Blog-list Malaysia |
- Bimbang Pemuda Umno Kena Sawan Babi.. Khairy Putuskan Demo Berasingan..
- Pemuda Umno Yang Sememangnya Semseng Dan Bodoh..
- Laporan Polis Terhadap Penyelewengan Felda
- Hudud - Kenapa Tanya Karpal.. Tanyalah Umno Yang Mengaku Islam.
Bimbang Pemuda Umno Kena Sawan Babi.. Khairy Putuskan Demo Berasingan.. Posted: 19 Sep 2012 09:17 PM PDT Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan. Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu. Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat. "Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu". "Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya. |
Pemuda Umno Yang Sememangnya Semseng Dan Bodoh.. Posted: 19 Sep 2012 07:36 PM PDT Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO. Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO. Penduduk telah diusir oleh bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan. Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka... Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk.. Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ. Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya.. ******************************************* ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu. Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka. Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu. Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka. Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu. Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996. Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas. Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk. Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini. Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam. Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk. Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka. Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya> Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng. Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012> Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya. Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini. Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang. Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini. Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang. *Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012* |
Laporan Polis Terhadap Penyelewengan Felda Posted: 19 Sep 2012 10:10 AM PDT LAPORAN POLIS TERHADAP FAIZOULL AHMAD Laporan telah dibuat pada 11.30 pagi ini di Balai Polis Temerloh. Antara dakwaan penyelewengan yg dilakukan oleh Faizoull ialah:- 1. Menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau untuk mengarahkan pegawai2 Jabatan Tadbiran HQ Felda supaya menyediakan kertas cadangan permohonan kelulusan Arahan Perubahan Kerja(VO) bagi kerja2 hiasan dalaman Fasa 2 Menara Felda agar dipercepatkan daripada jadual asal 5 bulan kpd hanya 3 minggu. Ini menyebabkan penambahan kos sebanyak RM 15 juta(50%) daripada harga asal kontrak iaitu RM 29 juta kepada RM 44 juta. Kertas Cadangan tersebut adalah amat tidak munasabah dan bertentangan dgn Arahan Perbendaharaan perkara 202(Peraturan Arahan Perubahan Kerja). 2. Mengarahkan pegawai Jabatan Tadbiran membuat bayaran pendahuluan berjumlah RM 8.7 juta kepada Atlanta Resources Sdn Bhd untuk menyiapkan kerja2 Hiasan Dalaman secepat mungkin tanpa mengendahkan peraturan kontrak yang sedia ada. 3. Meluluskan beberapa bayaran kepada Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) tanpa memastikan sesuatu program dijalankan atau tidak. Antaranya:- a. Bayaran kepada MBFM sebanyak RM17,000 untuk program Motor Cross pada 5 julai 2012 di Felda Cini Timur 2 yg tidak dijalankan, b. Meluluskan bayaran RM 56,000 kepada MBFM bagi tunggakan wang saguhati Anugerah Belia antara tahun 2008 hingga 2011 yg mana tuntutan tersebut amat meragukan, c. Jumlah bayaran yg diluluskan kpd MBFM sepanjang tahun 2011 hingga 2012 mencecah RM 5,374,454.20. Ini suatu jumlah yg sangat tinggi apatah lagi ia tidak mengikut peraturan biasa dimana HQ Felda yg seharusnya memindahkan peruntukan kpd Pengurusan Felda Wilayah tersebut bagi memantau setiap program. 4. Menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Seminar Transformasi Pegawai Kanan Kumpulan Felda untuk mempengaruhi Lembaga Felda tanpa melalui Pengurusan Felda utk melantik terus Syarikat JP International Sdn Bhd sebagai Event Manager seminar sedangkan syarikat tersebut telah dibubarkan.(merujuk kepada semakan SSM) 5. Memperdaya dan menipu Ahli Lembaga Pengarah Felda dengan membelanjakan RM 2 juta untuk sebuah seminar 2 hari yang hanya dihadiri seramai 152 orang peserta Felda dan 200 orang peserta kumpulan FGVH. 6. Meluluskan kontrak latihan kemahiran anak2 peneroka kepada beberapa buah Kolej, Institusi dan pihak swasta. Sebagai ganjarannya, pihak2 tersebut bermurah hati memberi tajaan penuh kepada Faizoull Ahmad dalam penganjuran Hari Keluarga Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru(sepenuhnya di bawah kawalan dan penyeliaan beliau) pada 15 julai 2012 di Tanjung Bidara Resort, Melaka. Tajaan pihak2 tersebut adalah berupa bayaran penginapan, makan minum, hadiah, barangan, boucer dan lain2. Antara yg terlibat membuat tajaan adalah MAS, Lim Kok Wing University, Auto Prima, KFC dll. 7. Meluluskan bayaran sumbangan kpd pihak luar dan parti politik seperti Umno untuk menganjurkan aktiviti tanpa kelulusan Pihak Pengurusan Felda sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian. Laporan Polis ini baru sebahagian dari banyak lagi tuduhan korupsi yg dilakukan oleh Faizoull Ahmad. Harap siasatan segera pihak polis. Apa maknanya Plan Intergriti yg ditandatangani antara Felda dengan SPRM sebelum ini? |
Hudud - Kenapa Tanya Karpal.. Tanyalah Umno Yang Mengaku Islam. Posted: 19 Sep 2012 04:38 AM PDT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno. "Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! "Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu. TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini. Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud. Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud. Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud. http://www.kedahlanie.info/2012/09/hudud-kenapa-tanya-karpal-tanya-umnolah.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan