Selasa, 25 September 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Menteri hina lagu kebangsaan

Posted: 25 Sep 2012 02:28 AM PDT

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany yang menyamatarafkan lagu Kebangsaan negara dengan lagu pop dengan menyatakan lagu Gangnam Style dan Kolaveri lebih popular berbanding Negaraku. Pandangan saya, tiada lagu negara lain popular seantero dunia dan kenyataan ini jelas merendahkan martabat lagu kebangsaan.
Saya sebagai warganegara Malaysia berasa terhina apatah lagi ia dinyatakan oleh seorang yang bertaraf menteri dan menggesa kenyataan ini ditarik semula.
rujuk Malaysiakini:-
 
'Guna rentak Gangnam Style dekati orang muda'
  • Hazlan Zakaria
  • 12:34PM Sep 25 2012
 
Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.

Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

wak jono versi baru...

Posted: 24 Sep 2012 11:24 AM PDT

Aku menuruti Mat masuk ke dalam perkampungan Mahameru langsung menuju ke masjid yang sederhana buatannya itu. Lagi dua puluh minit Asar. Aku duduk melepas lelah selepas berjalan kaki dari jalan utama masuk ke kampung ini yang jauhnya kira-kira dua kilometer. Mat ke bilik air mengambil wudhuk barangkali. Dari penjuru masjid yang sebesar masjid Jamek Kuala Lumpur tetapi dibuat dari kayu itu aku melihat di sutu sudut ada sekumpulan lelaki sedang khusyuk mendengar tazkirah daripada seorang yang mungkin guru mereka. Ada juga yang sedang duduk berseorangan menundukkan kepala. Dua tiga orang kulihat sedang berbaringan.
Sepuluh minit kemudian apabila ku rasa Asar semakin hampir, aku ke bilik air. Bersih bilik airnya. Seorang lelaki tua tetapi agak gagah sosoknya sedang membersihkan tandas dengan penyapu lidi dan sebaldi air sabun.
"Assalamualaikum" sapanya dengan senyum mesra. Sebelum itu kulihat beberapa lelaki yang masuk ke dalam bilik air tersebut bersalaman dan mencium pipi pak tua pencuci tandas itu. Selepas membuang air dan mengambil wudhuk aku keluar dan sekali lagi lelaki tua ini mengucap salam dengan senyum mesranya. Dia tahu aku orang luar barangkali, mengikuti Mat yang sudah biasa di perkampungan ini.
Aku berdiri tegak dan menyaksikan diri sendiri dua rakaat. Sebaik mengucapkan salam, Mat mencuit bahu dari belakang sambil berkata, "Kumpulan itu adalah kumpulan tangga kedua." sambil dia menunjukkan ke arah kumpulan lelaki yang sedang duduk berkeliling mendengar syarahan tadi."Setahun lalu mereka datang ke sini menuntut ilmu dan pelajaran pertama selama setahun adalah pergi mengemis di merata ceruk kota."
"Buat apa jadi pengemis?" tanya aku.
"Supaya dapat buang sombong dan bangga diri. Ada di antara mereka berpangkat besar dan berkedudukan tinggi. Mereka menempuh cabaran setahun dihina, dikejar, meminta wang dan makan ala kadar. Tidur di tepi jalan dan bergelandangan."
"Wah! Semuanya lulus?"tanya aku.
"Itu yang tinggal, sebahagiannya cabut lari..."

Azan asar berkumandang. Solat sunat didirikan. Aku hanya duduk memerhati.
"Itu! Pak cik yang tidur tepi dinding tu bekas profesor sebuah universiti. Dah empat tahun dia di sini, buat kerja kampung dan memenuhi waktu rehatnya di masjid ini. Tak peduli lagi gelaran profesornya. Nanti kalau lama di sini, kau boleh berbual dengannya."
Ya! Menarik.
Sebaik Qamat dilaungkan, seorang lelaki masuk menuju ke saf hadapan. Ramai bersalaman dan mencium pipinya. Lelaki itu mengimamkan solat Asar.
Aku turut berjemaah dalam keadaan tidak menumpukan sepenuhnya solat itu. Wajah imam itu menerpa ingatan aku..."
"Imam Muhammad Abas tinggal kira-kira 50 meter dari masjid ini. Nun di belakang balai itu. Rutinnya begitu. Selepas imamkan solat subuh dan sedikit tazkirah, dia keluar berniaga di bandar. Sejam sebelum asar dia ke masjid ini membersihkan perkarangan masjid termasuklah tandasnya.
Ya! Lelaki yang mencuci tandas dan sangat peramah tadi itu adalah syeikh masjid ini dan Ketua kampung di situ.

Aku mula memikirkan untuk lebih lama di sini...

Tiada ulasan: