Rabu, 26 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Auta Jamil Khir Akhirnya Terburai..

Posted: 26 Sep 2012 12:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.



Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir."Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia."Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd



'Lembu Lembu' Tua Dalam Pilihanraya Kampus

Posted: 25 Sep 2012 04:40 PM PDT

SAYA masih teringat kisah lucu ketika belajar di sebuah IPTA di utara Semenanjung. Kisah ini diceritakan seorang senior ketika kempen pilihan raya kampus sedang rancak berjalan. Ceritanya berkisar tentang seorang siswa yang digelar pelajar lain sebagai "Number One" (#1).

Siswa ini memang dikenali oleh penghuni kampus kerana sifat uniknya. Selain perawakannya yang 'simple' dia juga berpacaran. Pacarnya rakan sekuliah atau sekursus dengannya.

Ketika musim pilihan raya kampus tiba, #1 juga sibuk mengambil borang untuk menjadi calon. Dengan syarat minimum memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.5, beliau pun dipilih untuk bertanding mewakili kursus (sekarang ini fakulti).



Memang calon-calon dibenarkan berkempen, tetapi pada masa itu pilihan raya kampus tidaklah sesengit sekarang. Sekarang ini dimaklumkan, 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti hinggalah di kementerian turut berebut-rebut mahu campur tangan dalam hal ehwal budak-budak (siswa).

Setelah berhari-hari berkempen dan para siswa selesai membuang undi, maka tiba masanya saat pengiraan undi. Pada waktu itu, undi yang diperolehi semua calon yang bertanding akan ditulis di papan putih (whiteboard). Setelah semua kertas undi dikira, alangkah terkejutnya petugas pengiraan undi kerana #1 hanya mendapat satu undi!

Maka kisah #1 mendapat hanya satu undi itu pun menjadi bahan lawak kampus selama berbulan-bulan. Apa tidaknya, jika #1 pada logiknya memberikan satu undi kepada dirinya sendiri, itu bermaksud, pacar (teman wanitanya) juga tidak mengundi #1. Bermula daripada peristiwa itulah siswa tersebut mendapat gelaran #1.

Tidaklah diketahui ke mana perginya #1 sekarang. Mungkin bertugas di Biro Tatanegara (BTN) agaknya.

Semasa mendengar siaran Radio24 (radio Bernama) ketika berkereta ke pejabat, pembaca berita radio memaklumkan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di 15 universiti. Menurutnya, 5 IPTA telahpun mengadakan pilihan raya dan keputusannya memihak kepada pelajar 'proaspirasi' (baca pro-BN).

Diberitakan juga bahawa keputusan pilihan raya kampus kali ini penting kerana ia menunjukkan pola mengundi generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13. Dalam erti kata lain, jika kesemua pilihan raya IPTA dimenangi kumpulan 'proaspirasi', ia menunjukkan sokongan generasi muda kepada BN!

Mendengar laporan berita itu, tidak hairanlah jika kita mendengar kisah bagaimana 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti juga di kementerian semacam berkomplot untuk memastikan semua kampus IPTA dimenangi calon-calon yang dicucuk hidung. Dan pelbagai bentuk tektik kotor, ugutan, penipuan dan sebagainya dikenakan kepada siswa yang dilabel promahasiswa (baca pro-pembangkang) bagi memastikan calon 'proaspirasi' menang mudah atau 'menang tanpa bertanding'.

Tapi benarkah keputusan pilihan raya kampus benar-benar menggambarkan sokongan generasi muda kepada BN mahupun Pakatan Rakyat?

Jawapannya tidak sama sekali!

Bukti paling kukuh adalah ketika kampus-kampus universiti utama dikuasai oleh kelompok mahasiswa yang pro-Islam (baca pro-PAS) pada dekad 80-an dan 90-an, PAS tidak pernah menang selesa dalam setiap PRU yang ditandinginya malah kalah teruk pada 1986 dan 1995. Sokongan generasi muda terhadap PAS juga tidaklah ketara walaupun kampus-kampus utama IPTA dikuasai kelompok pro-Islam.

Kini di saat wujudnya media baru yang mencabar dominasi media konvensional, usaha mempengaruhi siswa untuk menyokong sesuatu kelompok oleh 'lembu-lembu tua' tidak akan berkesan sepenuhnya kerana mereka (siswa) lebih terdedah kepada maklumat dan perkembangan semasa.

Sokongan yang diberikan siswa mungkin bersifat 'artificial' apatah lagi jika ia bercirikan ugutan dan paksaan. Apalah signifikannya untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan idealisme mahasiswa bagi kelompok majoriti pelajar jika hidup di kampus hanya sekadar 3 atau 4 tahun sahaja?

Oleh itu kesungguhan 'lembu-lembu tua' bagi memastikan kemenangan kumpulan proaspirasi di kampus-kampus IPTA tidak banyak menyumbang kepada kejayaan BN dalam PRU mahupun mengukur sokongan generasi muda kepada BN. Ia hanya sekadar 'window dressing' atau mewujudkan 'feel good factor' kepada BN.

Malah jika elemen 'feel good factor' ini mahu dijadikan tangkal azimat untuk BN menghadapi pilihan raya, ia seperti menggali kubur sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman di dada... Ahmad Tajdid



Kecuali Umno, 42 peratus Cina yakin hudud adil

Posted: 25 Sep 2012 05:29 AM PDT

Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.



"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.



Tiada ulasan: