, Legasi Ustaz Fadzil Noor

Posted: 22 Sep 2012 11:13 PM PDT


DAP: Najib beri isyarat jangan sentuh Taib?

Posted: 22 Sep 2012 07:02 PM PDT


DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

dap lim kit siang interview rebut may 13 01"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap tertinggi Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

Tindakan biadab hina MB Kelantan

Posted: 22 Sep 2012 06:55 PM PDT


 Tindakan biadab hina MB

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Ketereh semalam, membuat laporan polis di balai Polis Kok Lanas, mengenai tindakan seorang pemegang akaun laman sosial yang dikenali sebagai Idham Zulfazli, menyamakan gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan seekor anjing.

Timbalan Pemuda Pas Ketereh, Abu Bakar Ibrahim berkata, tindakan itu amat biadab kerana menyamakan pimpinan ulama di negeri ini sama seperti haiwan yang tidak mempunyai pemikiran.

"Seharusnya dia berfikiran rasional dan tidak melakukan perlakuan itu, yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam.

Tindakannya itu merupakan perbuatan yang kurang matang dan turut menghina Tok Guru yang dihormati di negeri ini," katanya.

 Turut hadir membuat laporan, Penyelaras Dun Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood. Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan dalam menangani isu terbabit, yang juga menjatuhkan maruah umat Islam.

 "Perkara ini perlu dipandang serius bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap ulama.

 "Jika mereka tidak dikenakan tindakan, kita bimbang ia akan menular kepada generasi muda dan golongan ini boleh menulis dan memaparkan apa sahaja dalam laman sosial mereka," katanya.~ sh

Gempar !!! Cristiano Ronaldo Beri kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin Di Kecam Israel

Posted: 22 Sep 2012 06:52 PM PDT


Tiada ulasan: