Kelab Greenboc |
- Najib Bacul! Berani Hentam Anwar & PR Tapi Pengecut Untuk Berdebat
- Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion
- Najib! Kamu Jangan Ponteng Sesi Bahas Bajet Isnin Nanti...
- Bajet Terakhir UMNO BN: Bajet Panik Untuk Hadapi PRU13
- [MENARIK] Analisis Kemenangan Pro-M UKM 2012
- [VIDEO] Mahkamah Batal Keputusan UNIMAP Gantung Pelajar
Najib Bacul! Berani Hentam Anwar & PR Tapi Pengecut Untuk Berdebat Posted: 29 Sep 2012 12:37 AM PDT PM akhiri ucapan dengan hentam pembangkang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang. Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan. "Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan. "Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya. "Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat. Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda. Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka. "Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya. Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai". "Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak perlu bayar," kata Najib. Katanya, bayaran bantuan yang diumumkan kerajaan hari ini bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan. Dalam belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion itu Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah subsidi RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012. Ulasan GB Apa punya jenis PM yang hanya berani mengehntam Anwar dan Pakatan Rakyat tatkala beliau membentang Bajet yang hanya beliau sendiri yang bercakap ketika itu, sedangkan apabila diajak berdebat, beliau berdalih menyatan debat bukan budaya kita? Semakin hari Najib semakin menunjukkan kebaculannya dan hukum kebenaran dan keadilan akan menurunkan Najib dari jawatannya itu kerana apa yang dilakukan Najib itu tidak memenuhi ciri-ciri seorang PM yang berwibawa. Dikutuknya Anwar, dikutuknya PR dan hukum kebenaran dan keadilan akan memulangkan semua kutukan itu kepada dirinya sendiri. Sama seperti isu "haramjadah" yang akhirnya menimpa dirinya sendiri. Sama-sama kita nantikan. |
Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion Posted: 28 Sep 2012 10:17 PM PDT Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara. MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara. Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan. Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan : MP Gombak Azmin Ali "Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan. "Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh. "Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange. MP Bagan Lim Guan Eng "Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. "Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni. "Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni. " MP Kepong Dr Tan Seng Giaw "Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu. "Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan. "Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK. "Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit. " MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar "Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang. "Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan. "Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia? Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negara Ulasan GB GB terbaca dari wall fb: Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020) Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri) Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!) September 2012 (terkini): RM476.68 bilion. sumber: Bank Negara Malaysia Bajet 2013 : RM 502 Billion clap clap clap.... |
Najib! Kamu Jangan Ponteng Sesi Bahas Bajet Isnin Nanti... Posted: 28 Sep 2012 07:23 PM PDT Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013 KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan. "Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan. "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh. "Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya. Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku. Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan. "Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat. "Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar. -KD Anwar cabar Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini |
Bajet Terakhir UMNO BN: Bajet Panik Untuk Hadapi PRU13 Posted: 28 Sep 2012 04:41 PM PDT Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013. Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia. Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta. Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa. Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000. Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:— - RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang - RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT) - RM 200 juta untuk Dana Industri Halal - RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera - Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun - RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik - Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah - RM1billion untuk membaik pulih sekolah RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM - "Skim Rumah Pertama Saya" had pendapatan bagi pinjaman individu meningkat dari RM3, 000 hingga RM5, 000 sebulan, dan sehingga RM10, 000 bagi pinjaman bersama pasangan berkahwin. - Had bagi pengecualian duti setem bagi rumah dinaikkan daripada RM350, 000 hingga RM400, 000. Pengecualian ini juga diperluaskan sehingga Disember 2014 - Cukai keuntungan hartanah meningkat daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembelian, dan daripada 5 peratus hingga 10 peratus bagi hartanah yang dijual antara dua dan lima tahun. - Nilai Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar meningkat daripada RM200 kepada RM250. - Pelepasan cukai untuk pendidikan tinggi meningkat daripada RM4, 000 kepada RM6, 000. - Pelepasan cukai dua kali ganda bagi Skim Simpanan Pendidikan Negara, daripada RM3, 000 kepada RM6, 000. - Dua puluh peratus diskaun ke atas pembayaran penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 1 Oktober 2012 dan 30 September, 2013. - Sepuluh peratus diskaun ke atas ansuran pembayaran balik tetap pinjaman PTPTN. -FELDA akan membina 20,000 unit perumahan bernilai RM1.5 bilion di 5,000 ekar tanah FELDA. Pembangkang sambut sinis Bajet |
[MENARIK] Analisis Kemenangan Pro-M UKM 2012 Posted: 28 Sep 2012 06:35 AM PDT Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013. Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013. Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka. Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini. Calon-calon yang 'terlupa disiapkan' termasuk di kerusi-kerusi; Umum Tahun 3/4 Fakulti Perubatan Tahun 1/2 Fakulti Sains & Teknologi Tahun 1/2 Fakulti Ekonomi & Pengurusan 3/4 Fakulti Pengajian Islam Fakulti Pendidikan Fakulti Farmasi Ini menyebabkan kumpulan GMUKM semakin yakin dengan persiapan longgar 'kumpulan anak emas pengetua kolej' yang sekadar berharap 'ada sinar di hujung jalan'. Salah seorang calon Umum 3/4 Mohamad Afiq Ammar Tulus dalam responnya di Malaysiakini, "Secara jujurnya, sedikit sedih bila lima kerusi dah hilang awal. Tapi saya percaya calon lain mampu beri kemenangan yang berpihak pada kami. " Secara analitiknya sememangnya kemenangan GMUKM sudah dapat dijangka oleh penulis sendiri seusai tamat tempoh bantahan pada hari Penamaan Calon 21 September lalu. Mungkin juga Mohamad Afiq Ammar sendiri dalam nada menginspirasi calon-calon mereka walhal diri sendiri sudah menjangkakan kekalahan teruk pada PRK kali ini. CCC, PAH minoriti, tidak menyumbang Kumpulan mahasiswa Cina dan India pula semakin merosot pengaruhnya di bawah naungan kumpulan Aspirasi yang didominasi kumpulan TSB yang ultra-Melayu . Buktinya Chinese Community Council (CCC) dan Pertubuhan Agama Hindu (PAH) UKM gagal mendapat sokongan di kalangan mahasiswa dengan hanya seorang calon siswi Aspirasi berbangsa Cina yang memenangi kerusi. Itu pun di kerusi fakulti tahun 3/4. Ini juga menyaksikan seramai empat orang siswa wakil CCC dan seorang dari PAH ditolak oleh majoriti mahasiswa UKM. Bagi penulis sekali imbas, ia nampak lebih kepada sentimen perkauman yang masih gagal dikawal oleh kempen-kempen sepanjang PRK. Calon-calon CCC dan PAH kelihatan pada kebanyakan masa berkempen dalam kelompok mereka sendiri termasuk di kelas-kelas dan kawasan umum. Malah, sebuah risalah tertulis " KAMI MINORITI tetapi kami mewakili MAJORITI mahasiswa " seakan-akan mengiakan telahan awal CCC dan PAH tidak mendapat bantuan sokongan penyokong Aspirasi dan bakal ditolak dengan teruk dalam sesi pemilihan kali ini. Kepada kepimpinan Aspirasi sewajarnya melihat perkara ini amat perlu dibincangkan secara serius jika tidak mahu CCC dan PAH 'melompat parti' dalam pemilihan MPP akan datang. Kepada kepimpinan GMUKM pula harus mengambil kesempatan kemenangan yang dianugerahkan ini untuk lebih toleransi dan berbaik-baik dengan kepimpinan PAH dan CCC demi 'politik nilai' yang dilaung-laung sebelum ini. CyberTrooper UMNO tidak membantu PRK Kelibat jentera media maya yang diketuai Tun Faisal bin Ismail yang merupakan Ketua Unit Biro Media Baru UMNO yang mengasaskan MyMahasiswa dan PemikirPolitik.blogspot juga gagal menarik perhatian mahasiswa. Biarpun terdapat beberapa polemik yang ditimbulkan menjelang hari pembuangan undi di UKM, kerja keras daripada jentera cybertrooper yang memfokuskan UKM dan UM masih gagal memberi kesan. Polemik-polemik yang ditimbulkan pula didapati sukar difahami khususnya bagi mahasiswa tahun satu yang baru beberapa hari menjengah kampus besar kedua-dua Universiti, mengakibatkan undi tetap dibuang ke kotak calon pro-mahasiswa. Penulis juga melihat Ops 20/20 yang digagaskan tetapi kemudiannya bocor tak bertampal akhirnya terpaksa dilupakan dan dibakulsampah oleh pengasasnya yang juga bekas aktivis TSB UKM. Mungkin ada eloknya pemimpin bergelar Datuk itu kini kembali mengatur dengan 'orang-orang baru' ; bukan 'jentera pencen' yang berpenghuni di JPPel itu. GMUKM perlu bermuhasabah Penulis menginsafi firman Allah di dalam surah Al-Nasr (Pertolongan); Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Kepimpinan GMUKM yang rata-rata berimejkan pendokong Islam; ustaz dan ustazah (boleh dikatakan kesemuanya menganggotai ISIUKM- sebuah badan dakwah di UKM) sudah semestinya amat rapat dengan ayat di atas, sewajarnya turut bersama-sama menginsafi bahawa kemenangan yang dikurniakan bukan milik mutlak mereka. Di penghujung ayat Al-Nasr di atas turut mengingatkan bahawa 'ucapkanlah tasbih dan mintalah ampun' buat peringatan semua calon yang memenangi PRK baru-baru ini. Kepimpinan GMUKM juga kini wajar berani membawakan suara-suara mahasiswa setelah sepenggal 'bereksperimen' di bawah kepimpinan LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam kabinet PMUKM sesi 2010-2011. Biarkan nista daripada pihak pentadbiran Universiti ataupun tindak-tanduk kurang senang masyarakat politik di luar sana yang cemburu akan kemenangan kalian kali ini. Datuk-datuk atau datin-datin itu sudah bisa bergaji puluhan ribu sebulan, tidak akan mengerti apa erti 'perjuangan mahasiswa'. Seharusnya kalian GMUKM yang memimpin PMUKM sekali lagi penggal ini membuktikan benar kata Pak Ungku Aziz; "Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" Sokongan mahasiswa yang dijelmakan oleh pengundi-pengundi yang juga rakan-rakan mahasiswa kalian wajar diinterpretasi sebagai amanat yang wajib ditunaikan sedaya mungkin. Jumlah pungutan yang agak besar di kolej-kolej kediaman bersaiz sederhana seperti di Kolej Aminudin Baki (KAB), Kolej Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) khususnya bagi kerusi-kerusi Umum wajar dilihat jentera sebagai satu sokongan padu mahasiswa kepada GMUKM. Kepergian kempen-kempen GMUKM di kolej berkapasiti besar iaitu Kolej Pendeta Za'ba(KPZ) dan Kolej Keris Mas (KKM) sebelum ini wajar dinilai semula walaupun kedua-dua kolej juga turut menyumbang undi yang besar kepada kemenangan calon-calon GMUKM. Di samping itu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) juga sewajarnya mendapat perhatian yang agak penting oleh kepimpinan GMUKM dan PMUKM selepas ini, apabila terdapat kemerosotan dari segi peratus mengundi calon-calon GMUKM dan peratus keluar mengundi sendiri di kedua-dua kolej besar tersebut. Aspirasi, GMUKM perlu bersatu Biarpun agak kontroversi di akhir kalam ini, penulis selaku pemerhati bebas yang baru melangkah ke alam pelajar siswazah kini amat mengharapkan akan ada penyatuan di antara kumpulan Aspirasi dan GMUKM. Biarpun bukan secara ideologi perjuangan di dalam kampus, penulis melihatkan akan perlunya ahli-ahli dan kepimpinan kedua-dua kumpulan untuk bersama-sama mengatur aktiviti luar kampus seperti pertandingan futsal atau paintball di atas kapasiti kumpulan masing-masing. Memetik kata-kata salah seorang pensyarah kelas penulis yang berjenaka mencadangkan agar kedua-dua jentera kumpulan mengadakan pertandingan memancing di Tasik Fakulti Kejuruteraan UKM, penulis melihat ada benarnya maksud kata-kata pensyarah tersebut yang mengimpikan anak muridnya menolak fahaman sempit dalam berpolitik untuk bersatu menggapai maksud sebenar 'politik nilai'. Rahmann Setpol |
[VIDEO] Mahkamah Batal Keputusan UNIMAP Gantung Pelajar Posted: 28 Sep 2012 03:48 AM PDT Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan bahawa tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang menjatuhkan hukuman gantung pengajian 66 hari, denda RM100 dan amaran keras terhadap seorang mahasiswanya, Mohd Izuwan Zaini adalah tidak sah dan terbatal. Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar-pelajar) Unimap 2009 adalah ultra vires Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku). Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) juga memutuskan kos diberikan kepada pelajar itu sebanyak RM5,000.00 Pemohon iaitu Mohd Izuwan Zaini telah menamakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Unimap sebagai responden pertama dan Unimap sebagai responden kedua. Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 di mana pemohon telah diwakili oleh peguam Mohd Fikah dan Nasar Khan dari Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners manakala responden-responden diwakili oleh Peguam Khairul Azam Aziz. Ketika mengulas lanjut perkara ini, Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) menyambut baik keputusan mahkamah ini dan berikrar akan terus komited untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang ditindas di kampus-kampus di seluruh negara. Menurutnya lagi, keputusan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh mahasiswa oleh kerana mereka seringkali menjadi mangsa Jawatankuasa Tatatertib Universiti dalam banyak perkara terutama yang melibatkan politik. Justeru beliau menyeru agar mahasiswa tidak bimbang untuk berpartisipasi selagi mana mematuhi batas-batas tertentu. Terdahulu, pemohon telah dituduh dan disabitkan atas kesalahan menganjurkan satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi awam dan swasta atas nama Gabungan Mahasiswa "Watch 13" pada 13 Februari 2012. Ia bertujuan memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan pilihanraya selain menyeru masyarakat untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum ke 13. Tindakan pemohon tersebut telah dianggap sebagai mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada universiti atau yang memudaratkan kepentingan universiti oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti berkenaan. Dengan keputusan ini bermakna tindakan Unimap tersebut adalah tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti itu sendiri. Keputusan ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa mahasiswa tidak patut dikongkong kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan untuk berpersatuan kerana hak-hak tersebut adalah dijamin sepenuhnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan