Kerabu Bersuara ® |
- TS Anwar Musa Tidak Layan Geng Gelombang Merah Ke?
- Keputusan Dan Kedudukan Terkini Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Kumpulan
- Kenapa Kerajaan Tidak Sebut British Sebagai Penjajah? Hanya Sebut Komunis?
- Anwar Semasa Di Grik
- Terkini! Seorang Ibu Luah Perasaan Anaknya Tidak Solat Jumaat Kerana Himpunan Bodek Najib!
- Terkini Kantoi! Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka
- TG Nik Aziz Melawat Tempat Kejadian Bas Jelajah Anwar Dipecahkan
- Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk
- TG Nik Aziz Bersarapan Dengan DS Anwar Pagi Ni Dalam Suasana Santai
- Pukul 5 Pagi Bas Merdeka Anwar Diserang Samseng. Cat Merah Dan Cermin Dipecahkan
TS Anwar Musa Tidak Layan Geng Gelombang Merah Ke? Posted: 01 Sep 2012 09:07 AM PDT jeng jeng jeng |
Keputusan Dan Kedudukan Terkini Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Kumpulan Posted: 01 Sep 2012 08:18 AM PDT |
Kenapa Kerajaan Tidak Sebut British Sebagai Penjajah? Hanya Sebut Komunis? Posted: 01 Sep 2012 04:20 AM PDT kenapa? |
Posted: 01 Sep 2012 04:02 AM PDT |
Terkini! Seorang Ibu Luah Perasaan Anaknya Tidak Solat Jumaat Kerana Himpunan Bodek Najib! Posted: 01 Sep 2012 01:32 AM PDT Aktivis Terengganu Himpunan Janji Ditepati 55 Merdeka : Ibu Telefon TV Al-Hijrah Luah Kekecewaan. "Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut. Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar." MERDEKA! MERDEKA! Copy dari : Tetuan Media Islam |
Posted: 31 Aug 2012 09:59 PM PDT Pecah Tembelang.... Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan. Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck. TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini. Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya. Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. https://www.facebook.com/pages/PoliTweetOrg/150884017485 |
TG Nik Aziz Melawat Tempat Kejadian Bas Jelajah Anwar Dipecahkan Posted: 31 Aug 2012 09:47 PM PDT Salmah Husain Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melihat bas yang dinaiki Datuk Seri Anuar Ibrahim yang diserang pagi tadi di kota bharu. Lenakah tidur golongan jahat seperti ini diwaktu malam?...tenangkah hidup mereka bila melakukan perbuatan keji ini? Subhanallah berilah petunjuk pada mereka. |
Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk Posted: 31 Aug 2012 09:30 PM PDT KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu. Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi. "Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini. Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. |
TG Nik Aziz Bersarapan Dengan DS Anwar Pagi Ni Dalam Suasana Santai Posted: 31 Aug 2012 05:34 PM PDT Rizal Tahir TGNA bersarapan dgn DSAI di kediaman TGNA pagi ni..maklumat terkini disampaikan oleh DSAI, bas yg membawanyw utk tour merdeka telah dipecahkan pagi tadi dan disimbah dgn cat merah |
Pukul 5 Pagi Bas Merdeka Anwar Diserang Samseng. Cat Merah Dan Cermin Dipecahkan Posted: 31 Aug 2012 05:28 PM PDT Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan. Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini. Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Via Anwar Ibrahim |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan