Muslimeen United |
- Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi
- Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK]
- Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati
- Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir
- Bas: TG Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah
- Guna Logo PR, Pos Laju Yang Mendahului…
- MB lawat mangsa ragut, pengelola istana
- Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang
Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi Posted: 01 Sep 2012 08:00 AM PDT (Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah) BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan. Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus. (Nasrudin memberikan ucapan) "Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan," kata beliau. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13. Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme. "Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa," saran beliau. -Hrkh (Ustaz Hadi bersama Datuk Seri Panglima Lajim dan lain-lain pimpinan Sabah) (Pimpinan Pemuda PAS yang datang ke Sabah bergambar di lapangan terbang) (Gambar kenangan di tapak program) |
Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK] Posted: 01 Sep 2012 07:58 AM PDT Hadoiihh... Punah.... Pakatan Rakyat memfitnah rupanya... Pakatan Rakyat memfitnah KERAjaan BN Pahang tentang isu air kat Pahang. Sebenarnya takdak pun masaalah air kat Pahang neh... Kesiankan kat Umno... Nasib baik lar TV3 BONGKAR FITNAH NEH... TERIMA KASIH KAT TV3. AKU MULA BENCI PADA PR SEBAB KUAT FITNAH!!! JOM DENGAR SENDIRI PENAFIAN DARI RAKYAT PAHANG!!! -sumber |
Posted: 01 Sep 2012 07:55 AM PDT "Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut. Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar. "MERDEKA! MERDEKA! ~ Tetuan Media Islam |
Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir Posted: 01 Sep 2012 07:49 AM PDT Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur. Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka. Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan. Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini. "Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja. "Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik," kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi. Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN. "Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur. "Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar. "Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi. "Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan," kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku |
Bas: TG Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah Posted: 01 Sep 2012 07:41 AM PDT (Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu) KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu. Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual. Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi. Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah. Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki. "Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu. "Saya tidak akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,"ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu. Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga 'memuja' nafsu. Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa. "Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku. "Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,"ujarnya. Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan 'malu' dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan. Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain. "Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,"ujarnya. -Hrkh |
Guna Logo PR, Pos Laju Yang Mendahului… Posted: 31 Aug 2012 04:03 PM PDT Sambutan merdeka pada tahun ini mungkin unik kerana dua logo merdeka yang boleh dipilih. Pos Malaysia melalui Pos Laju antara yang laju dan cuba untuk membuat pilihan. Mungkin kerana logo PR lebih ideal dan menarik, maka logo itu yang dipilih untuk dipaparkan dalam web mereka. Kita jangan kata mereka tersilap atau tersalah, tetapi kita pandang mereka sedar untuk memakai logo tersebut. Selepas ini kita dengar pula bos Pos Malaysia mengamuk dan dengar-dengar juga siapa yang ditukarkan. Kebebasan untuk memilih!! |
MB lawat mangsa ragut, pengelola istana Posted: 31 Aug 2012 04:01 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menziarahi mangsa ragut Rohaini Abdullah, 36, yang hampir putus tangannya akibat parah ditetak peragut tengah hari semalam. Turut menziarahi mangsa, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Shargowi. (Gambar: Tuan Guru bercakap kepada media selepas melawat mangsa ragut.) Tuan Guru meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanya khabar mangsa ragut di samping mendapat penerangan dari pihak Hospital Raja Perempuan Zainab ll berhubung perkembangan mangsa. Beliau juga turut mendapat penerangan berhubung jumlah mangsa ragut yang cedera di Kelantan tahun ini dari Jalaluddin. Tuan Guru ketika memberitahu media mengingatkan kaum wanita mempelajari ilmu mempertahankan diri untuk menyelamatkan diri daripada diserang peragut. Katanya, sekurang-kurangnya apabila mereka mempunyai ilmu berkenaan dapat mempertahankan diri dari diserang sehingga mengakibatkan luka yang parah. Sambungnya, Islam mengajar penganutnya supaya menjaga lima perkara, iaitu harta jangan sampai dicuri orang, aqidah jangan sampai diri murtad, nyawa juga kena jaga jangan sampai manusia berbunuhan antara satu sama lain. Selain itu, jelasnya keturunan juga kena jaga jangan sampai adanya keturunan yang lahir dari saluran tidak baik disamping menjaga akal fikiran agar tidak didorong oleh perkara yang memabukkan. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana walaupun kesibukan tetapi memberi ruang untuk menziarahi orang sakit, khususnya mangsa ragut. "Kita diajar dalam Islam supaya bersimpati dengan orang lain dan insyaallah orang lain juga akan bersimpati dengan kita. "Datuk Ketua Polis tadi ada memberitahu saya, jumlah mangsa ragut yang cedera tahun ini lapan orang," ujarnya. Katanya, apa yang berlaku itu kerana adanya nafsu buruk untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah walupun ianya terpaksa membabitkan nyawa orang lain. Tambahnya, nafsu itu tidak ada sesiapa yang boleh kawal sama ada ibu bapa atau polis, melainkan keimanan diri sendiri. "Yang boleh control diri hanyalah rasa taqwa pada Allah, rasa takut untuk melakukan perbuatan jahat, kerana hujung setiap kehidupan manusia sama ada neraka atau syurga," ujarnya. Katanya, kejadian ragut ini bukan hanya kerana tidak ada rasa taqwa pada Allah, tetapi mungkin juga hasutan kawan, hutang yang banyak atau hutang along. Beliau berharap semoga rakyat Kelantan menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa, mana ada orang lain sentiasa boleh menjaga diri kita sentiasa termasuk anggota polis. "Mereka juga letih dan banyak tanggungjawab, jadi saya ucap takziahlah pada mangsa dan keluarganya, mudah-mudahan mereka bersabar dengan apa yang berlaku," ujarnya. Beliau juga berkata pihak hospital akan menjaga mangsa sebaik mungkin. Pada masa yang sama Tuan Guru menghulurkan sumbangan kepada mangsa. Kejadian berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan tudung untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ. Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam. Mangsa hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab. Di kesempatan yang sama, Tuan Guru turut menziarahi Pengelola Istana, Datuk Ahmad Mahmood, yang baru membuat pembedahan berhubung masaalah buah pinggang. (Gambar kiri) Tuan Guru mengambil masa kira-kira 25 minit bertanya khabar Datuk Ahmad berhubung kesihatannya setelah pembedahan dibuat dua hari lalu. "Harap-harap cepat sihatlah lepas ni," ujar Tuan Guru sambil tersenyum. -Hrkh |
Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang Posted: 31 Aug 2012 04:00 PM PDT Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'. "Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini. Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli. "Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar. Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said. Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat' Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat' Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi.. Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD Macang, Kelantan |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan