MiLo SuaM |
Surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah terjual RM50,000 Posted: 28 Sep 2012 05:44 PM PDT MALAM tadi berlangsung sebuah majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat untuk mengutip derma pilihanraya umum yang akan datang. Selain kutipan derma secara konvensional, majlis itu menyaksikan lelongan barangan peribadi milik pimpinan Pakatan Rakyat untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihanraya Pakatan Rakyat. Antara lelongan yang berjaya dijual ialah surat yang dikirim oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Dr Wan Azizah ketika beliau dalam penjara. Dr Wan Azizah sempat membacakan surat itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli yang berjaya membida dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin. "Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama," katanya. Kalau kita lihat, sekeping surat dengan coretan dakwat di atasnya sanggup dibeli oleh hartawan seperti Datuk Lajim Ukin demi membantu mengumpul dana pilihanraya untuk Pakatan Rakyat. Teringat kisah pesawat peribadi digunakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kempennya ke Sabah dan Sarawak tempoh hari yang disensasikan oleh media arus perdana. Adakah perbelanjaan sewa pesawat peribadi yang dilaporkan oleh Utusan sebanyak RM96,000 tidak sanggup ditaja oleh rakan Anwar yang bersimpati dengan perjuangan beliau? ReJaM© "RM10 nampak besar nilainya di mata kanak-kanak tetapi tidak pada orang dewasa... " |
Bajet 2013: Harga gula naik RM0.20 kerana ramai pesakit diabetes Posted: 28 Sep 2012 07:30 AM PDT LUCU dan lawak, tapi ini cerita betul bukan rekaan. Najib Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram dengan alasan yang dikemukakan, kerana 2.6 juta rakyat menghidap kencing manis (diabetes). Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram. Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat? Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi. Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besar memandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal. Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan. ReJaM© "Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan