Muslimeen United |
- Zahid Hamidi Kecut, Sultan Johor Murka Peralatan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu
- Panas !!! Adun Gerakan Berucap Di Pentas Pas
- Terbaik ..Gambar Ni tak akan Keluar TV
- Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil
- Sikap Dwi-Standard Polis Terus Dibidas Walaupun Laporan Polis Sudah Dibuat.
- Isu saham FGVH akan tumbangkan Umno BN melalui 54 kawasan parlimen?
- Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis
- Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno
Zahid Hamidi Kecut, Sultan Johor Murka Peralatan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu Posted: 11 Sep 2012 04:49 AM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan adakah benar wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. "Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss. "Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri. "Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya," katanya dalam satu kenyataan. DPPM, katanya, bersetuju dengan teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya. "Kerajaan juga beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden," tambahnya. Justeru, katanya, DPPM mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera. "Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak," tambahnya. Selain itu, kata Dr Raja Ahmad, hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara. "Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarikh dan ketinggalan zaman bagi menghadapi pertempuran," tambahnya. Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat | ||
Panas !!! Adun Gerakan Berucap Di Pentas Pas Posted: 11 Sep 2012 04:48 AM PDT Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina. Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS. UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu. Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS. UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu. Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada para hadirin. Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut. "Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan. Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan Sumber : Kedah La | ||
Terbaik ..Gambar Ni tak akan Keluar TV Posted: 11 Sep 2012 04:47 AM PDT Majlis Hari Raya Aidulfitri PAS Pusat 1433H/2012M Tuan Guru Hj Hadi Awang ,bersama tuan guru Nik Aziz dan Tuan Guru Dato Haroon Din..bersama sama dalam meraikan Majlis hari Raya Aidil Fitri PAS Pusat Di Kuala Lumpur. Gambar ni pastia tiada dalam Akhbar Dan TV...punya sahih..Nukilan ABu Luqman | ||
Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil Posted: 11 Sep 2012 04:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok. "Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti. "Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya. Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium. Namum, jika kerajaan gagal mengotakan janji tersebut mereka maka janji ditepati perlu ditukar kepada janji dimungkari, jelas beliau. "Kita lihat adakah keizinan diberikan atau tidak untuk kita mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil nanti," sambung beliau selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -Hrkh | ||
Sikap Dwi-Standard Polis Terus Dibidas Walaupun Laporan Polis Sudah Dibuat. Posted: 10 Sep 2012 11:09 PM PDT Tindakan Polis Terhadap Aksi Biadap Harus Menyeluruh Tindakan pantas pihak polis menahan pelajar kolej yang melakukan aksi punggung terhadap gambar Najib, Rosmah dan Pengerusi SPR, Aziz Yusof pada malam sambutan merdeka yang bertukar menadi Himpunan Janji Demokrasi, walaupun boleh dipuji tetapi ia juga menimbulkan beberapa persoalan lain untuk diperdebatkan. Polis nampaknya begitu pantas bertindak dalam kes ini namun dalam beberapa kes lain yang lebih dahsyat seperti memijak gambar Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin serta juga aksi remaja kencing terhadap gambar Haji Hadi Awang dan Haji Nik Aziz Nik Mat, tidak pula kedengaran pihak polis mengambil tindakan. Dalam aksi-aksi itu, wajah-wajah pelakunya cukup jelas kelihatan dan pihak polis tidak seharusnya ada masalah untuk mencari mereka sebagaimana pantasnya mencari remaja yang menunjukkan punggung kepada Najib, Rosmah dan Aziz itu. Meskipun kita rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan aksi punggung yang dilakukan seorang remaja kolej terhadap gambar Najib, Rosmah dan Aziz Yusof itu, kita yang berfikiran waras tentunya lebih tidak bersetuju dengan aksi yang dilakukan terhadap Hadi Awang, Nik Aziz, Nizar dan Lim Guan Eng. Maka, demi keadilan dan untuk mewujudkan suasana politik yang matang, pihak polis harus segera bertindak tanpa memilih bulu dan berpilih-pilih. Sebelum dari ini, kita juga dikejutkan dengan tindakan bekas veteran askar yang melakukan aksi senaman punggung di depan rumah Ambiga sebagai membantah tindakannya menganjurkan Himpunan Bersih. Ramai yang tidak bersetuju dengan aksi yang dianggap biadap itu dan ramai juga yang sudah memberi komen mengenainya. Masalahnya tiada pula tindakan lanjut daripada pihak polis. Selain berbagai aksi biadap yang ditunjukkan pelbagai kelompok sejak akhir-akhir ini, kita juga turut menyaksikan perbuatan yang sungguh kurang ajar oleh ahli-ahli Perkasa yang memprotes tindakan Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan di sebuah masjid di Kedah baru-baru ini dengan membaling kasut ke dalam masjid. Tindakan ahli Perkasa ini bukan saja memalukan tetapi juga memperlihatkan mereka sebagai orang Islam seperti tidak menghormati kemuliaan masjid itu sendiri. Laporan polis juga sudah dibuat mengenainya dan gambar-gambar samseng Perkasa ini juga sudah tersebar merata-rata tetapi sehingga ini belum lagi ada tangkapan atau tindakan pihak polis terhadapnya. Malahan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin hanya berdiam diri terhadap insiden itu, jauh sekali bertegas untuk melindungi masjid daripada terus dicemari dengan aksi-aksi sedemikian rupa. Jika kita masih ingat, aksi biadap dalam senario politik Malaysia ini sebenarnya dimulakan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang pernah menunjukkan aksi punggung kepada sekumpulan penyokong pembangkang dalam sebuah pilihanraya kecil beberapa tahun lalu. Aksi teladan daripada seorang Menteri Besar itulah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya deretan gejala tidak sopan hari ini. Benarlah kata pepatah Cina, busuk ikan bermula daripada kepala. Jika pemimpin sudah menunjukkan perilaku buruk, sudah tentulah ia mudah menjalar dan menjadi ikutan masyarakat. Untuk mengelakkan gejala ini daripada berterusan memalukan perjalanan politik negara yang sudah 55 tahun merdeka, pihak polis seharusnya bertindak tanpa memilih bulu. Polis mestilah bertindak menyeluruh. Jika Hishammuddin dianggap menteri KDN paling lembik dan penuh retorik dalam sejarah Malaysia, tidak semestinya pihak polis juga terikut-ikut dengan cara beliau itu. Pihak polis seharusnya bertindak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada. Lagi pula slogan polis, mesra, cepat dan betul hendaklah sepenuhnya dipraktikkan. Sekiranya pihak polis gagal menangani semua gejala tidak sopan ini dengan sewajarnya, dibimbangi lebih banyak lagi gelaja-gejala tidak sopan terus bercambah dalam masyarakat yang akhirnya hanya mempamerkan masyarakat kita semakin tidak terkawal dalam menangani emosi masing-masing. Maka, pihak polis harus segera mengangkat wibawanya di mata umum. -shahbudindotcom
| ||
Isu saham FGVH akan tumbangkan Umno BN melalui 54 kawasan parlimen? Posted: 10 Sep 2012 11:07 PM PDT Sinarharian melaporkan: PORT DICKSON – Turun naik harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia adalah perkara biasa dan ia berlaku kepada semua syarikat perladangan. Memang la harga saham ada turun naik, masalahnya saham FGVH ni turun tak naik-naik. Yang lagi masalahnya FGVH ni melibarkan peneroka yang kebanyakkannya langsung takdak pengetahuan pasai pasaran saham tapi 'dipaksa' untuk beli saham FGVH ni.Lebih parah lagi depa 'dipaksa' buat pinjaman bank untuk beli saham tu dengan janji akan dapat keuntungan berlipat kalli ganda. Harakahdaily semalam melaporkan: Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.Itu harga semalam, macamana pulak harga hari ni? Tengok la graf kat bawah ni, 'papan anjal' saham FGVH ni lagi lama lagi sayup... Hahaha...
Pasainya rancangan peneroka terdapat di 54 kawasan Parlimen dan 92 Dun seluruh negara. Kalau harga saham FGVH ni tak naik balik menjelang PRU13 tak mustahil warga peneroka akan menghukum Umno BN dalam PRU13 nanti dengan mengundi calon ABU. Dengan 54 kawasan parlimen yang terlibat memang nasib Umno BN macam telur dihujung tanduk. Umno BN sebenarnya takdak cara lain dalam isu saham FGVH ni melainkan nak kena pastikan harga saham FGVH ni naik balik. Masalahnya mampu ka Umno BN nak bua macam tu? cenangau | ||
Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis Posted: 10 Sep 2012 11:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira. Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka. "Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah. Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan. "Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," kata beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini. "Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," nasihat beliau. Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri. "Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya. "Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza. "Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh," tambah beliau. -Hrkh | ||
Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno Posted: 10 Sep 2012 11:01 PM PDT Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu. Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof. Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu. Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu. Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut. "Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. "Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka. Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan. KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama. Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis. Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin. Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan