Selasa, 4 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Alhamdulillah Najib Razak bagi tazkirah di masjid

Posted: 03 Sep 2012 05:00 PM PDT

LIHAT laporan berita Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Gambar menunjukkan seperti Najib Razak sedang memberi tazkirah di salah sebuah masjid di Jeli, Kelantan.

Peristiwa ini dilaporkan pada 1 Mac 2012 yang lalu. Namun tiada pula PERKASA datang mengaruk menyerang dan membaling beliau dengan kasut kerana tiada tauliah untuk memberikan tazkirah seperti yang berlaku kepada Anwar Ibrahim semalam.



Satu perkara lagi, meskipun gambar kelihatan seperti beliau sedang memberikan tazkirah, namun Utusan melaporkan Najib Razak sedang berpolitik menyerang Parti Islam, PAS dan mengatakan parti itu hanya mahukan kuasa.

Tidak ada pula riuh rendah ahli Umno dan PERKASA menyerang beliau seperti yang pernah dilakukan kepada Anwar Ibrahim seperti sebelum ini?

Burukkan orang lain supaya diri sendiri nampak baik, padahal dia sendiri buat perkara yang sama. Namun buat pengetahuan anda semua Pakatan Rakyat tidak pernah melarang aktiviti siasah (politik) di dalam masjid.



ReJaM© "Ini namanya muncung berkokok ekor bergelumang taik... "

Anwar, AMK sokong kibar Sang Saka di Hari Merdeka

Posted: 03 Sep 2012 03:00 PM PDT


TIGA hari lalu ReJaM© ada menulis di MiLo SuaM, menyokong usaha anak muda mengibarkan panji Sang Saka Malaya di Hari Kemerdekaan Semenanjung Malaysia tempoh hari rujuk sini [Kibar Sang Saka].

Petang tadi, dalam satu sidang media Ketua Angkatan Muda Keadilan, saudara Shamsul Iskandar Mad Akin juga secara jelas menyokong anak muda tersebut mengibarkan Sang Saka Malaya.

Beliau dalam kenyataannya menyebut "tiada masaalah" dengan pihak yang mahu mengibarkan Sang Saka Malaya [MK].



Ini diikuti dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim yang jelas menyokong usaha anak muda ini [MK].



Hari Kebangsaan sudah ditukar kepada 16 September berikutan 31 Ogos hanya relevan kepada semenanjung Malaysia dan tidak kepada Sabah dan Sarawak.

Kalau dilihat, panji Sang Saka juga relevan dikibarkan pada 31 Ogos sebagai memperingati pengorbanan pejuang sebenar kemerdekaan seperti Dr Burhanudin Al Helmy, Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Samsiah Fakeh.

Tindakan ini juga secara tidak langsung menggalakkan rakyat mengkaji dan menggali sejarah kemerdekaan sebenar negara yang ditutup selama ini oleh barua-barua British.

Jangan lupa kenyataan seorang profesor yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah. Maka laungan Merdeka, Merdeka, Merdeka pada 31 Ogos 1957 itu semuanya tipu kah kah kah...





ReJaM© "Sokong kibar bukan sokong tukar... "

Malaysia arah pemberontak Thailand kibar Jalur Gemilang?

Posted: 03 Sep 2012 10:47 AM PDT

KECOH seluruh negara tentang kibaran Jalur Gemilang oleh kumpulan pemberontak di Selatan Thailand. Malaysia pula telah menafikan bahawa negara terlibat dengan perbuatan itu.



Kalau kita lihat kejadian ini hanyalah kejadian terpencil kerana hanya beberapa kerat sahaja pemberontak yang mengibarkan Jalur Gemilang, maka secara mudahnya tidak wajar ia dituduh sebagai agenda Malaysia.



Begitu juga halnya dengan pengibaran Sang Saka Malaya di dalam perhimpunan Janji Demokrasi malam Kemerdekaan Semenanjung Malaysia, 31 Ogos yang lalu, hanya beberapa kerat sahaja anak muda mengibarkan bendera bersejarah itu.



Namun Media Arus Perdana Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain menuduh Pakatan Rakyat mahu menukar bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Isu ini dimainkan berhari-hari, siang malam pagi dan petang.

Tidakkah bodoh, hanya beberapa kerat anak muda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya namun Pakatan Rakyat secara keseluruhannya pula dituduh mahu menukar Jalur Gemilang?

Bagaimanapun, secara peribadi ReJaM© berpendapat Sang Saka Malaya wajar dikibarkan pada setiap kali Hari Kemerdekaan Semenanjung Malaysia, 31 Ogos setiap tahun rujuk sini [Sokong kibar Sang Saka Malaya]

ReJaM© "Isu longkang tersumbat hujung kampung jadi isu negara... "

Tiada ulasan: