Rabu, 26 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Orang bukan Islam (Cina) cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 25 Sep 2012 11:00 PM PDT

BUDAYA mencium tangan menjadi adat orang Melayu terutama masyarakat Islam di Malaysia. Ia sebagai tanda menghormati ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.

Pada 23 September lalu, Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu.

Sekeping gambar menarik sempat dirakamkan menyaksikan orang bukan Islam, berbangsa cina menunjukkan rasa hormat beliau kepada Mursidul Am Parti Islam, PAS itu.
   
Jelas di sini Tuan Guru Nik Aziz turut dihormati oleh orang bukan Islam meskipun beliau selama ini lantang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam, PAS.

ReJaM© "Bangsa Tiong Hwa tak layan media gerombolan... "

[FB]

Pemandu bas turut sertai kempen turunkan harga kereta

Posted: 25 Sep 2012 06:00 PM PDT

SIAPA sahaja manusia yang memiliki akal yang waras, tentu akan bersetuju dengan kempen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta di dalam misi menawan Putrajaya.

Kisah menarik di Pulau Pinang, pemandu bas turut menyertai kempen tersebut dan turut bersetuju untuk memasang pelekat dan poster "Turunkan harga kereta" di bahagian cermin depan bas yang saban hari dipandunya.
    Rupa-rupanya masih ramai rakyat yang tidak tahu dengan kempen ini. Maka sudah menjadi tugas anda sahabat pembaca yang dihormati semua untuk menyebarkan kempen ini ke seluruh pelusuk negara.

Jangan sampai ada seorang manusia pun di bumi Malaysia ini yang tidak tahu dengan kempen turunkan harga kereta yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ini.

Kenderaan apa pun yang anda bawa, kereta, lori, bas, keretapi, bajak, motorsikal, mahupun basikal, tampalkan poster kempen turunkan harga kereta ini.

Nanti bila harga kereta turun, siapa yang senang? Rakyat juga yang senang. Tapi jangan terkejut kerana ada juga seorang manusia akan jadi tak senang duduk jika harga kereta diturunkan kah kah kah...


ReJaM© "Hanya orang gila tak sokong kempen turunkan harga kereta... "

Perhimpunan Bersih jadi soalan peperiksaan di sekolah

Posted: 25 Sep 2012 03:00 PM PDT

PROPAGANDA untuk memburuk-burukkan Perhimpunan Aman Bersih, menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di ibu negara 28 April lalu turut disebarkan kepada budak sekolah.

Lihat bukti gambar di bawah ini. ReJaM© ambil gambar ini dari blog sahabat Amenoworld. Kalau nak dapat 1 markah kena tulis "Tidak wajar", kalau tulis "wajar" dapat telor kah kah kah.
   
Namun hakikatnya yang perlu anda tahu, dan perlu anda sebarkan kepada orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng ialah, mahkamah telah menetapkan bahawa menteri yang mengharamkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak waras! Rujuk sini [Menteri tak waras]
    Bersih 2.0 atau Bersih 3.0, kedua-duanya dianjurkan oleh jawatankuasa yang sama dan orang-orang yang sama. Pengerusinya masih Dato' Ambiga dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pusinglah kot mana pun, hakim dah tetapkan bahawa Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram, yang haram adalah menteri yang istiharkan Bersih haram kerana dia yang haram jadah!

 ReJaM© "Berhentilah memperbodohkan anak bangsa sendiri wahai cikgu pengampu"

Tiada ulasan: