Sabtu, 15 September 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Pelakon Khairil Anwar Bakal Sertai PAS?

Posted: 14 Sep 2012 11:31 PM PDT


Gambar Khairil Anwar bersama Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia sedang berlegar-legar dalam Facebook. Difahamkan gambar ini diambil semasa jamuan eidulfitri DPPM.

Kesahehan gambar ini telah dapat gua pastikan dan ianya autentik. Cuma gua khawatir, gambar ini telah diedit oleh pakar-pakar photoshop umno. Hahaha..Sehingga kini, Khairil Anwar belum membuat sebarang pengumuman mengenai berita penyertaannya dalam PAS ini.
Berita penuh menyusul...Umpama Siti Nurhaliza dan Lee Chong Wei bergambar dengan Nurul Izzah..takkan boleh klaim siti dan LCW join PKR pulak..hahaha..nantikan! ~seekers
 


 

Biadap - Gempar!Rekabentuk Bar Seperti Kaabah.

Posted: 14 Sep 2012 11:29 PM PDT

Terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York. Adakah ini secara kebetulan atau disengajakan?



SUMBER: GUABLOG.COM

Hina Nabi: 3,000 demo di Rusila

Posted: 14 Sep 2012 11:29 PM PDT


MARANG: Bantahan terhadap penerbitan video yang menghina Nabi  Muhammad SAW melalui filem berjudul 'Innocence of Muslims' turut disertai kira-kira 3,000 umat Islam di Marang, Terengganu semalam.


Perhimpunan Aman tersebut diadakan selepas solat Jumaat diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dengan kerjasama Ketua Pemuda PAS Marang, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Sehubungan itu, satu amanat penting disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang melarang mana-mana pihak menghina batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

Katanya, ada pendapat ulama' di Mesir yang menegaskan jika menghina batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar 'lampu merah' dan tidak dibolehkan sama sekali.

Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi, ada ulama' lain berpendapat jika menghina batang tubuh Nabi SAW boleh 'bertindak' tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

"Hari ini kita (umat Islam) berkumpul bersama seluruh umat Islam untuk menyatakan bantahan kepada satu filem yang sengaja diterbitkan untuk menghina peribadi Nabi Muhammad SAW dan menghina umat Islam.

"Manusia yang dipilih oleh Allah SWT, bukan dipilih melalui pilihan raya. Tuhan (Allah) sendiri yang pilih, bila kita (manusia) tolak orang yang Tuhan pilih bermakna tolak Tuhan. Ini satu dosa yang sangat besar.

"Saya bagi pihak PAS telah buat kenyataan rasmi semalam (13 September) meminta dihantarkan (bantahan) ke Kedutaan Amerika supaya yang pertama yang melakukan kesalahan mesti meminta maaf.

"Kedua, kerajaan Amerika mesti bertindak supaya membatalkan filem itu dan bertindak terhadap mereka yang melakukan kejahatan (hina) ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 3,000 umat Islam yang menyertai Himpuan Aman membantah penerbitan filem 'Innocence of Muslims' oleh musuh Islam di Perkarangan Masjid Rusila, Marang, 14 September lalu.

Sehubungan itu, katanya Islam turut melarang umatnya melakukan perkara yang sama termasuk tidak boleh menghina Tuhan-tuhan kepercayaan agama lain.

"Kita orang Islam dilarang menghina Tuhan-tuhan agama lain sehingga dia (bukan Islam) menghina Tuhan kita semula. Walau pun, kita kata Islam kita betul tetapi tidak boleh menghina Tuhan agama lain.

"Berhujah (debat) dibolehkan untuk mencari kebenaran. Sehingga hari ini, mereka (agama lain) tidak boleh berhujah dan kalah jika berhujah dengan Islam," jelasnya.

Namun, kata Dato' Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang insiden penghinaan itu telah menyatukan umat Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan Nabi SAW. -Hrkh

TERKINI: Misteri empat lelaki hilang di Lata Bayu

Posted: 14 Sep 2012 06:34 PM PDT

Kumpulan berkenaan dilaporkan sesat di kawasan hutan ini.
Mangsa sesat maut dipatuk ular
BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Penduduk setempat memenuhi pekarangan Lata Bayu untuk mendapatkan maklumat kejadian.

Rakan radio amatur turut sama dalam operasi mencari mangsa.

Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.
"Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.
"Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka. 
"Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan," katanya.
Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.
"Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut. 
"Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.
"Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu. 
"Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.
"Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut," katanya.
Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.
"Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa," katanya. -SUMBER

Kerajaan UMNO BN Sudah Gila, Mahu Terus Bina Menara Warisan

Posted: 14 Sep 2012 04:10 PM PDT


Pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Kerajaan Pusat bakal mengundang nasib serupa sebagaimana projek National Feedlot Corporation (NFC), LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan lain-lain projek yang didapati berlaku penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini.

"Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini.

"Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu. Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, " katanya ketika dihubungi.

Projek untuk kayakan kroni

Zuraida tidak menolak bangunan pencakar langit tersebut antara projek gajah putih Umno bertujuan mengkayakan kroni mereka.

"Ini yang menimbulkan keraguan, melihatkan spekulasi yang berlaku sekarang, pastinya ada penyelewengan.

"Projek itu pasti kroni mereka akan bolot, kosnya tentu berlipat kali ganda. Kenapa perlu bina bangunan yang begitu mahal?" soal Ahli Parlimen Ampang itu lagi.

Sebagai pemimpin, kata Zuraida, beliau tidak mahu Menara Warisan dijadikan 'bank' untuk Umno mengaut keuntungan dari hasil rakyat.

"Umno tidak pernah takut untuk habiskan duit rakyat, mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku dalam projek NFC, LRT, KTMB dan lain-lain lagi.

"Umno perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan anda. Jalan bagi menyelesaikan sikap boros Umno ini pastinya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.

Projek di bawah pengurusan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu mengesahkan, penambahan ketinggian bangunan itu yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan kos RM5 bilion diumumkan Najib dalam Belanjawan 2010.

Pengumuman itu mencetuskan tentangan, namun Najib tegas mempertahankan kononnya projek itu bukan pembaziran dan mempunyai kesan 'baik' ke atas ekonomi.

Dalam pada itu, Aktivis Warisan Negara, Teoh Chee Keong mendakwa, Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 – pencakar langit tertinggi antara 2004 sehingga 2010.

Projek yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijangka siap pada 2015 itu bakal melebihi bangunan tertinggi negara sekarang iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.


Rakyat bantah

Tinjauan Merdeka Center dalam kaji selidiknya terhadap pendapat pengundi Semenanjung Malaysia bagi suku keempat tahun 2010 mendapati, hampir 2/3 rakyat Malaysia membantah pembinaan bangunan itu.

Kaji selidik itu merangkumi 1,005 orang yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, menyaksikan 65 peratus responden membantah cadangan tersebut.

Masyarakat Cina adalah yang paling ramai membantah pembinaan menara tersebut (65 peratus) diikuti dengan Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus). -KD

Bas Jelajah Merdeka kena simbah cat kali ke 3 di Tangkak

Posted: 14 Sep 2012 04:09 PM PDT


Video & Gambar : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Johor

Posted: 14 Sep 2012 03:58 PM PDT




Tiada ulasan: