MiLo SuaM |
- Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN
- Samseng bodoh diupah untuk halau penduduk kampung
- Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali
Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN Posted: 20 Sep 2012 12:18 AM PDT SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti. Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN. Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN. ReJaM© "Tahniah kepada mahasiswa yang berani, rakam lagi banyak-banyak! " |
Samseng bodoh diupah untuk halau penduduk kampung Posted: 19 Sep 2012 06:32 AM PDT MEMBACA kisah ini, ReJaM© teringat kenyataan Tun Mahathir bahawa hanya orang bodoh sahaja yang tinggal di dalam Umno, kerana orang-orang bijak dihalang menyertai parti itu, rujuk sini [Umno]. Kali ini gerombolan United Malays No Otak, Umno melakukan rutin harian mereka menunjukkan kebodohan. Gerombolan samseng diupah untuk menghalau penduduk kampung. Mereka cuba menyorokkan identiti dengan cara menghitamkan tulisan pada T Shirt yang dipakai agar tidak dapat dibaca tulisan Pemuda Umno di belakang baju. United Malays No Otak, Umno dengan samseng dan kebodohan bagaikan tahi dengan kentut dan kencing kah kah kah... Maklumat lanjut sila klik sini [ASD] ReJaM© "Samseng bodoh diupah oleh orang bodoh kah kah kah... " |
Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali Posted: 19 Sep 2012 04:02 AM PDT MINGGU lalu pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham dihalang daripada memasuki Negeri Sabah apabila Ketua Menteri negeri itu, Musa Aman menganggap Sabah sebagai negeri bapak dia, rujuk sini [Pembantu khas Azmin]. Warga asing dibiarkan bersepah di Sabah, namun warganegara sendiri dihalang masuk ke Sabah. Hal ini juga rupa-rupa turut tidak disukai oleh para pegawai imegresen yang bertugas. Malah salah seorang pegawai imegresen ketika kejadian itu turut mendedahkan bahawa tindakan ini adalah arahan pihak atasan yang "kecut" dengan kehadiran Hilman ke negeri Sabah. Beliau turut memohon maaf dan mengaku tidak suka dengan kejadian yang berlaku itu. Di bawah ini permohonan maaf yang dihantar oleh beliau kepada Hilman melalui laman sosial Facebook. Hilman Idham dahulunya mahasiswa jurusan Sains Politik UKM yang aktif dalam bidang aktivisme dan politik nasional. Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada 4 mahasiswa yang mencabar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menang kes tersebut yang terkenal dengan nama UKM4. Beliau juga pernah bekerja di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR-RI) sebagai Assistant Peribadi kepada Ketua Fraksi Partai Gerindra dan kini sebagai Pembantu Khas Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali. Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program - program antarabangsa di Eropah dan negara - negara Asia. Maka tidak mustahil beliau ditakuti oleh BN termasuk Musa Aman di Sabah. ReJaM© "Penjawat awam pun ada otak, mereka bukan orang bodoh! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan