MiLo SuaM |
- Duta Malaysia di Indonesia sudah menyertai KEADILAN?
- Gambar Najib Razak pula dikencingkan di Hari Merdeka
- Gua sokong Sang Saka Malaya dikibarkan di Hari Merdeka
Duta Malaysia di Indonesia sudah menyertai KEADILAN? Posted: 01 Sep 2012 08:00 PM PDT SEMALAM berlangsung sebuah majlis rumah terbuka KEADILAN cabang Petaling Jaya Selatan. ReJaM© turut dijemput dan hadir ke majlis tersebut. Selain itu ReJaM© sempat bertemu pelakon Gerak Khas, yang memegang watak Inspektor Aliza, Abby Abadi di majlis tersebut rujuk sini [Abby Abadi]. Namun apa yang ingin ReJaM© ceritakan di sini ialah, tentang kehadiran Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Paduka Diraja Wan Md Jamal Md Saman, di majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas, kata beliau lebih kurang berbunyi begini: "Saudara saudari KEADILAN adalah parti yang mampu membela hak anda semua dan bakal mentadbir Malaysia, percayalah bahawa pilihan anda adalah tepat" ReJaM© sempat bertemu beliau namun tidak berbual panjang kerana beliau nampaknya perlu beredar. Namun memberikan kad miliknya yang menjelaskan bahawa beliau adalah Duta Malaysia di Indonesia dan masih bertugas sehingga kini. ReJaM© "Penjawat awam mula tunjukkan semangat untuk ubah kerajaan " |
Gambar Najib Razak pula dikencingkan di Hari Merdeka Posted: 01 Sep 2012 03:00 PM PDT BLOGGER-BLOGGER United Malays No Otak, Umno marah betul dengan kejadian peserta Janji Demokrasi yang dikatakan memijak gambar Najib Razak selain menunjukkan punggung kepada gambar tersebut. Gambar Rosmah juga dikatakan dipijak sebagai membantah sifat isteri Perdana Menteri itu yang terkenal boros menghabiskan duit rakyat serta sibuk mengalahkan menteri kabinet meskipun tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan. Rata-rata blogger Umno menyifatkan perbuatan tersebut melampaui batas, dan keterlaluan. Malah pihak Polis juga akan menyiasat perbuatan yang dikatakann biadap itu. Maka alang-alang Polis nak siasat isu gambar Rosmah Mansor dipijak, eloklah siasat sekali kejadian gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang dikencingkan oleh penyokong BN di bawah ini. Jelas kelihatan di dalam gambar air kencing mereka sedang mengalir malah muka mereka juga begitu jelas kelihatan. Bila pemimpin BN kena pijak bukan main melenting, mengamuk bagai. Bila pemimpin PAS bukan setakat kena pijak malah dikencingkan mereka senyap. Mungkin Ulama tidak setaraf dengan perempuan perasan "Wanita Pertama" seperti Rosmah, maka kena kencing pun tak mengapa. ReJaM© "Lepas ini kita berakkan pula gambar Rosmah... " |
Gua sokong Sang Saka Malaya dikibarkan di Hari Merdeka Posted: 01 Sep 2012 06:01 AM PDT MALAM 31 Ogos 1957 Kemerdekaan Semenanjung Malaysia kelmarin menjadi kontroversi apabila ada anak muda yang mengibarkan bendera Merah Putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di dataran merdeka. Gua secara peribadi menyokong usaha mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ini sebagai usaha menyedarkan rakyat tentang sejarah kemerdekaan semenanjung Malaysia yang ditutup selama ini. Di sebalik kibaran bendera ini, terpahat nama-nama pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Samsiah Fakeh. Proses menyedarkan rakyat tentang sejarah sebenar memang mengundang kontroversi, namun kontroversi itulah yang mempercepatkan proses kesedaran itu. Berlumba-lumba rakyat mengkaji dan menggali sejarah selepas kontroversi ini. Dahulu pun cadangan memilih tarikh Hari Kebangsaan pada 16 September setiap tahun ditentang hebat dan kontroversi, namun akhirnya kerajaan sendiri setuju kerana 31 Ogos 1957 tiada kaitan dengan Sabah dan Sarawak. Secara peribadi, ReJaM© sendiri melihat Sang Saka Malaya ini bendera yang tidak secantik Jalur Gemilang dan sukar menerima ia untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah diguna pakai lebih 50 tahun. Perlukan kajian yang menyeluruh. Namun secara peribadi ReJaM© menyokong kibaran bendera tersebut di Hari Kemerdekaan Semenanjung Malaysia 31 Ogos setiap tahun selain Jalur Gemilang agar rakyat sedar sejarah kemerdekaan yang sebenar. Apa pun gua sokong lagu Janji DiCapati karya Jingga 13 menggantikan lagu Janji Ditepati klik sini untuk video klip [Janji DiCapati] Wajib tonton kah kah kah... ReJaM© "Bermula dengan kontroversi, berakhir dengan kesedaran... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan